Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label naiktrain. Show all posts
Showing posts with label naiktrain. Show all posts

Monday, September 7, 2026

.: HUJUNG OGOS :.

Assalamualaikum.

tak sempat2 nak mengarang kan.
padahal ayat ikut suka hati je, bukannya ayat novel pun. hihihi

27-28 Ogos - Seminar Keselamatan Kebakaran.
last kursus sebelum pindah.
ok lah tu, refresh memori.
kali ke2 join kursus ni dekat Hospital Selayang.
satu tahun 2022. satu lagi tahun 2026.
ok lah tu kan.
dah 4 tahun gap nya.

belanja sikit trak bomba ni.
ni hari Jumaat tu, ada praktikal padam api, guna fire hose rail.

petang, makan CRS dekat Aeon Kepong.
makan la pelan-pelan, tak kejar masa pun.
tiket keretapi pukul 10.30 malam.
jadi melangut la dekat Aeon Kepong tu sampai pukul 9 malam gitu.
baru la pelan2 menapak ke stesen MRT semula, ke stesen KTM Sg Buloh.

dalam 12.30 malam sampai Batu Gajah.
ramai juga yang turun.
patut la tiket keretapi sold out. hihihi.
minggu tu, Selangor long weekend sampai 1 Sept.

till then, see ya.

p/s - minggu tu, last la linda balik Batu Gajah naik keretapi. lepas ni, tak tau lagi bila pula nk naik keretapi.. hihihi

Tuesday, August 11, 2026

.: LRT 3 SHAH ALAM :.

Assalamualaikum.

Ahad, 26.07.2026 - meh la kita merajinkan diri untuk keluar.
so, kemana kita??
jom cuba naik LRT 3 laluan Shah Alam.
naik dari Bandar Utama.

Pintu masuk nak ke LRT station.
Susur jelah jambatan ni.

Dah masuk.
LRT baru warna pastel purple+pink.
Ke mana kita?

AEON Mall Shah Alam.
Berhenti dekat station Stadium Shah Alam.
Dalam 30 min tak silap Linda.
Lepas tu, walking distance dalam 5-10min je tak sampai 1 km pun.
Tapi, takde proper laluan pejalan kaki.
Kena cross jalan raya, lalu celah station minyak.
Dan sampai.

Pusing² jap sambil tunggu partner date kita sampai.
Yeay dah sampai, terus g food court aras 2, untuk makan².

My partner date.
Nieces and nephews.

Kakak Icha , abang Iyan.

Meera moqmoq

Musa malu malu.

Rasa mcm lama tak jumpa diorang ni.
Sambil tunggu², beli siap² buah potong.
Sajikan dengan buah ,supaya tak ngekor mama dia nk order makan.

Ni je gambar makanan yang ada.
Abang Iyan tunjuk piza, Linda pun order.
Weyh, sedap pula piza dia.
Terliur pula.. hahaha.

Memang ngedate semata² untuk makan je.
Abang Iyan la, dia ada hyper, so agak susah nak manage kat situ.
Hahaha, time makan tu pun jenuh lah mengepung budak tu.

Nasib baik Meera nak dekat Ibu kaklinda.
Susah juga nak Meera ni nak dekat Linda.
Dah takde pilihan agaknya.. hahaha.

Selfie sekali.

Konon² nak road tour la LRT sampai hujung station.
Sekali train sesak macam tin sardin.
Eh,takpelah. Ambik train hala Bandar Utama jelah.
Jom la kita pusing² dalam mall One Utama tu.
Linda tak pernah sampai situ.

Takde ambil gambar banyak.
Sebab diri sendiri pening dengan One Utama tu. Hahaha.
Jalan je ikut kaki melangkah.

Nampak ada taman dekat tengah² tu.
Ada aktiviti juga.

Ni ha, boleh berjalan dekat situ.
Pakai safety gear lah.

Ni dekat atas sekali.
Tak tau lah ada Bape tingkat.
Tapi, mcm food court rasanya kawasan ni.
Ada jambatan tengah² tu, so boleh jalan sini untuk tembus bahagian sana.

Sampai ke petang la berjalan dalam tu je.
Sorang² je pun.

Sorry ya kak Faizah, tak sempat nak roger².
Last minit punya plan.
At least, merasa dah la sebelum pindah ni. Hihi.

Till then, see ya.

Thursday, July 30, 2026

.: RUNWAY TRAIN = LATE ARRIVAL :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, asal nak gerak balik Tronoh je, kena cepat². 
Sebab nak kejarkan hari yang tak hujan. 🤣

Gelap awal.
Asal nak balik Tronoh je, kena speed laju².
Risau hujan lebat, nak keluar tunggu bas pun susah.
Alhamdulillah, sempat baik bas sebelum hujan.

Sampai Metro Prima awal lagi, so singgah AEON la sekejap.

