Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label pjjLovestory. Show all posts
Showing posts with label pjjLovestory. Show all posts

Saturday, May 23, 2026

.: ISTERI MITHALI :.

Assalamualaikum.

Di pagi hari.. 
Perbualan wasap di antara suami isteri.

Macam biasa, isteri mana pernah salah kan?? Hahaha 

Moga murah rezeki selalu suamiku..

Tak balik Tronoh ni, dapat duit lebih, boleh la tengok wayang.. ehhhh.. hahaha.

Till then, see ya.

Update sikit - incikSuami minta tukarkan RM100 duit singgit² tu.. Linda ambil upah RM54 je..bukan banyak mana pun..hahaha..

Friday, May 15, 2026

.: BOXES :.

Assalamualaikum.

Outfit balik ke pangkal jalan hari ni.

Pakai baju kotak kotak, auto teringat seseorang yang selalu berlakon jadi baiyaaa.
Terus la gelak sorang², kalau single lagi.
Confirm takde orang nak ngorat Linda. Hahaha.
Dia punya confident level tinggi. Pakai baju kotak² warna ungu ni haaa. Saja ambik gambar jauh, biar nampak samar²..

Ni lah pelakon yang Linda auto teringat . Fikry Ibrahim. Hihi.

Dalam cerita libang libu.
Kena tengok la cerita ni nanti kome Oii.

Till then, see ya.

Monday, April 13, 2026

.: MEMORI WEEKEND :.

Assalamualaikum.

ada yang cari linda ke? kikiki
sibuk sikit la hujung minggu, spend kualiti time dengan family.

incikSuami cakap nak ambil linda balik bermalam.
incikSuami gerak lepas maghrib dari Tronoh, sampai Selayang dalam 11 malam.
loading2 barang, singgah makan dulu sebelum gerak balik Tronoh.

menarik betul air dedek order.
tapi, linda tak rasa pun.

Alhamdulillah, smapai Tronoh dalam 3 pagi.
linda kejap celik, kejap tido.
kuat betul incikSuami drive non stop 2 hala.
incikSuami memang jarang suruh linda drive kalau dengan dia.
kalau dia tak tahan pun, akan stop RnR sekejap, buat segar2 kan biji mata.
lepas tu, sambung perjalanan, tetap incikSuami juga drive.

petang sabtu, sempatla teman kak M jogging.
sibuk lah, nak merentas desa katanya Jumaat(17/4/2026) nanti.
dapat juga la ibu keluarkan peluh sikit2.
lama sangat tak berjalan manja2 ni.

Ahad - kak M request makaroni carbonara.
tapi nak yang gambar dinosour, layan je lah.
buat satu paket, habis anak2 makan.
lunch masak ayam masak lemak cili padi dengan sayur capsicum.

sempat jadi cikgu tuisyn sekejap.
dah berbulan tak ngadap anak-anak buat kerja sekolah.

lepas asar gerak balik Selayang.
highway banyak kereta ya.
singgah maghrib dan makan sekali dekat RnR Ulu Bernam.
Alhamdulillah sampai Selayang dalam 10 malam.

one for memory

gigih berbaju kurung.

bersama si dia yang rindu saya la tu.
sebab tu sanggup ambil dan hantar semula ke Selayang.
rindu, tapi malu nak cakap.. hahaha..

Alhamdulillah, incikSuami sampai Tronoh dalam 1 pagi.

tiket kereta api untuk hari Jumaat ni tinggal 18seat je untuk train 10.30malam.
emm, risau tak sempat beli, kena tunggu gai masuk dulu.. hahaha
yang minggu Hari Pekerja tu, memang dah sold out.
tak payah kabo lah.. hahaha
malas nak ke TBS naik bas.
tengok la nanti macam mana.

till then, see ya.

Friday, April 10, 2026

.: BALIK BERMALAM 😝😝 :.

Assalamualaikum.

Pagi tadi dok sentap dengan mamat ni.
Benda kecik je, tapi sebab dia tak cakap terima kasih..
Kita sentap lah.. hahaha..
Pompuan kan, complicated betul.
Tapi, sentap² pun..
Kita layan je wasap dia. 🤣🤣

Tiba² tengah hari, dia wasap macam bawah ni 👇👇

Tiba² rasa ada rama² dalam perut.. 🥰🥰
Eh, betul ke.

Weekend lepas Linda tak balik.
Weekend ni pun, takde perancangan nak balik, dengan tiket keretapi sold out, jumaat dan Isnin pagi.
Tapi, beno nya, peruntukan nak beli tiket keretapi dah habis.
Tinggal peruntukan makan je yang tinggal, sementara nak tunggu gaji.
Antara reason juga la tak balik.. 🫣🫣

Kita jenis tak mintak² wak, kalau orang bagi duit nak suruh kita beli tiket, kita balik.
Kalau orang tak bagi duit, kita dendiam je lah..

