Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, May 16, 2024

.: LUNCH NASI AIR :.

Assalamualaikum

pagi tadi dah masak lauk tengah hari..
tapi tak tapau pun...
last-last kita pergi gerai dekat pintu pagar belakang hospital ini
beli nasi air

Linda suka betul nasi air dia..
lagi lagi makan time panas..
nie memang kelaparan...
start pukul 9-12 tgh hari dah ukur jalan dekat asrama
bawak tech lah..
bawak pembaikan lah...

bercerau-cerau peluh...
Alhamdulillah, dah kenyang...
nak ambil anak balik sekolah pulak..

till then,see ya

 

.: SELAMAT HARI GURU 2024 :.

Assalamualaikum

petang semalam ada orang berzikir sebelah telinga nak bagi cikgu hadiah..
nseb lah kedai eco dekat je ngan rumah
kita vroom lah kejap..

tapinya, macam semut malam tadi kat kedai ECO...
ramai sangat orang serbu..
niat nak cari marker pen warna warni
eh takde pulak..

dari tahun lepas, linda cakap kat anak, kita bagi cikgu makanan @ minumam je...
pen tu mesti banyak cikgu dapat

tengah bayar dekat kaunter, ada anak dara sunti dua orang..mungkin darjah 5 dan 6, beli hadiah hari guru dan pakai duit raya @ duit belanja sekolah yang dikumpul
ibu cakap dengan abang Mu'az, " haa beli lah pakai duit sendiri"
dia buat derk je ngan ibu..
bertuah punya anak.. hahaha

selesai membungkus hadiah
paper bag tu memang ada dekat rumah.
dah habis stok paper bag ibu, kena beli lagilah buat stock gini

yang kotak beso tu, abang Mu'az punya
dia beli biskut dekat cikgu, tak muat nak masuk paper bag.
naseb baik kotak ngam2..kita balut lah dia

abang Mu'az request nak reben..
kita pusing lah lorong reben..
nampak ini, Linda pulak yang teruja..
nak tahu macam mana nak buat untuk jadi reben.

dah buka..belek-belek
jadi heran pulak..
nak buat macam mana lah agaknya nie...

rupanya, tarik je reben pink yang halus tu
jadilah dia macam bawah nie..

seketui reben yang lawa
tak payah penat-penat nak menggulung dah
Linda dah tau cara-cara nie..
memang tuju situ je lah nanti kalau nak pakai reben..

kreatif betul yang buat nie
kita jadi boleh DIY reben cara mudah
yang reka nie, memang banyak kali lah buat R&D..
terbaik lah...



SELAMAT HARI GURU 
untuk semua insan yang bergelar guru
walapun sekadar mengajarkan secebis ilmu kepada orang lain
anda tetaplah guru
ilmu tiada batasan dan sempadan
ilmu itu boleh diperolehi dengan apa cara sekalipun
semoga para GURU terus tabah dan bersemangat mengajar anak  bangsa..
semoga para GURU diberi kesihatan berpanjangan, Aamin

till then, see ya

Wednesday, May 15, 2024

. : BADMINTON PULAK :.

Assalamualaikum 

Tiba tiba ada dekat sini pulak.. 
Naseb baik takde musing mencari.. Sebab jumpa orang yang tujuan nya sama.. 
Dekat tingkat 5 @ rooftop Selayang Mall..

Layan kan abang Mueez nie haa.. 
Nak cuba pemilihan badminton pulak.. 
Penyertaan Rm10, untuk bayaran sewa badminton hall.. 
RM10 je, ibu pejam mata je lah ditengah tengah bulan purnama nie.. Hahaha
Biar dia rasa dulu camne... 

Ramai jugak yang datang pemilihan.. 
Tapi, Linda tak tunggu lah.. 
Sebab nak masuk kerja semula.. 
Alhamdulillah, tempat kerja dekat.. 
Bos sporting.. Janji kerja jalan.. 

Till then, see ya

P.s - dah balik budaknya, dia cakap tak terpilih.. Yelah, main pun tak mahir lagi.. Kalau ngan ibu, bila dia tak dapat nak sambut bulu tangkis tu, terus hangin.. Hahaha



 

. : 13 TAHUN DAH DIA :.

Assalamualaikum 

Kisah, pagi pagi (5 pagi ya) dah memblend cili kering nie haaa... 
Al kisahnya nak buat ayam sambal, ayam dah thaw dari petang semalam.. Haruslah gagah jugak bangun.. 