Beli empire sushi 4 ketui.
Buat alas perut.
Niatnya, sampai Batu Gajah 9.35pm nanti, nak ajak incikSuami makan nan cheese.
Siap Google dah hari tu kat mana yang ada dekat².

6.20 petang, baru menapak ke MRT station semula.
Sampai² Sg Buloh, dah boleh terus Chek in.

Selagi bernafas, ayuhlah kita melangkah. 💪💪

Bagus juga tadi makan sushi, ngopi² kat AEON.
Kalau tak, mau masuk angin perut Linda.

Sila zoom.

9.25 malam, masih belum sampai station Tanjung Malim.
Apo ni? 
Bukan delay, tapi tergendala dalam perjalanan.
Jem pula laluan ETS malam tadi. 🤣🤣
Total masa berhenti henti, tunggu tepi, dalam 120minit juga.

"Menunggu kebenaran dari pusat kawalan untuk berlepas, menunggu perselisihan kereta api dari arah bertentangan"

Haa, mcm tu la pengumuman dalam kereta api tu.
Terus teringat cerita Unstoppable, runway train tu.

Alhamdulillah, selamat sampai di Batu Gajah pukul 11 malam.
Terus lah balik rumah.
Tak jadi la makan nan cheese.. 😅😅

Owh, Linda cuti 2 hari.
IncikSuami nak me time, 😆😆. Jadi kena jadi supir anak² ke sekolah la pula.
Kebetulan yang sangat bertuah, 31hb pun ada hari bertemu waris untuk sek rendah anak².
Dapat la Linda hadirkan diri.

Till then, see ya.

Thursday, May 28, 2026

.: BALIK RAYA :.

Assalamualaikum.

Salam AidilAdha buat semua readers.
Tapi, ni bukan entry hari raya.
Entry sebelum raya.

selasa, 26.05.2026 - ambil off petang, sebab nak balik raya.
Tiket keretapi pukul 3.30petang.
Seawal pukul 1 petang, dah thumbprint dan tunggu bas.

Pukul 1.45 petang dah sampai Metro Prima.
Masuk AEON dulu, nak cari makan.
Pergi food court je lah.

Pilihan hati, Chicken chop.
Ayam tak sedap, kuah tak sedap.
Nasib tak menyebelahi.

Dalam 2.40petang, pelan² naik MRT station untuk ke KTM Sg Buloh.

Tiket keretapi full.
Masa beli tiket tinggal seat yang ada meja kecik ni je.
Duduk menghadap 4 orang.
Lenguh kaki, tak dapat nak lunjur.
Kalau orang yang kita kenal. Takpelah, boleh lunjur² kaki.
Ni tak kenal, risau terlanggar² kaki pula.
2jam perjalanan, tak pernah naik keretapi sampai masih cerah lagi, selalu sampai udah gelap.

Abang Mueez dah tanya pasal makan.
Jadi, sebelum balik kampung, singgah makan dulu.
Besar siakap nya, order set ada siakap, sayur, tomyam, dan nasi putih dua RM45.
Add on nasi putih 2, air berperisa 4 total RM68.
Ikan, sayur kailan boleh tahan rasa dia.
Tomyam kureng sikit.

OTW balik Sg Samak, nampak pelangi senja pula.
Alhamdulillah, sampai Sg Samak 9.30malam.

Mak dah siap rebus nasi impit ,masak rendang ayam.
Adik ipar OTW masak rendang daging.
Linda bawa balik ketupat palas je. Hihi.

Till then, see ya.

Wednesday, May 20, 2026

.: KE TERMINAL GOMBAK BERSEPADU :.

Assalamualaikum.

meh throwback Rabu, 29.04.2026.
last minit plan, teman Izzah pergi TBG naik public transpot.
bas dia pukul 9.30 malam kalau tak silap.
jadi, sempat la nak naik public transpot.
selalu mek tu naik Grab dalam 4.30-5.00 petang, memang RM50 saja harga grab.
padahal dari Selayang ke TBG bukan jauh pun.
cuma, waktu tu traffic tinggi kan.
lepas tu, dia nak kejarkan bas 6.30 petang.
memang tak dan la nak naik public transport.

naik bas
alang-alang bas lewat lagi, naik public transport la kita.
campur Linda pun nak berjalan sama.. hahaha.
habis waktu pejabat pukul 5, terus menapak ke bus stand.
amik gambar candid mek ni, buat konten blog.. hahaha

station Ampang Park
naik MRT dekat station Metro Prima, turun dekat Ampang Park untuk tukar naik LRT Gombak pula.
kena berjalan sikit untuk tukar station.

naik LRT
dalam LRT, setelah beberapa station ramai orang.
rupanya memang waktu orang balik kerja, penuh ye LRT masa naik dekat Ampang Park tu.
sendat, macam tin sardin. hahaha

TBG entrance dari LRT station
Alhamdulillah, sampai TBG.
tapi, nie entrance belah belakang la.
turun dari station LRT, masuk kiri untuk ke TBG.

masa incikSuami ada dekat Selayang.
dok lalu je depan TBG ni, sekarang dah sampai.