Tapi, lagi syiokk, tiba² kabo nak ambik dan hantar.
Rezeki jangan ditolak.
ilysm la.

Till then, see ya.

Thursday, January 8, 2026

.: NEW JOURNEY BEGIN :.

Assalamualaikum.

rasanya semua sedia maklum, setelah bermacam perhitungan, perkiraan.
kami suami isteri sepakat membawa berkat, insyaAllah.

incikSuami akan menetap di Tronoh bersama anak-anak.
dan linda stay di Selayang sehingga pertukaran ke tempat yang dimohon di luluskan..

hari nie, 08.01.2026 - bermula la kehidupan baru kami.
semoga anak-anak baik2 saja. aamin.

penuh kereta.
3x dah kereta nie penuh angkut barang.
roofbox pun penuh, bahagian belakang pun penuh.
lori pun sewa juga. hahaha..
yang tu nanti linda share bila barang dah selamat sampai rumah Tronoh.

bye dedek.
elok-elok jadi orang Tronoh... hihihi

kak M tak nak bagi ibu nangis ke?
jual mahal pula.

abang Mueez pun ada, tak dan snap gambarnya.

hari nie mereka semua dah bergerak ke Tronoh, alhamdulillah.. 
dalam pukul 2pm tadi dah sampai.
hari kerja kan, jln clear lah.

nah tepek video sikit.
takmo lah linda nanges sorang2.. hahaha..

mohon kalian semua doakn buat Maslinda binti Miswan, supaya permohonan pertukaran ke tempat yang dimohon lulus pada tahun 2026 ni.. aamin.

till then, see ya.

Tuesday, October 15, 2024

.: SALAM TAKZIAH :.

Assalamualaikum

pagi tadi dengan incikSuami, linda scroll fesbuk
terjumpa berita nie

-semoga dipermudahkan segala urusan mangsa dan keluarga mangsa-

cerita dia, linda tak kenal pun siapa mangsa
tapi, pernah berada dalam situasi itu, dimana setiap hari travel sesubuh hari untuk ke tempat kerja
linda drive kereta sendiri
setiap hari sebelum 6.30 pagi kena keluar dari rumah, untuk nak sampai sebelum pukul 8 pagi
itupun ngam-ngam thumbprint pukul 8 pagi, paling awal pun 7.55 pagi
jadi ,linda faham perasaan itu
dengan jalan gelap, kita takkan nampak apa yang ada dekat depan kita
nak-nak kalau lalu jalan kampung macam nie
traktor, kapal korek , motor, dah dekat baru nampak diorang
lampu takde, kalau ada pun comey ngatt
dan linda pun pernah eksiden OTW pergi kerja
Alhamdulillah, takde kecederaan serius, yang serius nya kereta

yang jadi tiba-tiba geram bila incikSuami cakap "haa, tengok henset lah tu"
terus linda marah, sebab kita pernah dok dalam situasi tu
tak sempat nak tengok henset, sampai ofis baru nak tengok henset

terus linda termarah tadi "abang tak pernah lalui, hari-hari ulang alik subuh-subuh, nak kejar thumbprint lagi, itu lah yang isteri nie lalui dulu"
fuh, terus seketui linda nie emo
ok, memang dia dulu kerja teruk, askar kan..
tapi tetap, balik kerja layan diri sendri je..
kita balik kerja nak layan anak-anak lagi, nak masak lagi, nak sedia itu ini lagi
waktu PJJ, semua buat sendiri..
anak 4 orang , kita jaga dari kecik sampai besar...
incikSuami memang ada dengan dedek je..
sebab tu sekarang, Linda tak jaga sangat dedek tu...hahaha
apa-apa linda suruh incikSuami yang uruskan...

kadang-kadang sedih, bila suami sendiri tak faham apa yang kita lalui
tapi, malas nak amik port..
biasa lah tu kan, suami kita memang jenis tak tahu bab-bab nak memujuk hati isteri, haaa gitu lah ibaratnya
tapi, dari nak fikir teruk-teruk, bukannya dia tak bertanggungjawab pun
kerja rumah , kalau dia free, memang dia yang buat
kalau linda pesan suruh beli barang basah, memang dia akan bersihkan siap-siap sebelum simpan dekat peti..
kemas rumah, sidai , basuh baju..incikSuami buat je
cuma, failed tang nak beli jiwa isteri je lah..hahaha
tapi, kita anggap lah dia sedang beli jiwa dengan buat semua kerja rumah..
Alhamdulillah untuk itu..

sebenarnya, banyak bermain dengan emosi kan
jadi, bergaduh , terungkit tu memang selalu
tapi, takde lah sampai teruk sangat bergaduh nya..
lidah pun sering tergigit, inikan pulak hubungan suami isteri kan

apa pun, semoga semuanya baik-baik je, dipermudahkan urusan, dipanjangkan jodoh linda dan incikSuami...aamin

till then, see ya

Tuesday, June 20, 2023

.: hectic wiken - mess nite (MMR) - dolan dolan - site visit - balik selayang semula :.

