Assalamualaikum.
Balik kerja, dah sampai rumah.
Tiba tiba telefon berbunyi, tengok nama, kawan masa sekolah rendah, Tqah.
Memang dia duduk area Selayang nie juga.
So, linda pun angkat je lah.
Rase pelik juga, sebab jarang direct call nie, kalau berwasap tu, selalu lah.
Rupa rupanya, Tqah nak minta tolong, kereta dia tiba tiba jem.
Gear tak boleh nak masuk, jadi linda p lah kat Tqah.
Tak jauh pun dari rumah, memang laluan biasa je.
Masa sampai tu, Tqah ada je lagi dalam kete.
Igt nak cari yang segitiga kecemasan tu, nak letak belakang kereta.
Sebab kete Tqah betul2 jem tang corner.
Naseb baik lah, tiba-tiba ada dua orang lelaki keluar dari rumah.
Minta bantuan mereka berdua untuk alihkan kereta ke tepi.
Terima kasih encik
Sampai ke dalam sikit.
Takde lah mengganggu kenderaan nak keluar simpang.
Sebab jalan nie, memang akan sibuk selalunya bila habis waktu kerja.
Linda pun bawa Tqah ke Tadika Mawip untuk ambil anaknya, Aaira.
Jumpa lah cikgu-cikgu lama dedek..hihihi
Lepas tu, lepak dalam kete berdekatan dengan kereta Tqah, sementara tunggu husband dia sampai dan juga towing.
Dalam 6.40 ptg camtu, husband Tqah sampai.
So, selfie lah kita sebagai kenangan.
Susah betul nak jumpa, jadi gini baru boleh jumpa haa.
Take care ye mak Yong, terkejut juga linda.
Padahal baru je rasenya melawat Tqah bersalin hari tu.
Aktiviti malam minggu, hanta abang Mu'az main badminton dengan kawan-kawannya.
Nak balik tu, ada orang request nak ikot.
Dengar dia cakap nak p 7-11, rupanya nak coolblog.
Dah pukul 10 nak oii, coolblog pun dah tutup.
Jadi, slurpee pun ok lah.
Jimat sikit dari Coolblog.
Slurpee nie dari zaman linda muda remaja lagi dah ada.
Ingat kan dah tak wujud, rupanya ada lagi.
Lepas tu, anak-anak pula yang layan.
Till then, see ya.
Debar kalau tiba2 kereta rosak tepi jalan. Mujur ada linda boleh la bantu apa yang patut kan. Slurpee ada lagi kalau hari Rabu kalau tak silap ada diskaun murah la sikit dari hari lain. Selasa ke Rabu gitu la.
ReplyDeleteKalau linda pun debar.
DeleteAlhamdulillah, mana boleh bantu, kita bantu.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan..wahh fav zmn remaja jugak slurpee tu hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteMasa remaja memang favourite.. Dah tua nie, minum seteguk dua.. Terus cakap kat anak, "jangan minum banyak2, manis sgt nie"
alhamdulillah, ada org baik2 yg membantu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, betul tu MZ
DeleteAlhamdulillah. Orang baik selalu mendapatkan pertolongan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki bertemu orang yang baik...
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteMesti beribu rasa syukur Tqah sebab Linda dapat membantu.
Alhamdulillah, diberi kelapangan untuk menolong Tqah juga.
DeleteSenang ya Mbak jumpa dengan kawan sekolah rendah.
ReplyDeleteSepertinya sudah lama tak jumpa, jadi walau ada kesulitan tapi tetap bisa tersenyum saat selfie.
Salam,
Alhamdulillah, sudah lama juga tidak ketemu. Sebagai kenangan, harus difoto.. Hihihi
DeleteComel je tajuk entri, wonderpet datang membantu. 😁
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada Linda dan orang-orang baik yang tolong.
Slurpee tu, last beli masa zaman sekolah menengah. Zaman tu, kalau tak slurpee, beli air big gulp saiz besor, share dengan kakak.
Alhamdulillah, rezeki juga dapat membantu Tqah.