Nasi Lemak Burung Hantu
wah, ada nasi lemak burung hantu la.
selalu nampak dekat blog MT je.. hihihi

Izzah belanja
lepas tu, mek Izzah ni belanja makan pula.
moga murah rezeki selalu.
kita ni ajak dia naik public transport, sebab nak g "derak" juga.. hahaha
nak bagi sampai.
kalau tidak, bila ntah nak sampai.

solat maghrib dulu, lepas tu. linda pun balik semula la ke Selayang.
konon nak naik bas MPS pula, tapi nya 9.40malam baru jalan.
lambat nak sampai nanti.
jadi naik je la LRT, MRT macam masa datang tadi.
9.50 malam dah sampai hospital.
Alhamdulillah, pertama kali balik malam2 lepas PJJ ni.
selalunya, memang dok memerap je dalam bilik.
takde keluar ke mana dah.. hahaha.

till then, see ya.

Monday, May 4, 2026

.: BALIK SELAYANG :.

Assalamualaikum.

4.40 am baru keluar dari rumah.
Balik ke tempat mencari rezeki.

4.57am dah sampai.
Waktu subuh² Gini, kereta tak banyak.
Cepat sampai.
Suami hantar seorang je, memang selalu pagi² ni tak kejut anak² pun.
Kesian diorang nak bangun awal.

Dah hilang Mister Potato ibu, kak M gantikan dengan Crying baby dia. 
Ibu yang minta.
Sibuk je nak Mister Potato tu, ibu minta swap la.
Risau plak dia, siap pesan "ibu jaga elok², jgn bagi hilang ye"..

Malam tadi sempat kak M bagi ibu biskut 2 peket.
Buat bekal katanya.
Halah³, kadang² sweet, kadang² rasa nak picit² je.. hahaha.

InsyaAllah, takde aral lagi 2minggu baru balik.

Till then, see ya.

Saturday, April 18, 2026

.: DISKAUN 30% UNTUK ETS DAN ERT :.

Assalamualaikum.

Wah, KTM ada buat penjimatan.
30% diskaun untuk setiap perjalanan ETS dan ERT.

Tempoh diskaun sampai 30 April sahaja.


Syarat² nya ya.
Diskaun boleh digunakan untuk tiket hari Isnin-Khamis sahaja.
Weekend, cuti sekolah, cuti umum kalau apply kod promo MADANI30 tu, tak dapat diskaun ya.

Jadi, jom la manfaatkannya.
Linda dah beli untuk tiket balik ke Sg Buloh.
Sebab balik Sg Buloh hari Isnin, so valid la kod promo tu.

Harga sebenar RM39.
Lepas tolak diskaun, perlu bayar RM28 je.

Satu lagi tiket, harga sebenar RM39.
Perlu bayar RM28 je.

Alhamdulillah. Jimat juga RM22 untuk 2 tiket tu.
Nak kira juga untuk tiket kehadapan.
Tiket raya haji tak beli lagi, tapi yang tu jatuh pada cuti sekolah.
So, takde lah diskaun.

Nak beli tiket kedepan kedepan sangat pun, duit nya takde lebih pun. Hahaha.

So, sesiapa yang ada rasa² nak berjalan naik ETS, boleh la guna kod promo ni.
Tapi, kena apply cuti lah.. sebab kod promo valid untuk weekdays punya tarikh je. Hihi.

Till then, see ya.

Thursday, April 16, 2026

.: PANCINGAN :.

Assalamualaikum.

cerita semalam, gaji tak masuk lagi.
bulan April kan gaji gomen awal (16.04.2026).
untuk bank gaji linda, selalunya malam esok nak gaji tu, dalam pukul 9 lebih macam tu dah masuk la gajinya.
so, ingat nak tunggu gaji masuk je lah, baru nak beli tiket kereta api untuk balik minggu depan (24.04.2026).
malam 14hb tu tengok seat ada lagi 80 macam tu.
pagi 15hb tu tengok dah tinggal 33 seat.
eh, tak boleh jadi, kalau nak tunggu gaji masuk. memang habis lah seat nanti.
mula-mula ingat nak pinjam duit kakmas RM50 dulu nak buat beli tiket.
lepas tu baru teringat, incikSuami kan YB(yang berpencen).
selalu gaji pencen masuk 1,2 hari awal dari yang masih berkhidmat.

takde kona-kona.
straight to the point je.
Alhamdulillah, minta RM50 dapat RM100.

terus beli tiket 24hb.

