lovvu Dobbu

Thursday, July 3, 2025

.: KISAH TERTANGGUH :.

Assalamualaikum 

Lama sungguh nak boleh up entry nie
sambungan balik raya haji ritu, dari Taiping nak ke Sungai Samak.
incikSuami beli jiwa lagi, ajak p jalan-jalan..
jadi kitaorang balik lalu jalan lama, Trong-Pantai Remis.

Ahad, 8 June 2025

motif nya, incikSuami nak tengok-tengok Teluk Senangin nie.
haa elok lah, linda pun tak pernah masuk.
kalau nak mandi pantai sini, kena cepat lah.
susah juga cari parking nie.

sampai ke hujung jalan kami p.
rupa-rupanya, incikSuami cari Teluk Nipah.
yang kita nie mikior lerrr...

bang, Teluk Nipah dekat Pulau Pangkor nun.
kena naik feri bang. adusss...

Dah tengah hari kan,masing masing lapar lah.
IncikSuami ajak makan di Lumut,dekat area yang ada Muzium Kapal Navy tu.

Sekali,jalan tutup daa..
Boleh lalu jalan tengah je,jadi tak boleh lah nak ke belah sinun.

Ingat nak Ronda pekan Manjung,tapi dah nampak kedai makan..berenti je lah.

Makan nasi ayam bako

Dedek pilih nasi lemak, air sirap.
Pakai kopiah haa,sejuk perut ibu mengandung..

Haa,nie lah kedai yang Linda singgah makan.
Kak Nur @ blogger tot mesti tau kat mana.

Dah kenyang,sambung lah perjalanan balik Sungai Samak.
Berenti isi minyak dekat Bhp yang sebaris sek cina tu.

Kebetulan, ada kereta Linda je, snap terus.
Pemandangan yang jarang berlaku nie.

Alhamdulillah, perjalanan nya seterusnya smooth je.

Till then, see ya.

20 comments:

  1. Alamak..Nk beli jiwa skali salah location plk =D...Betul...teluk senangin tu kena smp awal kalau nk mandi...Kami dulu sewa homestay dkt hujung...Waktu bykkkkkkkkkk lalat..=(

    ReplyDelete
  2. tempat2 jenis pantai ni mmg nak kena pegi awal, kalo tidak jenuh cari parking ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Kat Teluk Batik dah tak best air laut nya...

      Delete
  3. Dapat pulak kena hujung minggu konpom ramai. Susah nak cari parking.

    ReplyDelete
  4. Jalan-jalan cari makan, nak beli jiwa kita sila cari shopping mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji bawa jalan²..kita nie tak cerewet sgt....hahaha...

      Delete
  5. Aunty pun tumpang sejuk mata tengok anak soleh tu 😍
    Akk tahu Teluk Batik je kalau di Lumut ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Teluk Batik pun, masuk simpang lain...

      Delete
  6. tiap kali blk kg lalu sini masa wce tk siap..best suka tgk kg-kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nie la laluan dulu masa WCE tak siap lagi..

      Delete
  7. Ha, tau, tau. Lama tak pekena nasi ayam bakor Tapah Road. Linda pergi masa jalan tutup time PM nak datang, ye? Hehe.. padahal event-nya lambat lagi, tapi awal jalannya ditutup.
    Area yang ada muzium kapal navy? Itu tahun bila tu. Kan muzium tu dah lama katup. Tempat makan kat Lumut Esplanade tu, buka petang je, yang ada ABC, laksa, kuetiau tu, kan. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..betul kak..lepas tu tengok nampak poster event tu...awal dia pasang...
      Lah,takde dah ke Muzium nya? Lama sangat tak kesana..tak tahu pula..hahaha..
      Ooo,Lumut esplanade tu buka petg je ye .dulu2 rasenya ada juga buka tengah hari...dah makin kurang lah kedai makan area Lumut..masa kerja Lumut,selalu beli dekat laluan yang orang jln kaki turun feri tu...depan sikit...ada kedai nasi campur...kalau rajen,p teluk Muroh...

      Delete
  8. Nasi ayam bako itu maksudnya nasi ayam bakar ya Mbak?
    Saya sampai zoom fotonya, penasaran sekali.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..nasi ayam nya biasa aja abah, cuma ayam nya dibakar...
      Jarang yang dihidang sama ayam bakar.

      Delete
  9. Lama tak pi manjung. Kakak Cie duk sana.

    ReplyDelete
  10. Silap timing lah pulak encik suami nak bawa jalan. Takpelah, dapat makan nasi ayam bako pun sodap. Teluk Senangin, Teluk Nipah, Pulau Pangkor semua ni saya tak pernah sampai lagi. Best juga kalau dapat jalan-jalan ke sana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah tu,plan dengan husband cuti2 pangkor pula..naik feri ke pulau.

      Delete