Assalamualaikum.
Hari ni tak nak masak nasi.
Jemu pula hari² nasi.
Linda pun suruh incikSuami beli barang².
Gigih dia call sebab tak jumpa barang, tapi jumpa akhirnya.
Bila dah balik, Linda pun dok tengok lah apa yang dia beli.
Linda pesan isi ayam, dia beli drummet.
Linda pesan beli sekilo, dia beli 400g, tapi sepeket je..
Dia igt Linda sebut sepeket je, tak perasan nak nengok berat.
Tengok mee pun, mesti dah tahu Linda nak masak apa.
Jadi lah bahan yang ada.
Lepas tu, incikSuami tanya takde sayur je.
Eh, dia yang beli. Hahaha..
Makan je lah apa yang ada.
Eh, takde pula gambar mee kari nya.
Sebab Linda tak makan lagi.
Dah siap masak, moh le kita siapkan bunga telur.
Sebahagian yang dah siap.
Kena siapkan seratus batang, lagi halfway kot.. hahaha..
Tak kira pula, ikot sarung bunga telur je.
Kalau habis, 100 batang lah tu.
Have a nice weekend kawan² semua.
Till then, see ya.
Bestnya kalau tengahari dapat masak macam ni...PZ x maunya dia..mesti nak nasi berlauk gak...ajak makan kat luar lagi la dia x nak...
ReplyDeleteAlhamdulillah, suami ok je..anak² pun sama..kat kg ,bapak pun mcm tu,tapi dia tak kisah lauk apa pun, jadi masak juga lah nasi sikit untuk dia..
Deleteselalunya sy yg pi pasar beli brg2 dapur. wife yg siang ikan bagai n memasak... tp sy yg kena kemaskan dapur pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..saling bekerjasama..itu yg kita mahu
DeleteHari-hari nasi jemu jugakan...
ReplyDeleteBetul...masak sendiri hari² pun jemu..hihihi
DeleteMi kari kerang ye? Sedapnya. Ada taugeh, sawi, daun sup fuhhh licin semangkuk ni.
ReplyDeleteKerang buat tambah²..anak² makan ayam je...itulah, sayur² kalau ada pun, mak ayah je yang makan
DeleteOh, ambil tempahan bunga telur ke. Cantik² semuanya. Sedap tu mee kari, tapi dapat drummet pulak ya, hihi.
ReplyDeleteDulu² ambil juga, sekarang nie buat utk saudara mara je.
DeleteLinda suruh keluar sekali lagi, beli isi ayam dengan mee sebungkus lagi.hihihi
Betul lah Linda, kita ni sbg isteri solehah (ahakz!. gurau) mmg malas nak meminta2, suka masak guna apa yg dibeli je. Last2 td dibebel juga, pesal masak Nasi Arab tak cukup bhn. Kekeke. Mood M tgh melanda, rasa malas nak keluar top up groceries.
ReplyDeleteCantik lah bunga telur tu, berseni tgn Linda.
Itulah miss Mirror..tapi, Linda p suruh gak pergi beli...😂😂
DeleteAlhamdulillah,boleh lah mereka² sikit bunga telur tu
Kalau suruh beli, beli tu je lah kaedahnya kan. Beli pun asal ada gitu. Hihi bertabahlah makan mi kari tak ada sayur. Banyak lagi nak disiapkan tu. Chaiyuk².
ReplyDeleteHahaha..itulah, ikot suka dia je nak beli macam mana..
DeleteBatang pula habis,..hihi..kena g cari pula nanti
Ini kalau Ai, en. suami beli, en. suami yang masak.. hehehe..
ReplyDeleteBunga tu - waktu tengah viral, anak daraku siap belajar tutorial nak membuat dan banyak dia pernah buat untuk dihadiahkan kepada cikgu2 dan kawan2nya. Sekarang.. ada banyak lagi.. mood dia ke lautan dalamlah tu tak nak buat.. hahaha..
Alhamdulillah, best incikSuami boleh masak..setakat hari NIE, incikSuami kita boleh diharap untuk masak nasi goreng.
DeleteLinda baru cuba buat NIE, sebelum NIE guna bunga stokin je
Uncle macam ni... kerja kemas dapur "serah pada ku" Yang lain tak pandai... hehehe
ReplyDeleteItu pun bagus juga uncel..kerjasama..
DeleteBetul Linda, hari- hari makan nasi jemu juga.
ReplyDeleteCantik bunga telurnya, warna-warna lembut.
Tapi, beli second batch punya kawat bulu, ada pekat sikit warna nya..boleh la kot..hihihi
Deletelurus tu... tak disebut sayur memang tak beli lah.. karang mandai-mandai beli ada dah sayur kat esbok tu 😂
ReplyDeleteHahaha .itulah tu...lepas tu, bila dah siap hidang, dia tanya sawi pula....
DeleteCukup ke sepeket mi tu Linda hehe...
ReplyDeleteItulah pasei nya ..kita suruh beli sekilo .dia beli sepeket yg 400g. Dah suruh beli lagi sepeket..hahaha..
Delete