 Assalamualaikum

hujung minggu yang sangat2 hectic..
tak sempat nk bergurau senda...hahaha

gerak dari selayang selepas anak4 tu balik sek keb
cikpuanLinda cuti lerr..apa lagi...
lebih kurang 1pm kita keluar daerah, zass terus ke Melaka
sampai Melaka, balik rumah jap...

capai2 je baju n tudung mana nak pkai, terus cek in hotel
malam ad event MMR

event dekat Hatten Hotel, Melaka. tp kite cek in hotel bajet je lah..hahaha
duit pn dah habis ke even haaa...


gambar sekadar ada je lah..
buat kenangan
last kot nie hadir MMR
incikSuami nak pencen dah kan


yang penting amik gambo tagging yaa


gambar sendri itu perlu..kikiki
cikpuanLinda tak reti nk make up 
kita orang biasa ajerr

stat majlis kol 9pm gitu lah..
tp dari lepas magrib dha menunggu ketibaan VVIP  😅😅
sementara nak habis majlis, cikpuanLinda nie dah menguap bape banyak kali daa...
hahaha

yelah penat drive tak hilang lagi..
terus sambung p event...perghhh

incikSuami chek in Trend Hotel
dekat je ngan Hatten, dekat nagan MP..
senang nk berjalan..
jalan kaki je


so, sebagai kenangan ...kita amik lah gambo sini
utk yang nk bajet, dan tak memilih ok je..
bilik bersih, cuma x kedap udara lah...
anak2 menjerit dalam bilik, cikpuanLinda kat luar boleh dengar..hahaha
tp sebab nk mudah kan..
akses jalan kaki je nk g Hatten Hotel tu


kasik can lah anak 4 nie tido hotel..hahaha
walaupun hotel bajet je..
dah lama beno x tido hotel..
menjak2 PJJ nie, ibu pokai nak...kikiki
siang sabtu, p dolan-dolan
cari nset bujang sorang...
lama dok berzikir kat telinga ibu nak henset
beli pkai duit raya okeh..
ibu xd keluar kan sen lansung 😂😂

lepas tu anak bujang no dua belanja tgok wayang.. 🥰🥰
alhamdulillah, mekasih anak2..
ibu belnja popcorn aje

nak bagi rating polis evo 3
tak taw cmne
tp ok lah...
ada part kelakar
ada part action
ada part cintan

tp yg bai kelako cerita tu
zizan lah..sape lagi..hahaha


aktiviti diteruskan lagi ke santorini Malaysia


next event BAKAT 17RAMD PARA kat sini
pergh..have2 betul tempatnya
so, ad site visit sat lah...
nak explain pergerakan, perjalanan, ap yang perlu, apa yang tidak
semua anggota lah yang kene susun, siapkan

incikSuami site visit, kite amik gambo ler...
hahaha
malam2 bergambo, suram je lah
time nie tgh ada wayang pacak..
boleh lepak2 dekat area pool dia..
ad bean bag..
mmg santai2 lah

nak chek in sini x taw bila
harga kayangan
mampu tgok je..
kite g tempat lain je lah ye anak2

habis site visit, g makan dulu
memasing dh ketaq perut

koi 11 malam jugak lah baru smpai rumah
mandi2..
jumpa bantal...terus x sedar..

taw2 dah hari ahad...uwaaa...
sekejap nye masa
x rase pun wiken..
dah kene balik selayang semula

as always
sebelum gerak pulang..kita wefie dolu

baru lah ada modai nk up kat status...hahaha
kenangan kan..

nanti jumpa lagi raya Haji ya... 😘😘

till then, see ya

Tuesday, May 30, 2023

.: life begin at forty :.

