lovvu Dobbu

Monday, July 28, 2025

.: HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.

Jumaat,25.07.2025 - balik dari kerja, terus incikSuami cakap nak balik kampung (Taiping, kampung suami).

Kemas la baju nak bawa, dalam pukul 8 malam tu,gerak lah dari Selayang.
Jalan takde jam sangat.

Berhenti dekat hentian RTC Simpang Pulai, dalam 10.30 malam.
Baru lepas hujan.

Order maggi kari telur, baru ngam.
Sejuk² hirup kuah panas.
Nikmat betul rasanya.

Beli juga buah potong dengan kuah rojak.
Banyak kacang, kuah rojak pun sedap, pedas manis.
Penuh bekas plastik lepas timbang , RM25.

Sabtu,26.07.2025 

Dedek main dengan kucing depan rumah MIL.
Selesai sarapan, kemas bahagian dapur MIL.
Itu lah tujuan utama balik Taiping, memang MIL ada cakap Ngan incikSuami, ada panggil orang untuk tengokkan bahagian dapur tu.
Yang tu pun extend dari rumah asal, tapi dah puluh tahun lah.
Sekali tukang rumah cakap, kena roboh, atas syiling habis kena makan anai²..
Tu yang balik, tolong MIL kemas bahagian dapur tu.

Penuh barang dekat bilik belakang.
Bilik belakang nie pun takde yang duduk lepas FIL meninggal, memang jadi tempat simpan barang je lah.

Haha,nampak tak bekas kuning yang Linda bulatkan tu, Linda suruh incikSuami buang, sebab dah pecah² pun.
Kalau ikot MIL, dia simpan lagi tu nanti.hihihi.

Tengok cawan nie pun,dah tau MIL punya pinggan mangkuk jenama apa..
Linda nak guna pun tak berani, risau jatuh pecah..hahaha..
Menantu ganas. 😆😆

Setengah hari selesai kemas dapur.
Petang, MIL ajak ziarah pakcik(adik beradik arwah FIL) dekat Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Ahad, 27.07.2025

IncikSuami acah² jadi pelukis pelan.
Lukis layout untuk dapur baru, alang² nak buat baru kan.
Kita ubah lah ikot kesesuaian zaman sekarang.

Simpan sini kenangan dapur rumah MIL yang bakal dirobohkan.

Bahagian dapur juga.
Hujung tu ada tandas.

Nanti dah siap, Linda share gambar dapur baru.
Harap² semua dipermudah dan lancar urusannya.
Risau pula MIL sorang² kat rumah, Linda dah suruh incikSuami tinggal kat kampung, temankan MIL sementara renovate dapur tu.
Tapi, dia yang takmau.
Jadi,bukan salah Linda nak bolot anak MIL ya. 😅😅

Till then, see ya.

30 comments:

  1. Ok, semoga dipermudahkan..
    nnt share tau linda bila dah siap nanti...

    ReplyDelete
  2. Tok laki takmo jauh dr wife dia la tu =D...Semoga renovation berjalan dgn lancar..Cuma minta MIL hati2 dgn habuk renovation tu nnt...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau habuk, risau malam2... kira rumah dah berlubang nanti tu...itu yang kita suruh suami tinggal je, temankan MIL...

      Delete
  3. smoga lancar urusan renovation umah MIL tu...sedap maggi tu

    ReplyDelete
  4. Bagus anak menantu MIL ni... Semoga dipermudahkan urusannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak menantu orang lain lagi hebat kak...hihihi..
      aamin, terima kasih atas doanya

      Delete
  5. comelnya Dedek & Meow. Alhamdullilah ada linda dan hubby menolong mengemas. Dah kena serang anai-anai memang pening....bahaya binatang tu kalau dan makan semua kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dedek memang suka kucing, nak suruh ibu bela dekat rumah...ibu belum tahap rajen nak membela kucing.
      Alhamdulillah, mana mampu kita tolong kak..mak juga, bukan orang lain...linda nie takde lah mithali sangat..balik rumah MIL tak pernah sentuh dapur dia..kikiki

      Delete
  6. okey, kita nak ikut sama tunggu dapur baru naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak lupa nak snap gambar dapur baru lah.. hihihi

      Delete
  7. wah nanti share ye gambar dapur baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, nanti kita share...buat biasa2 je...

      Delete
  8. Rojak tu nyumsss......hirup kuah mi tu pun sedap tu Linda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rojak tu memang sedap...
      kuah linda tak hirup sangat, sikit2 je

      Delete
  9. sama la isteri Taufik kalau singgah kat RNR mesti beli buah potong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak potong sendiri berchenta, jadi kita beli je lah..hihihi

      Delete
  10. kuah rojak tu kalau lagi banyak kacangnya lagi ummpphhh..
    semoga dipermudahkan urusan renovate dapur MIL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kita nie suka gigit kacang² tu...aamin, terima kasih atas doanya

      Delete
  11. Allahumma yassir utk project reno rumah MIL tu

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan projek renovation dapur rumah MIL Linda. Tak sabar tengok dapur yang baru nanti 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... terima kasih atas doanya .. insyaAllah..nanti Linda share..

      Delete
  13. Moga dipermudah kan semua urusan nya. Kalau masuk stor mak, awal2 dia tanya nak buang apa lagi tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...yang suami kita pulak, kalau mak dia tau memang suami nak mengemas, MIL asing siap² dah barang...hahaha..

      Delete
  14. Semoga lancaaar semua urusan renovate dapur MIL kak.

    Lihat Maggie di atas, jadi ingin masak Indomie rebus esok 😄

    ReplyDelete
  15. Akak bulan lepas habis almari kayu kena serang anai-anai kat rumah pusaka mak. Sekali bila keluarkan barang semua rupanya dia dah bermastautin kat bawah carpet lantai. Last-last bincang adik beradik repair lantai tiles 3 bilik supaya takde tempat dia nak berkampung. Almari pun kita orang tukar ke plastik. Bior gigi anai-anai dia patah gigit plastik. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye..kalau letak karpet, tapi bawah karpet tu kayu..memang kena tengok²...dekat karpet nampak suci murni,intai bawah karpet..boleh pengsan..
      Hahaha..kelako nak bayang gigi anai² patah nie

      Delete