lovvu Dobbu

Tuesday, August 26, 2025

.: BYE BYE LAH :.

Assalamualaikum.

Petang semalam abang Mu'az balik dari sekolah, terus dia laung ibu..
Ingatkan kenapa.
Rupanya, dah sampai masa rambut dia kena potong dengan cikgu kat sekolah.
Hahaha, padan muka. 
Linda dah beritahu banyak kali suruh potong, dia cakap takpe..boleh lagi nie bu.

Baru lah nampak dahi. Hahaha.

Terus malam tu abang Mu'az ajak Linda pergi potong rambut.

Sebelum, tebal rambut anak bujang nie.

Selepas.
Puas hati ibu tengok pendek gitu.

Boleh ambil gambar macam nie je.
Takmo layan ibu. Hahaha.

Terus abang Mu'az cakap "ibu, nie macam rambut budak darjah 1".

Ibu jawab lah "betul lah, darjah 1, tingkatan 1, elok lah tu".

Terus linda teringat ada 1 gambar abang Mu'az masa darjah 1. 
Sama muka dengan sekarang nie,setelah rambut pendek.

Jumpa juga dekat FB.
Haha, macam nie lah lebih kurang rambut di sekarang.
Puas hati Linda. Hahaha..

Till then, see ya.

36 comments:

  1. tu la...kan dah kena tetas ngan cikgu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu dia berharap bio kena tetas dengan cikgu...geram Noo.. hahaha

      Delete
  2. ahahaaa, sama mcm Adli. selagi tak kena tegur, lek-lek luuu...
    tapi dia masuk kedai sendiri, request nak pattern apa, bila keluar serupa mcm tak potong rambut. bila balik sekolah jln dgn kawan-kawan, laaah! semua se pattern. adeih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cha...sama lah tu
      .bapaknya bebel kat telinga kita..yang kita nie,tak tau nak cakap apa...
      Tak pasal gaduh laki bini pasal anak.. hahaha..

      Delete
  3. Nak jugak cikgu potongkan ye hehe... Encem je AM no worries la :3

    ReplyDelete
  4. Ahad haritu pun ammi bertekak manja dengan Khilfi. Dia taknak potong rambut dia kata rambut dia ok lagi tak panjang. Ammi geramlah, ammi cakap "awak anak ammi, awak dengar cakap ammi. Jangan nak buat undang-undang sendiri".

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus Ammi tegas gitu, linda nie tak tau lah...kalau anak2 tak elok tu, memang salah linda lah..

      Delete
  5. mmg bye2 la jwbnya kena potong rambut ngan cikgu

    ReplyDelete
  6. Itulah tu, boleh lagi bu. Sekali cikgu potong lagu tu terus. Nampak kemas dah potong macam budak darjah 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu dia ngadu, cikgu potong tak sama rata..hahaha..
      Semalam ayah dia cakap,p sekolah pakai songkok..

      Delete
  7. Nak jugak cikgu rasmi guntingkan rambut ye. Kena jugak pi kedai gunting hah.

    ReplyDelete
  8. Aduhai..last2 cikgu yg tlg potongkn dulu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la anak bujang sorang tu..yang bapak nya bebel2 dekat ibu.. hahaha

      Delete
  9. memang sengaja cikgu potong senget-benget.. suruh potong sendiri taknak.. rasain lo.. hahahaa..

    ReplyDelete
  10. Kenangan nanti rambut cikgu potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh la cerita dekat anak sendiri pula...kot perangai anak ngikut bapak nya ke..hahaha

      Delete
  11. Replies
    1. Masa darjah 1, memang comel .dah tingkatan 1 nie,ibu fikir banyak kali..hahaha

      Delete
  12. my boys memang kerap la request potong rambut, biasanya sebulan sekali laaaa dua beradik ni gi barber

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sama je nie MZ, memang sebulan sekali p gunting rambut, tapi tu lah, dia trim kot tepi je..yang tengah2 makan tebal dan panjang lah...

      Delete
  13. Ye lah kalau boys nak kena potong rambutnya....kalau panjang cikgu pulak gunting tapi dia gunting straight je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak ezna..potong juga rambut..tapi trim kot tepi je..depan tengah panjang..baru lepas solat zohor, nampak lah panjang nya..terus kena gunting lah...hahaha

      Delete
  14. Smart dah rambut dia kan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. Haaaa... elok cikgu buat gitu.. cakap ibu tak nak dengo.. akak pun setuju kalau cikgu buat camtu.. bulan lepas anak buah pun kena cantas kat sekolah.. balik rumah kena gi barber... baru rupa budak sekolah. Biasanya budak² sekolah menengah yang kena... depa kan ala² rambut retis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..bab² kat sekolah tu, Linda ok je kalau cikgu nak tegur²..jangan sampai memudaratkan sudah..
      Itulah, bapak dia asyik lah bising, tapi dah kawan² semua macam tu jugak..nak buat mcm mana.

      Delete
  16. bila cikgu tukar menjadi tukang gunting rambut, anak murid kena redha laa tadah kepala ..lagi-lagi rambut yang panjang dah cecah telinga ..cecah kolar baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie rambut panjg dekat dahi tu..sampai kening dah

      Delete
  17. Sama saja sekolah di sana dan di sini yaa, rambut harus pendek 😄😄. Dulu zaman saya sekolah, kalo rambut murid lelaki dah kena Krah baju, siap2 dicukur oleh guru. Kalo yg wanita, kuku 😅. Saya pula zaman high school suka memanjangkan kuku , lalu dipoles supaya berkilat. 🤣. Jadi paliiing sering kena oleh guru 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya masih bersekolah, harus lah rambut pendek dan rapi..hihi..
      Kalau kak Linda pula, tak suka kuku panjang..lagi pula, di sini kan memang makan nya guna tangan, jadi tak selesa kalau kuku panjang.

      Delete