 Assalamualaikum..

pernah dengar cakap-cakap orang, lelaki nie matang bila umo 40...

sebelum tu x matang sangat lah kot...hahaha

dia macam umo 40 menentukan fasa seterusnya dalam hidup kita...

betul ke gitu??

anyone yang experience dats??

kikiki

agaknye cikpuanLinda tgh menghadapi nya...

incikSuami dah melepasi lah angka forty tu...

jadinya dia maken berani ucapkan feelings dia...

tp dekat wife dia lah..alhamdulillah lah gitu...

daripada awal kahwen, mmg dia bukan suami yang sweet...

tp kita taw dia sayang kita, tp perempuan kan...selalu je x ckup...nak kene cakap jugak 'saya sayang awak' 'saya cinta awak' 'saya perlukan awak' etc etc etc lah

dulu2 masa mula2 kahwen mmg selalu terasa hati psal benda tu...tp incikSuami pun bukan lah jenis begitu sebelum kahwen pun...

seadanya..itu lah beliau..

maken lama...cikpuanLinda pun x sempat nak terasa..janji dia boleh tolong buat kerja rumah sama2...tolong jaga anak sama2..tp wife army kan...mmg selalu nya tima kita perlukan pertolongan dia, time tulah waktu dia takde..p operasi lah..p latihan lah..bz kawad lah...ahhh, macam2 lah kebizian nya...

jadinya disebabkan incikSuami jarang sangat mengungkapkan kata-kata hikmah nie..makanya harus discreenshot dan dilekatkan di blog...sebagai bukti di masa akan datang

jet áime suamiku, semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat, semoga kita bertemu semula di syurga Allah..aamiin

 
agaknye sebab pjj sama kot..jarang nk bertentang mata..rindu lah tu nak cari pasal ngan wife dia yang comel nie...hahaha

 till then, see ya

Wednesday, May 24, 2023

.: WORDLESS WEDNESDAY 7 :.

 Assalamualaikum..

R.I.N.D.U

mat terap sorang nie



semoga hubungan ini sentiasa hangat dengan kasih sayang..Aamiin


till then, see ya

Tuesday, March 28, 2023

.: congratulations on your promotion :.

 Assalamualaikum..

lambat sikit cikpuanLinda update..
tp takpe lah..nak kan kenangan tu tersimpan rapi je kan
sini je lah platformnya
majlis perbarisan sempena Peg Memerintah (CO) baru 17 RAMD PARA
disekali kan dengan majlis kenaikan pangkat anggota
Alhamdulillah rezeki incikSuami terlibat dalam kenaikan pangkat


dipilihnya hari mantai
sebelum nak puasa tu
betul-betul piau 17 RAMD nie
nie bulan puasa je rehat..
lepas bulan puasa eksasis sahaja...



tahniah incikSuami 🎉🎉
maaf lah CO yang pkaikan pangkat awak...
takde rezeki saya nak pkaikan..
sebab PJJ nie haaa...
kalau kerja kat Melaka je...
zass dah smpai dengan uniform kerja lagi...hihii

yang best nye kalau ad pemakaian pangkat secara terbuka gini
wife masing2 boleh turut hadir untuk pkaikan pangkat suami

simboliknya, isteri adalah kekuatan suami..
jadi isteri diberikan penghargaan untuk memakaikan pangkat si suami..

Alhamdulillah, cikpuanLinda berkesempatan uk yang sebelum nie..
so ad lah jugak kenangan nya..


habis upacara pemakaian pangkat
ikrar ler apa lagi...

semoga incikSuami dapat memikul amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab 
semoga cikpuanLinda bertambah tabah (yang penting gaji isteri ikot naik 🤣🤣)

tentera tak sama ngan awam

yang tahu je tahu maksud tersirat..
sebabkan tentera officialy sign 10 jari..
kerja 24h 7days per week
jadinya faham faham je lah kesibukannya..
nak2 duduk unit bz memanjang nie...
sabo je lah

apa2 pun sabar banyak2...
lagi sikit je nk tunggu until he fully mine.. 😆😆


till then, see ya

Tuesday, November 22, 2022

.: 22 November 2022 @ 22.11.22 :.

 Assalamualaikum

mesti ramai yang aim tarikh nie kna??lawa katanye...every year tarikh nie memg dekat sangat dalam hati kite..konon terlupa lah betul2..tp kite bukan seorang yang mudah lupa...hahaha

semua benda kita igt...ap je yang tak igt...

 


SELAMAT HARI LAHIR LELAKIKU

Semoga yang baik-baik saja mengiringi hidupmu

letaklah Allah di tempat yang paling atas, insyaAllah hidupmu sentiasa dalam keberkatan

terima kasih utk mak mertua kite yang dah lahirkan dan didik lelakiku menjadi seperti mana dia yang sekarang


p/s - kite tak wish dia lagik..buat post nie bukan dia baca pun


till then see ya