lovvu Dobbu

Sunday, August 31, 2025

.: ARAH SELATAN :.

Assalamualaikum..

Salam Kemerdekaan ke 68 buat semua.
Semoga rakyat P turut menikmati erti kemerdekaan..aamin.
Doakan juga dipermudah dan dilancarkan segala urusan gerakan SumudNusantara. Semoga semua yang menyertai, selamat pergi dan pulang, Aamin.

Geng² blogger buat apa hari Merdeka nie?
Ada yang join perbarisan ke?
Linda selalu tengok perbarisan je, tapi live dekat TV.
Tapi hari nie,tengok live dalam kereta.
Ada tempat untuk dituju.

Berhenti makan kejap dekat RnR Seremban.
Pertama kali masuk sini selepas RnR siap.

Anak bujang berdua.

Linda beli cucur udang. Sedap juga.
Anak² dengan suami semua makan nasi lemak.

Luas RnR nie.
Parking banyak, kedai² jual makanan pun banyak.
Angin kuat , tak pasti lah angin dari luar (RnR jenis open) atau kipas yang besar tu.
Walaupun pagi, tapi pengunjung pun ramai juga dah.
Alhamdulillah, highway tak jam.
Smooth je perjalanan.

Ada hiasan merdeka juga.
Macam dekat blog kak Faizah hari tu.
Mungkin ada pertandingan antara RnR kot.

Zoom sikit.

Eh, Linda nak ke mana sebenarnya?
Nanti Linda share ya.
IncikSuami ajak, kita ikut je.
Jangan banyak tanya. 🤭🤭

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Selamat Hari Merdeka dan selamat bermusafir Linda
    Cantik R&R ni baru dan design lawa, lain dari R&R yg lain² tu kan. Adanya deko Merdeka ni lagilah meriah suasananya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH..
      Betul, lain designnya, baru kan..meriah suasana merdeka

      Delete
  2. Selamat Hari Merdeka kak Linda.. Hari ni sis lepak2 depan tv je, sambil tengok geng oyen dengan K9 lalu.. hehe..

    sis pun dah beberapa kali singgah RnR ni.. selesa dan lapang tempatnya.. cuma kalau penuh, parking kena la jauh sikit dari pintu masuk.. mujur ada laluan pejalan kaki tu.. yang penting ada zus coffee.. hehehe.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Linda dah tak ke arah selatan..hihi..
      Kalau tahun 2021-2024 tu, ulang alik jugak lah every weekend..sebab still PJJ..sekarang incikSuami dah pencen..takde dah la..barang dekat rumah Melaka pun dah angkat

      Delete
  3. salam hari kemerdekaan negara kita yg ke68!

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Cie tengok sambutan kat Lipis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kemerdekaan...wah,bestnya tengok perbarisan

      Delete
  5. Semalam akak keluar rumah ikut hiway semua smooth. Mungkin orang dah keluar hari Jumaat/Sabtu. Takpun ramai yang rehat di rumah saksikan sambutan Hari Kebangsaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kak..Linda pun smooth je jalan nya..sampai memang ikut waktu waze

      Delete
  6. Selamat hari Kemerdekaan yang ke 68 Linda..akak teka..pi Melaka kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari kemerdekaan juga kak..
      A ah..p Melaka..hihihi

      Delete
  7. seronok betul permulaan bulan bulan september ni kan. hari isnin cuti sambung merdeka, kerja 3 hari n jumaat pulak cuti maulidur rasul

    ReplyDelete
  8. Merdeka duk rumah, tengok perarakan sekejap sebelum hantar Dania kerja. Lepas tu bila Dania balik makan kat luar sama2. Tu je.....tak gi mana2 sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak..kdg² tu, nk duduk berehat je..NIE kebetulan suami ajak..kita on je lah

      Delete
  9. Lawa, R&R dia. Nampak sedap cucur udang. Seronok la Linda, boleh nyongket. Akak tak kemana cuti merdeka, rehat di rumah saja. Semalam Isnin, trafik agak banyak, pergi Ipoh sat, hantor Hafizan balik Poli. Hujung minggu ni, cuti lagi. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sekali sekala nyongket kak...stat awal bulan 8 ritu..dok rumah je..suami balik Taiping minggu lepas pun tak ikut..hihihi
      Iye, hujung minggu nie kita tidur je kat rumah, minggu cuti sekolah nak cuti seminggu

      Delete
  10. waaa, bestnya jln selatan. asben bagi tau haitu, dia balik Melaka tak jem. arah balik KL jem yakmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik KL, kami ikut PD..jem biasa² je lah..takde lah sangat..hihihi

      Delete
  11. hari Merdeka ammi sambut di rumah aja. TV pun lupa nak buka

    ReplyDelete
  12. Salam kemerdekaan kali ke 68...semoga terus berblog..satu aktiviti yang menyihatkan minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kemerdekaan juga buat cikgu..
      insya-Allah, selagi mampu, kita menulis

      Delete
  13. Suka kalau berhenti di RnR yg bagus, bersih, banyak angin. Memang bisa untuk istirahat jadinya. Apalagi banyak yg menjual makanan 👍👍. Saking seringnya stop di banyak RnR sini, saya sampai ada favorit RnR, yg memang mesti stop tiap kali road trip pulau Jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..seronok, tapi parking nya susah juga nak cari..nasib² ada yang keluar .dpt lah yg dekat dengan pintu masuk

      Delete
  14. Hari Merdeka ikutkan pergi kenduri kahwin tapi mak mentua emergency masuk zon kuning. Syukur tak ada apa yang serious. Jadi spend masa dengan family je lah di KL. Mujur juga tak jem. Tak pernah lagi singgah RnR ni walaupun kerap lalu. Mungkin perjalanan tak jauh, itu yang tak singgah tu. Tapi memang cantik tengok dari gambar-gambar yang review. Ke Selatan kemana tu Linda? Orang dah ajak, rugi kalau tak ikut sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde yang serius...
      Kdg² tu malas nak singgah RnR yang besar²,lagi² time cuti² cmtu .ramai org .parking susah..Hihihi..
      Balik Melaka kejap..hihihi

      Delete