Assalamualaikum.
kalau ada yang perasan blogger NA pernah up entry mengenai poskad yang nak di berikan kepada siapa yang mahu.
linda pun salah seorang yang mengirim e-mel pada kak NA untuk minta sekeping poskad juga.
linda memang sentimental sikit, suka kumpul setem, suka something yang fizikal.
sebab tu photobook belambak lambak. hihihi.
kak NA e-mel Linda awal bulan 6, beritahu poskad sudah dipos.
Tunggu punya tunggu, tak sampai pun.
Lagilah Linda sedih, sebab member ada pernah pos surat, tapi tak sampai.
Risau sebenarnya.
Tapi, surat kak M yg tawaran tahun 1 dulu, sampai je dekat peti surat bawah rumah tu.
Siap e-mel semula kak NA, minta maaf awal-awal kalau poskad tak sampai.
Sekali, sebelum cuti awal Muharram hari tu, dedek bawak naik.
Dedek cakap ada surat untuk ibu.
Nie lah poskad yang Linda dapat.
Gambar kesan tapak kaki Rasulullah.
Sape Linda minta kak NA buat coretan sikit.
Setem nie boleh lah simpan.
Lama betul tak dapat surat dan setem.
Dulu, masa zaman sek rendah, suka tulis surat berkenalan.
Kan dalam majalah-majalah ada segmen yg ada gambar dan biodata.
Dari situ,Linda pilih la yg mana berkenan..
Alhamdulillah, masih ada sorang sahabat pena yang kekal bersahabat hingga sekarang.
Ibarat kakak Linda lah, bakal kak ipaq tak jadi juga.
Tapi, ok je..Linda dengan dia masih bersahabat seperti biasa.
Namanya kak Husna, cumanya sekarang nie bertanya khabar melalui wasap je lah.
Nak jumpa susah betul. Hihihi.
Yang penting, syukur sangat-sangat, poskad tu masih direzekikan untuk Linda, walaupun hampir sebulan dia mencari jalan nak sampai ke rumah Linda.
Till then, see ya.
Wahhhh rezeki tu... Gambar tapak kaki Rasulullah... Koleksi mahal tu ...
ReplyDeleteTak dapat tengok sendiri,dpt poskad pun seronok dah.
DeleteMasya-Allah, cantiknya, gambar kesan tapak kaki Rasulullah SAW. Alhamdulillah, kalau dah rejeki, tak ke mana.
ReplyDeleteWah, suka tulis surat juga ye, Linda ni dulu.
Itulah kak..dah namanya rezeki..sampai juga, Alhamdulillah..
DeleteSuka kumpul setem,tu yg suka tulis surat
Alhamdulillah, rezeki tu, sampai jugak poskadnya.
ReplyDeletealhamdulillah...masih tertulis untuk linda
DeleteAda lagi ek poskad zaman sekarang. Setem tu Cie dulu pernah jadi pengumpul stem siap ada album lagi.
ReplyDeleteada lagi...cuma tak kurang...
Deletesama, linda pun banyak album dulu...kalau cari sekarang, ada kot kt kampung
unik poskadnya ..lakaran tapak kaki rasullah swt
ReplyDeletebetul tu sis Mieja
DeleteWahhh...Nice..Sy pun duk kumpul setem dari surat2 by post yg sampai dkt ofis ni ...Tp manjority setem dalam m'sia aje la... =D
ReplyDeletedapat yang ada tema2 nie syok lah...kadang2 dok tengok dekat laman web pejabat pos...
DeleteSuka-suka, jom kita exchange handmade art? hehe...
ReplyDeletekita pun ada sahabat pena berkawan sampai sekarang from darjah 6, dia hantar surat sebab nampak puisi kita hantar dalam majalah guna alamat sekolah.
alamak...linda dah takde handmade art kak Cha...ada munge telur je... hihihi...
Deletealhamdulillah, rezeki tu tak putus sahabat
menggamit memori sgt bila benda2 poskad, setem dan snail post ni
ReplyDeletebetul...seronok bila dapat tengok2, belek2.
DeleteAlhamdulillah sampai akhirnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sampai juga akhirnya
DeleteLamanya juga tak dapat poskad camni la. Masa kecik2 ya pernah dapat kad raya. Hehe
ReplyDeleteSepatutnya dalam tempoh 7 hari dah boleh sampai kot..dekat hosp, tak tau lah kenapa lama sangat nak sampai..masa zaman dulu meriah semua nie.sekarang semua dah digital je.
DeleteAlhamdulillah akhirnya yang ditunggu selamat mendarat. Hati berbunga-bunga dapat poskad dan dapat kumpul setem.
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul tu,simpan dalam fail
DeleteBaca tulisan ini, saya jadi teringat masa duduk di sekolah menengah pertama, suka juga berkirim surat ke sahabat yang dikenal lewat majalah remaja. Sahabat pena...
ReplyDeleteKalau tentang prangko (Mbak sebut nya "setem") saya pernah kumpulkan dan disimpan dalam stamp album...
Salam,
Oo..prangko namanya ..
DeleteYa,waktu itu emang surat menyurat saja yang popular..
Dulu kat blog pernah beberapa kali dapat poskad dri kawan2 blogger yg belajar overseas, sampai sekarang saya simpan lagi
ReplyDeleteSejak tu saya suka sgt poscard n kadang2 time raya selalu bagi poskad kt kawan2. Paling rare saya pernah bagi poskad yg dikirim daripada gunung kinabalu
Betul.. seronok bila dapat poskad NIE..terus teringat cerita goblin pula..dia dapat surat yang dia pos sendiri masa jalan dengan goblin dekat luar negara tu.
DeleteLama x dapat poskad...bestnya...teringat masa zaman remaja suka tulis2 surat utk sahabat pena...pernah gak dapat poskad
ReplyDeletememang zaman dulu2 itu je hiburna kita kan kak...hihihi
Deletewowwww.... lejen tu ada sahabat pena.
ReplyDeleteSekarang bersambung jadi sahabat whatsapp pula. Mana² medium pun bagus untuk mengukuhkan silaturrahim.
Itulah...sekarang semua wasap je...nak jumpa susah,masing² ada komitmen kan
DeletePunya saya sampai saat ini blm DTG jugaaa ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Memang tak berharap, Krn beberapa kali kirim poskad buat diri sendiri dari LN, tak pernah sampai. Atau pernah sampai tapi 3-6 bulan kemudian. Tak tahulah salah di mana.
ReplyDeleteTapi pernah aps saya dan teman2 ke Korea Utara , kami kirim poskad buat masing2. Dan 1 pun poskad tak ada yg sampai ke alamat kami semua 🤣🤣🤣. Mungkin langsung disensor oleh mata2 Korea Utara di sana 😅
Itulah..kalau yang murah kadar pos nya,makan masa..entah sampai entahkan tidak..
DeleteSemoga sampai jua fanny punya poskad
Ammi lost contact dengan sorang kakak yg ammi kenal lalu majalan dewan siswa. Last kita berutus surat masa dia di Jordan tengah buat pengajian Syariah kat sana. Ammi cuba cari namanya kat FB, google semua tak jumpa
ReplyDeleteKdg² nak cari semula memang tak jumpa..
Delete