lepas tu beli tiket bas 30hb pula.
untuk tiket kereta api dah sold out yang 30hb tu.
sebab weekend panjang, Jumaat 01.05.2026, cuti umum hari pekerja.
 tiket bas pun untuk single seat tinggal depan sekali dengan belakang sekali je.
amik jelah, duduk single selesa sikit.

malam, lepas isyak macam tu.
teringat nak tengok apps KTM tu.
saja nak tengok tiket kereta api ada lagi ke tak.

haa, tengok la. 
tinggal 9 seats je.
itu pun tolak 2 seat OKU, ada 7 seats je.
nasib baik dah beli siang tadi.

pancingan mengena la, minta duit dekat IncikSuami, tak payah bayar balik. hahaha
isteri nak balik rumah suami pun, bukan nak p bercuti sorang2.
kalau pinjam duit kak mas tadi, kena pulangkan semula.
nasib baik la otak cepat bertindak. hahaha

2 tiket tu pun dah dekat RM80.
tu baru balik Batu Gajah, belum lagi beli tiket yang nak ke Selayang semula.
peruntukan tiket pun kena asing. hahaha.

till then, see ya.

Monday, March 30, 2026

.: BACK TO NORMAL LIFE :.

Assalamualaikum

habis dah cuti raya linda.
moh la kembali ke sarang menjalankan tgas seperti biasa.
petang semalam pun, dah hantar abang Mu'az balik asrama, yang tu pun drama lagi. hahaha
udah 3 bulan kot duduk asrama.

Balik Sungai Buloh
macam biasa la, naik kereta api.
hari tu incikSuami dah ambil dari asrama, balik sendiri la naik kereta api.

Balik Sungai Buloh
di awal pagi.
pukul 5 pagi sampai stesen KTM, terus je masuk platform.

Balik Sungai Buloh
dapat sneaker baru lagi.
terima kasih for an early birthday present.
bertambah la koleksi kasut linda.
gift from kak mas.

Balik Sungai Buloh
tengah tunggu MRT dekat Sg Buloh, ada orang tanya nak g Bukit Bintang macam mana.
linda buka Moovit la.
eh, dekat je rupanya.
boleh ikut Kwasa Damansara je.
lepas ni boleh la try g Bukit Bintang juga.

Balik Hospital Selayang
Alhamdulillah.
sampai tempat kerja.
thumbprint 7.58 pagi.
ngam2 sebelum pukul 8 pagi.

lepas thumbprint, pergi kafe, beli makanan.
balik bilik asrama dulu, tukar uniform kerja.

setel pusing asrama, baru kita taip entry baru.
nanti linda sambung lagi entry raya ye..hihihi.

till then, see ya.


Friday, March 6, 2026

.: KISAH SEMALAM :.

Assalamualaikum.

Semalam, 05.03.2026 Meeting unit pentadbiran yang pertama untuk tahun 2026.
Sebab bulan puasa, takde lah makan makan. Hahaha.

Screenshot dari status wasap bos.
Cari la Linda dekat mana..hihi.

Ok jwanjihh, ni last balik Tronoh.
Raya nanti baru balik pula.
Moga raya sabtu la.. baru jimat cuti kita.. 🤭🤭

Hari ni ambil cuti, sebab nak buat defects elektrik tu.
Tapi, Linda wakil incikSuami la pergi..hihi.

Till then, see ya.

Sunday, March 1, 2026

.: 9 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 27.02.2026 - balik Tronoh hari tu.
Naik bas, nak p MRT. Singgah AEON Kepong dulu. Nak cari bekal untuk berbuka puasa.

Beli zus coffee.
Guna tumbler dia lah, isi dalam tu je senang nak bawa.
Lepas tu, beli roti je dekat kedai roti Boheme, yang selalu dekat AEON tu.

Sambil menunggu ETS.
Ni train ke Tanjung Malim.
Train sampai 7.35malam, dah azan dulu.
Jadi sedut air je lah.
Beli Capuccino, pahit.. hahaha.
Sampai Batu Gajah pukul 9.35malam.
Jenuh pasang telinga, Speaker ketapi tak kuat pula.

Sampai stesen, dah turun ketapi, kalut beratur nak keluar.
Keluar² je, terus dedek panggil ibu.
Terkejut ibu, dedek dah sampai.

Sebelum sampai rumah, singgah kedai makan.
Beli tomyam untuk bersahur.
Sedapnya teh ais.

Order keropok lekor sekali.

Sampai rumah dalam 10.30 malam.
Yang ikut dedek je, abang Mueez dengan kak M tunggu rumah je.

Beli zus, dapat sampul duit raya free.
Ada 3 pcs je dalam 1 paket tu.
Kertas memang tebal, premium la.
Takde min purchase, selagi stok masih ada.

Till then, see ya.