lovvu Dobbu

Saturday, July 26, 2025

.: SECARA RASMINYA :

Assalamualaikum.

Khamis lepas, tiba² ada wasap dari JnT, ada barang sampai.
Terkejut Linda,sebab takde pun membeli barang rasanya.
Yang beli pun, pakai alamat rumah, nie sampai dekat pejabat.

Tengok-tengok, baru teringat.
Hadiah kenangan Ex- kesatuan Penyelia Asrama.

Ada nama.

Comel je..
Tuala muka.

Selfie sikit dengan hadiah nie..
Kawan kita tegur double chin tu..hihi 
Tak boleh buat apa lah, memang berat naik dengan tak mandang² kiri kanan.
Bila nak insaf tak tau.

Sampai nya hadiah nie,secara rasminya, terkubur lah Jawatan Penyelia Asrama nie.
Bermula SSPA, jumud lah jawatan Penyelia Asrama.
Dari 2013-2024, 11 Tahun bersama jawatan nie, macam-macam kenangan manis pahit yang ada.
Walau apa pun, penyelia asrama tetap terpahat di hati.

Till then, see ya.

16 comments:

  1. Comel cam tuannya, kita suka dpt hadiah towel cenggini, function dan ada kenangan sulaman tu. Semoga success seorang Adnil Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel ke bulat? Hihi..teringat mak datang minggu lepas nak ziarah abang Mueez tu,nampak je Linda,terus dia cakap "haisyh, bulatnya".. hahaha
      Terima kasih cikCha..

      Delete
  2. Alhamdulillah dengan hadiah kenangannya. Mahal kenangan dan pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, betul tu kak Mulan...kenangan dan pengalaman tu mahal

      Delete
  3. Tahniah. Untung orang hargai tu. 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,tanda ingatan untuk semua ahli kesatuan Penyelia asrama KKM.

      Delete
  4. comelnya hadiah kenangan tu. lama kak linda berkhidmat ye, 11 tahun dah. semoga sukses selalu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu pencen, ada lagi 23 tahun..hahaha ..tak tau lah mana yang sampai dulu, umur ke ajal...

      Delete
  5. comelnya...mesti banyak experience menjadi penyelia asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai,ciput je kak...org lain lagi hebat... pengalaman tu ada lah sikit, sebab dah bekerja di 3 jabatan lain², jadi pengurusan nya lain² lah ..banyak juga benda baru yg kita belajar

      Delete
  6. Daripada Penyelia Asrama kepada Pembantu Tadbir tu job scope sama ke bertukar atau lebih luas dan bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau umum Pembantu tadbir, scope sama je..tapi,mcm Linda masih guna job scope penyelia asrama..sebab masih buat kerja penyelia asrama..tp,dah boleh lah kalau bos nak tarik buat kerja² perkeranian..

      Delete