Assalamualaikum..
Salam Kemerdekaan ke 68 buat semua.
Semoga rakyat P turut menikmati erti kemerdekaan..aamin.
Doakan juga dipermudah dan dilancarkan segala urusan gerakan SumudNusantara. Semoga semua yang menyertai, selamat pergi dan pulang, Aamin.
Geng² blogger buat apa hari Merdeka nie?
Ada yang join perbarisan ke?
Linda selalu tengok perbarisan je, tapi live dekat TV.
Tapi hari nie,tengok live dalam kereta.
Ada tempat untuk dituju.
Berhenti makan kejap dekat RnR Seremban.
Pertama kali masuk sini selepas RnR siap.
Anak bujang berdua.
Linda beli cucur udang. Sedap juga.
Anak² dengan suami semua makan nasi lemak.
Luas RnR nie.
Parking banyak, kedai² jual makanan pun banyak.
Angin kuat , tak pasti lah angin dari luar (RnR jenis open) atau kipas yang besar tu.
Walaupun pagi, tapi pengunjung pun ramai juga dah.
Alhamdulillah, highway tak jam.
Smooth je perjalanan.
Ada hiasan merdeka juga.
Macam dekat blog kak Faizah hari tu.
Mungkin ada pertandingan antara RnR kot.
Zoom sikit.
Eh, Linda nak ke mana sebenarnya?
Nanti Linda share ya.
IncikSuami ajak, kita ikut je.
Jangan banyak tanya. 🤭🤭
Till then, see ya.
Selamat Hari Merdeka dan selamat bermusafir Linda
ReplyDeleteCantik R&R ni baru dan design lawa, lain dari R&R yg lain² tu kan. Adanya deko Merdeka ni lagilah meriah suasananya tu
Terima kasih PH..
DeleteBetul, lain designnya, baru kan..meriah suasana merdeka
Selamat Hari Merdeka kak Linda.. Hari ni sis lepak2 depan tv je, sambil tengok geng oyen dengan K9 lalu.. hehe..
ReplyDeletesis pun dah beberapa kali singgah RnR ni.. selesa dan lapang tempatnya.. cuma kalau penuh, parking kena la jauh sikit dari pintu masuk.. mujur ada laluan pejalan kaki tu.. yang penting ada zus coffee.. hehehe.. ^^
Kak Linda dah tak ke arah selatan..hihi..
DeleteKalau tahun 2021-2024 tu, ulang alik jugak lah every weekend..sebab still PJJ..sekarang incikSuami dah pencen..takde dah la..barang dekat rumah Melaka pun dah angkat
salam hari kemerdekaan negara kita yg ke68!
ReplyDeleteSalam kemerdekaan juga buat MZ
DeleteSelamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Cie tengok sambutan kat Lipis ni.
ReplyDeleteSalam kemerdekaan...wah,bestnya tengok perbarisan
DeleteSemalam akak keluar rumah ikut hiway semua smooth. Mungkin orang dah keluar hari Jumaat/Sabtu. Takpun ramai yang rehat di rumah saksikan sambutan Hari Kebangsaan.
ReplyDeleteSama kak..Linda pun smooth je jalan nya..sampai memang ikut waktu waze
DeleteSelamat hari Kemerdekaan yang ke 68 Linda..akak teka..pi Melaka kan?
ReplyDeleteSelamat hari kemerdekaan juga kak..
DeleteA ah..p Melaka..hihihi
seronok betul permulaan bulan bulan september ni kan. hari isnin cuti sambung merdeka, kerja 3 hari n jumaat pulak cuti maulidur rasul
ReplyDeleteitu lah...syiok minggu nie kerja 3 hari je...
DeleteMerdeka duk rumah, tengok perarakan sekejap sebelum hantar Dania kerja. Lepas tu bila Dania balik makan kat luar sama2. Tu je.....tak gi mana2 sangat.
ReplyDeleteTakpe kak..kdg² tu, nk duduk berehat je..NIE kebetulan suami ajak..kita on je lah
DeleteLawa, R&R dia. Nampak sedap cucur udang. Seronok la Linda, boleh nyongket. Akak tak kemana cuti merdeka, rehat di rumah saja. Semalam Isnin, trafik agak banyak, pergi Ipoh sat, hantor Hafizan balik Poli. Hujung minggu ni, cuti lagi. 😊
ReplyDeleteHahaha..sekali sekala nyongket kak...stat awal bulan 8 ritu..dok rumah je..suami balik Taiping minggu lepas pun tak ikut..hihihi
DeleteIye, hujung minggu nie kita tidur je kat rumah, minggu cuti sekolah nak cuti seminggu
waaa, bestnya jln selatan. asben bagi tau haitu, dia balik Melaka tak jem. arah balik KL jem yakmat.
ReplyDeleteBalik KL, kami ikut PD..jem biasa² je lah..takde lah sangat..hihihi
Deletehari Merdeka ammi sambut di rumah aja. TV pun lupa nak buka
ReplyDeleteBetul² berehat nie..sampai TV pun lupa buka
DeleteSalam kemerdekaan kali ke 68...semoga terus berblog..satu aktiviti yang menyihatkan minda
ReplyDeletesalam kemerdekaan juga buat cikgu..
Deleteinsya-Allah, selagi mampu, kita menulis
Suka kalau berhenti di RnR yg bagus, bersih, banyak angin. Memang bisa untuk istirahat jadinya. Apalagi banyak yg menjual makanan 👍👍. Saking seringnya stop di banyak RnR sini, saya sampai ada favorit RnR, yg memang mesti stop tiap kali road trip pulau Jawa.
ReplyDeleteItulah..seronok, tapi parking nya susah juga nak cari..nasib² ada yang keluar .dpt lah yg dekat dengan pintu masuk
DeleteHari Merdeka ikutkan pergi kenduri kahwin tapi mak mentua emergency masuk zon kuning. Syukur tak ada apa yang serious. Jadi spend masa dengan family je lah di KL. Mujur juga tak jem. Tak pernah lagi singgah RnR ni walaupun kerap lalu. Mungkin perjalanan tak jauh, itu yang tak singgah tu. Tapi memang cantik tengok dari gambar-gambar yang review. Ke Selatan kemana tu Linda? Orang dah ajak, rugi kalau tak ikut sama.
ReplyDeleteAlhamdulillah takde yang serius...
DeleteKdg² tu malas nak singgah RnR yang besar²,lagi² time cuti² cmtu .ramai org .parking susah..Hihihi..
Balik Melaka kejap..hihihi