lovvu Dobbu

Tuesday, December 24, 2024

. : HIGH TEA BAKAT :.

Assalamualaikum 

IncikSuami dapat call 2,3 hari sebelum hari sabtu (21.12.2012), untuk sahkan kehadiran isteri ke majlis high tea BAKAT sebagai orang yang dirai.. 

Jadi, di sini lah linda petang sabtu tu. 
Kebetulan memang nak balik Melaka sebab nak kemas rumah. 
So, kita pergi je lah majlis high tea. 
Alhamdulillah, ada rezeki last join program BAKAT, di hari yang sama hari last servis incikSuami. 
Jadi, suami isteri ada kenangan pada tarikh 21.12.2024.

Bertempat di dewan 3 Div. 

Tema : Blue + White Denim (berkain) 
Tudung, beg, kasut je yang tak beli. 
Baju + skirt cari dekat JalanjalanJapan (Total RM 35)

Bergambar dulu dengan anggota BAKAT yang diraikan juga. 

Anggota BAKAT yang dirai (kecuali yang tudung bercorak+baju biru gelap) 

Selfie dengan pengerusi BAKAT baru (wife OC), kak Ratnah. Lembut je orang nya. 

Dengan adik-adik kompeni Bantuan. 
Nikmati lah zaman2 BAKAT anda... 
Semua pun dah naik Sarjan, lambat lagi nak habis servis nie.. 

Bersama anggota yang dirai. 
Rasenya mcm linda je pakai kaler cerah nie, orang lain semua kaler gelap2.. Hihihi

Nak berdua, mesti ada yang ketiga. 

Kak M pun nak juga.. 
Dengan gigi takde.. Hahaha

Ok, nie betul2 last. 
Berdua bersama. 
Selamat berpencen, dengar nya ada bunga2 dah masuk.
Jangan lupa kan khidmat isteri ya.. Hahaha... 
Semoga yang baik2 je untuk keluarga kami. Insya-Allah.. 

Till then, see ya

 

24 comments:

  1. waaahhh bestnya nanti dpt 'bunga2' tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Rezeki.. Tapi, nk setel dulu mana yang penting

      Delete
  2. Aktiviti Bakat ni wife kena aktif juga ya....tengok sepupu akak aktif juga dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde kekangan, Insya-Allah... Linda datang jugak... Sebab bekerja kan

      Delete
  3. wah ada aktiviti untuk wife jugak ye..bunga dah masuk tu...acik kayoooo...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Memang ada aktiviti untuk wife.. BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera), kalau aktif lagi macam2 aktiviti ada...

      Delete
  4. Best² aktiviti gini...
    Lepas suami pencen Linda dah bukan ahli bakat la ye? Ke camne ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Bukan dah.. Ahli BAKAT untuk isteri anggota je.. Kalau dah pencen.. Takde lah lah.. Hihihi... Keahlian automatik..ada isteri, terus jadi ahli BAKAT

      Delete
  5. Selalu sukaaa lah kalo lihat foto2 kak Linda. Selalu tersenyum, nampak ceria sangat. Yg melihat pun jadi ikut tersenyum 😄. Lepas pensiun, ada kegiatan apa pula nanti kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Motif tercapai lah buat orang lain tersenyum.. Hihihi..
      Setakat hari nie, kegiatan nya hanya ngurusin anak sekolah dahulu... 🤭🤭

      Delete
  6. lepas pencen awal dia boleh kerja apa2 ajalah ye kat luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Ikot lah nak kerja apa pun.. Kalau nak apply polis @ penguatkuasa pun boleh rasenya... Tapi, iyelah, dah 21tahun beruniform dengan rules yang ketat.. Malas dah nak kerja selalunya.. So, kita try job yang freelance je..

      Delete
  7. Beli dekat JJJ sentiasa pilihan yang bijak hehe cantik je combination tu. Lepas ni banyak masa IncikSuami berkhidmat untuk isteri pulak setelah sekian lama berkhidmat untuk negara hehe. TQ atas jasa IncikSuami Kak Linda. Enjoy retirement days together!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Seluar pun memang banyak cari dekat JJJ je.. Hihihi... Insya-Allah, lepas nie berkhidmat utk keluarga pulak..
      Terima kasih sis Nadia.. 😘😘

      Delete
  8. Ramai jugak kawan2 dan saudara mara jadi isteri tentera ni. Memang aktif aktiviti BAKAT. Bestnya pencen awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya, tak pening kepala nak layan karenah bos...
      Tapi pening kepala tang belanja pulak.. Hihihi.. Anak2 baru Nk beso..

      Delete
  9. Bukan senang nak gmbr berdua kan hahaha.. Alhamdulillah meriah suasana dgn tema :D

    ReplyDelete
  10. Kalau isteri tentera, automatik ke suami pun akan jadi ahli BAKAT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau level2 linda nie, tak pernah lagi jumpa isteri tentera, suami org awam.. Jadi tak tahu pulak..

      Kalau suami isteri tentera, auto isteri dia jadi ahli BAKAT Unit suaminya, tapi takde lah pulak suami dia jadi ahli BAKAT Unit isterinya.

      Delete
  11. Selamat berpencen. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah... Mudah mudahan.. Aamin2...
      Terima kasih kak ana..

      Delete