DeleteEh, sama kak.. Last masa sek men.. Sekali anak yang sek men tu bawa balik, rupanya masih ada lagu slupee nie.
Nasib ada insan yang sudi bantu tolak ke tepi
ReplyDeleteBetul2 bersyukur masa tu.. Kalau tak, risau juga nak tinggal kereta mcm tu je.
DeleteWaah msh ada yaaa... SevEl nih dah tutup di Indonesia, pernah ada kasus dulu. Jadi tak bisa buka lagi. Padahal dulu saya sukaaa duduk2 lepak sana , pesan hotdog dia dan coklat. Kalo slurpee jarang pesan, terlalu dingin bagi saya 🤣. Tak kuat tenggorokan
ReplyDeleteMasih banyak 7-11 di Malaysia nie... Senang nak cari..
DeleteSelalu nya, yang dingin itu yang sedap.. Hihiji
Alhamdulillah selain Linda yg bantu, ada juga org lain yg bantu tolak kereta tu 👍🏻
ReplyDeleteAkk tak layan slurpee ni tapi anak² layan la juga sekali sekala
Alhamdulillah...
DeleteLega ada orang tolak kete.. Kalau kudrat gegirl nie, mana nak mampu.
Kalau beli untuk diri sendiri, dah tak boleh habis.. Setakat sedut seteguk dua, boleh la.
Alhamdulillah, ada kawan yg berdekatan yg boleh bantu Tqah tu..slurpee ni mmg fav akak dulu, sesekali ada juga beli kalau singgah ke 7e ni
ReplyDeleteAlhamdulillah... Kita bantu mana yang boleh.
Deletemujurlah ada wonderpet dtg membantu dlm kesusahan.. apa yg penting kerjasama! nerves bila keta tetibe buat hal, kat tepi jln pulak tu.. moga dipermudahkan urusan Tqah & kereta dia..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Naseb baik ada wonderpet.. 🤭🤭
DeleteBetul, seram kalau kete tiba2 buat hal..
Akk dok terfikir masa Tqah call Linda tu ingatkan Linda boleh godek-godek kereta tu bagi jalan. Takpun Linda tolong tolak kereta ke tepi. Bolehlah bawak Tqah ambil anak dia kat tadika ya.. kalau tak kalut juga nak tunggu husband dia lagi.
ReplyDeleteHahaha... Cita2 jadi pomen kereta dah terkubur masa sekolah men kak..
DeleteKalau bab menolak tu, basikal mampu lah nak tolak.
Jadi kita amik part paling mudah, bawa Tqah ke sekolah amik anaknya, dan tunggu sma2 sampai husband dia sampai.
Akak suka slurpee kaler hijau dulu masa slurpee ni popular memang kumpul duit nak beli..
ReplyDeleteItulah.. Yang hijau masam2 sikit... Tapi, bergas tu.. Tak mampu nak habiskan
DeleteSlurpee ni kalau sedut tak beringat brain freeze terussss. Rasa mcm makan wasabi terlebih dose hahah
ReplyDeleteHahaha.. Itulah.. Sejuk + bergas... Tak boleh la nak sekali hadap
Deletekembar ke dgn Tqah? muka nak serupa ya.
ReplyDeleteSama bulat dan sama bercermin mata kot.. Hihihi
DeleteAlhamdulillah untung rezeki kawannya ada sahabat macam Linda yang sudi membantu. Kadang-kadang bila merancang sakan hendak jumpa tidak dapat jumpa sebab ada je halangannya. Sekali sekala Allah bagi rezeki berjumpa secara tiba-tiba macam Linda dan kawannya yang kereta rosak ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Kita bantu takat mana yang mampu je..
DeleteBetul, yang unplanned tu selalu smooth je
Alhamdulillah dapat juga membantu kawan. Orang baik pun turut sama membantu. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
ReplyDeleteAda hikmahnya jugalah dapat berjumpa kan. Amboi si dedek ni, sempat lagi mengepau ye. Tak dapat coolblog, slurpee pun jadilah.
Aamin2... Kita bantu mana yang mampu...
DeleteAlaa.. Itu abang Mueez yang beli coolblog