Boleh buat stok cili mesin dalam peti sejuk.. 
Senang nak buat rencah. 
Nampak macam pedas, tapi cili kering lurus.. Orang kata kerinting yang pedas kan?? Eh, ke terbalik.. Hahaha

Benor nya nak cerita... 
Blender tu dari mula kahwin lagi Linda beli (guna duit suami lah, masa tu ai tak kerja lagi).. 
Nak 13tahun dah usia blender tu.. 
Alhamdulillah, masih kuat dan berjasa lagi.. 

Tapiii
Penutup nya udah reput... Hahaha.. 
Nak ganti pun tak dan lagi.. 
Tu tunggu masa je terbelah dua... 😂😂

Nanti lah kita cari penutup baru ya.. 
Rasenya ada je jual tu.. 

Till then, see ya

 

Monday, May 13, 2024

. : HAL HARI INI :.

Assalamualaikum 

Hari nie, minta keluar pejabat sekejap
Nak setelkan urusan persekolahan dedek
Nak masuk tahun 1 dah anak bongsu Linda.. 
Sekejap je rasenya.. 

Untuk pendaftaran sek agama kena gambar bersongkok. 
Jadi kita ambil gambar dekat rumah.. 
Print dekat kedai..
Tapinya terpaksa pergi kedai gambar... Jadilah harga sekeping rm10 untuk 4 keping gambar tu. 

Untuk permohonan Sek Keb pulak.. 
Alhamdulillah.. Selesai juga hantar ke sekolah
Siap bersembang dengan kerani sekolah, sebab dia orang Melaka, tengok bahagian bapa tu kerja dekat Kem Terendak.. 

Hari nie ada driver.. 
Tapi semata mata driver jelah.. 
Linda yang naik turun tangga.. 
Berjalan pergi hanta borang... 
Sabo je lah

Sambung kisah hanta sekolah agama pulak
Ada kak M sorang je.. 
Sebab abang berdua kalut nak masuk pemilihan bola tampar (alasan tak nak pergi sekolah agama)

Ibu hanya mampu bersabar.. 
Selagi tak tergolek dekat rumah terkontang kanting.. 
Penuhi lah masa dengan aktiviti apa sekalipun.. 

Till then, see ya

 

.: RASMI PERIUK BARU KITA :.

Assalamualaikum

hari tu kan Linda share resepi Laksa ala2 D'laksa tu
semalam kita on projek

sebab barang semua memang ada dekat rumah
laksa je takde..
fuhh, yang tu mencabar...
2,3 kedai cari laksa..takde
nak beli yang kering, tak sempat nak rendam bagai
last2 ada laksa pendek..
first time guna tu
ala-ala macam cendol je, tapi laksa

selepas semua bahan di blend
masukkan dalam periuk, tambah air ikot suka hati nak pekat mana

biarkan mereneh, dah mendidih, perasakan
tambah fish ball
nie pun tak jumpa yg kecik, ada saiz jumbo je..
so belah empat lah..jadi banyak sikit

ta tara
dah boleh dimakan
maaf lah salad takde..
ada timun ngan bawang je

eh eh, Linda dah rasmi periuk hadiah daripada SA
seronok nya rasa pakai periuk baru...hihihi

kalau ikot resepi tu, tak pedas pun
kalau nak pedas, boleh tambah cili mesin sendiri
tapi, memang sedap..
nie Linda buat macam ceroi sikit, sebab first time buat kan
jadi tak tahu banyak mana air nak guna..

yang pasti, habis 2 bungkus laksa
selalu nya tak habis laksa ku
maknanya anak-anak approved lah laksa nie (sebab tak pedas)
lain kali boleh repeat lagi

so, boleh dah buat makan-makan
ada konfiden sikit nak masak-masak..kikiki

till then, see ya

Sunday, May 12, 2024

. : SELAMAT HARI IBU 2024 :.

Assalamualaikum 

sempena hari ibu.. 
Alhamdulillah, walaupun cikgu suruh buat untuk mengisi masa lapang di sekolah.. 
Sampai jugak dekat ibu.. 
Terima kasih ya anak anak.. 

From - Abang Mu'az 

From - Abang Mueez

Karangan dekat dalam, mesti dari hati.. 
Apa apa pun, alhamdulillah.. 

Anak anak biasa lah.. 
Ada suka dan duka.. 

Selamat hari Ibu pada semua pembaca
Especially bloggers 
Semoga kita terus kuat dan tabah menjalankan tugas dan amanah ini tanpa lelah.. Aamin2 

Till then, see ya

P.s - incikSuami macam biasa, takde dia wish2 nie.. Hahaha.. Kalau birthday Linda, dia wish, besar sangat dah achievement incikSuami tu... 😂😂