lovvu Dobbu

Thursday, July 17, 2025

.: ANAK SOLEH DI UJI :.

Assalamualaikum.

Anak Soleh, abang Mueez jatuh basikal 🥹🥹🥹

Petang semalam, sampai ke rumah dari sek KAFA, macam biasa, tukar² baju untuk turun main basikal dan ke kedai serbaneka di ED hosp.
Ya..rutin harian biasa.
Tiba-tiba menjadi luar biasa, bila dedek naik rumah dan beritahu "ibu,ayah, Mueez kepala dia berdarah, terlanggar kereta"

Terus suruh incikSuami pergi tengok.
Linda menunggu di rumah untuk berita selanjutnya.
Tak lama incikSuami turun, telefon Linda berbunyi "eh,sayang nak ikot tak?Mueez masuk ED tu,zon merah"
Terus bersiap zass, sambil tu telefon berdering, dari Hosp Selayang untuk beritahu perkara yang sama.

Terus ke Kecemasan,masuk zon merah.
Luluh hati tengok abang Mueez menangis, kepala berdarah..
Tak sanggup nak tengok, ibu terus keluar untuk buat pendaftaran, tinggal lah incikSuami menemani abang Mueez.

Selesai pendaftaran, kembali menjenguk abang Mueez.
Sudah terlena, kepala berbalut, rambut telah dicukur.
Menunggu giliran untuk membuat CT Scan dan X-ray.

Kepala terhentak ke jalan, hentakan yang kuat rasanya.
Nak share gambar kecederaan di kepala, tak sanggup..cukup lah sekadar simpanan peribadi.

Selesai CT Scan dan X-ray, hampir jam 8.30 malam.
Balik ke rumah dahulu, bergantian dengan incikSuami.

Tempat kejadian, depan ED.
Kesan darah masih ada, tak dapat Linda bayangkan.

Setelah doktor review itu,ini..
Perkhabaran sedih yang perlu ditelan, terdapat pendarahan yang sedikit di bahagian otak.
Kes direfer ke Neurosurgeri hosp Sg Buloh.
Menunggu review Neurosurgeri untuk langkah selanjutnya, sementara menunggu.
Kami masih di Kecemasan Hosp Selayang.

Mohon doakan semoga urusan anak Soleh dipermudah, tiada perkara yang serius, moga sembuh seperti sedia kala..Aamin

Alhamdulillah, dari petang 6pm,16Julai2025 hingga saat ini, 2.30am,17Julai2025. Abang Mueez baik² dan dalam keadaan stabil..masih waras, tiada muntah²..

Mohon salurkan kekuatan pada Linda..terima kasih semua.

Owh,selepas diselidiki, dan ada bantuan kawan yang bagi CCTV parking, abang Mueez jatuh sendiri (mungkin rantai basikal terjatuh,basikal nampak stuck dan terberhenti, inertia menyebabkan abang Mueez terjatuh)..nampak hentakan kuat,selepas hentakan kuat, diikuti sawan.. Allahuakbar, luluh hati, tak boleh tengok video tu berulang kali.

Till then, see ya.

35 comments:

  1. Ya Allah, Ya Tuhan, sabor ye Linda. Akak doakan abang Mueez tak apa², dan cepat² sihat. Stay strong, dan segala urusan dipermudahkan. 🤲 Kesian Muezz, mesti sakit.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, moga abang Mueez sihat2 dan tiada kesan sampingan hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin@x... terima kasih Umifuzy..harap2 begitulah

      Delete
  3. Allahu Akbar 😭
    Semoga dipermudahkan utk Linda sekeluarga dan mueez kembali sihat 🤲🏻
    Strong ye Linda ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PH...insya-Allah...ibu is seterong...

      Delete
  4. Allahuakbar...Semoga semuanya baik2 aje utk mueez...Shafahullah. Allahumma yassir..Amin

    ReplyDelete
  5. Allahuuu, semoga kembali sembuh dan sihat seperti sebelumnya.
    Semoga terus kuat Linda dan ahli keluarga.
    Shafakallah Mueez, semua akan baik-baik hendaknya.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.
    Ya Allah berderau darah kalau ada accident ni. Terus kuat Linda untuk Abang Mueez segera sembuh dan sihat seperti biasa. Semoga Allah permudah segala urusan Linda sekeluarga. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, memang berderau lah darah nie semalam...
      semoga yang baik2 je untuk abang Mueez..aamin

      Delete
  7. Moga cepat sembuh. Apa yang Linda tulis membimbangkan juga. Moga semuanya baik-baik ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. ya, betul, untuk kita yang bukan pakar nie memang membimbangkan, tapi doktor2 pakar dah pantau, insya-Allah semua nya dipermudah...aamin

      Delete
  8. smoga cpt sembuh & dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar lyn, berderau kak mieja baca, moga cepat sembuh abg mueez, moga dipermudahkan urusan lyn & hubby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, linda semalam tengok abang Mueez dekat redzone lagi tak sanggup, tu yang lari p kaunter pendaftaran...
      terima kasih atas doanya kak Mieja, Insya-Allah semoga semua yang baik2 je...aamin

      Delete
  10. Allahuakbar...saya pun gitu kalo ank sakit...suruh husband handle x sanggup nak hadap diorg...Semoga abg Mueez cepat sembuh...Semoga Allah permudahkan urusan keluarga Linda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...semalam dengan darah,dengan meraung nya...aduhh

      Delete
  11. semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh...teruk kecederaan tu...harap tak trauma nak berbasikal

    ReplyDelete
  12. Allahu... semoga Abang Mueez cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan Linda sekeluarga.
    Linda pun jaga kesihatan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..terima kasih kak.. InsyaAllah...Linda ok je nie..take over malam je..siang biar lah bapa dia..

      Delete
  13. Semuga semuanya Allah permudahkan dan Muez cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  14. Kita yang baca ni pun rasa sedih, tak dapat nk bayangkan perasaan emak bapaknya kan. Moga dipermudahkan semuanya buat abg Muez, moga diberi kesembuhan dan sihat spt sediakala.

    ReplyDelete
  15. Allahuakbar, semoga abang mueez cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  16. Semoga abang Mueez tidak mengalami cedera yang serius, Mbak.
    Dan semoga lekas kembali sehat dan normal seperti sedia kala.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... Mudah mudahan kembali seperti sedia kala..aamin

      Delete
  17. Tiada muntah2 tu petanda bagus... Semoga baik2 semuanya

    ReplyDelete