Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, September 19, 2026

.: AKTIVITI SABTU :.

Assalamualaikum.

Aktiviti Sabtu, 19.09.2026.

Hantar kak M training memanah.
Masih pakai panah biasa je, tengah menabung untuk the real set memanah.

Lepas tu, Linda terus ke pejabat. (Awal dah buat OT). Hahaha.. Idak, ingat nak belajar pelupusan dengan PT yang bakal berpindah tu, tapi. Lambert plak dia masuk.
Cukup time 10.30 pagi, Linda Chaw lah.

Ambil kak M, terus beli barang dapur untuk seminggu.
Bahan masak la senang.

Belanja kak M makan roti canai.
Linda order roti sardin, sampai sudah takde.

Berdua je, kira girls day out la.
Tapi, kenapa dia duduk belakang, kemain eehh.. hahaha.

Sampai rumah, tengok hero 2 orang ni tengah mengecat pagar.
Saja nak bagi hitam balik.
Dah pudar nampak warna cat nya.

Linda?? Sambung la buat kerja.
Boleh jadi rutin mingguan dah ni.
Cukup lah seminggu ni.

Dah lewat petang baru makan nasi, buat asam pedas. Guna pes je.

Malam, eh teringin mixue pula.
Jom la kita, pastu terpengaruh dengan blindbox dia.
RM1 je untuk seketul.
Hasilnya, semua dapat sama.
Memek muka je yang lain.

Balik beli Mixue.
IncikSuami tak ikut, dia lipat baju.
Linda golek² atas katil. Hahaha.
Maka berakhir la hari Sabtu Linda. Hihi.

Till then, see ya.

10 comments:

  1. Bagus Kak M minat memanah 👍🏻
    Anak kawan Akk ada juga main archery ni, mmg keras sikitlah harga set archery ni kan. Ikut kualiti jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Masih meriki² lagi.. nak beli yang betul² set dia.. sat g, hangat² tahi ayam je..

      Delete
  2. Best dah rutin Linda bersama family. Gitu la kan rutin hujung minggu mak2 bekerjaya ni.

    ReplyDelete
  3. comella pulak blindbox mixue tu. harga seringgit murahh

    ReplyDelete
  4. tak pernah terfikir pula blindbox mixue tu. sejenis yg beli menu utama ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dok sebelah kaunter je.. capai jelah.. lagipun, sebelum tu dah nampak staff layout dekat kaunter dia.. kita jadi "eh, kenapa tak bagi".. ingatkan free gift . Hahaha

      Delete
  5. Part lipat baju tu mahal linda...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi kerja hakiki dia...lipat baju, sidai baju...

      Delete