Assalamualaikum
sabtu (21.12.2024), balik Melaka bukan lah semata-mata untuk menghadiri HighTeaBakat.
sekali nak mengemas rumah sikit-sikit, mana yang sempat.
sebab agak penuh jugak jadual nya.. kikiki
ahad (22.12.2024), gerak ke Batu Pahat, rumah adik (Izhar + Ika)
mak, kak Mas, amar dah sampai dalam pukul 2pm gitu.
yang kita nie pukul 2pm baru nak terkedek-kedek gerak dari Mydin MITC.
lunch dulu, sambil cuci-cuci mata.
sekali "ter"beli sandal ala-ala wedges dekat Verns.
2 pasang RM100.
isnin (23.12.2024), dengan mak,kakmas serta adik ipar Ika.
kitaorang meneruskan perjalanan ke Kluang.
hajat nya nak menziarahi abahMan dan makFauziah (parents besties masa belajar dekat UMT)
lama sangat tak berjumpa, last tahun 2018 ke 2019, mcm tu lah.
masa besties linda, Kema buat aqiqah kat anak dia.
jumpa dah mercu tanda Kluang
abah ngan mak busy, walaupun dua dua dah pencen.
kena buat appoitment, kalau tak, datang rumah kosong lah ..
tapi, tulah, kalau gitau awal nak datang.
macam-macam dimasaknya kang.
kita pulak yang jadi segan.
nie pun, ayah abah warded.
jadi, takdelah beriya sangat.
kalau tak, mau jugak abah ngan mak suruh tido rumah diaorang.
Alhamdulillah, rezeki lunch hari tu dekat rumah mak abah.
semoga murah rezeki selalu.
ada masa, linda mai lagi.
jangan lupa gambar sekeping dua sebagai kenangan
sebelah linda, yang bertudung biru tu mak,sebelahnya abah
dua dua pun pencen polis.
abah - PGA
mak - polis trafik
another shot
niat linda nak ziarah, sebab tak lama lagi dah takde urusan dekat Melaka
jadi, sementara ada peluang nie, ziarah lah.
nanti dah pindah ke Perak sepenuhnya, dah takde lah alasan sangat nak ke sana.
tapi, selagi adik masih kerja dekat Batu Pahat.
insya-Allah, sampai je sana.
otw dari kluang nak balik batu pahat.
adik ipar ajak p kilang kerepek.
yang tu kita up entry lain ya.
till then, see ya