lovvu Dobbu

Tuesday, June 10, 2025

.: HABIS DAH CUTI :.

Assalamualaikum

semalam, 09.06.2025 - linda masih bercuti, alang-alang anak2 belum bersekolah kan.
ada urusan sikit nak selesaikan.
gerak dari kampung dalam 10 pagi gitu, terus ke Teluk Intan dulu.
sebab nak ke pejabat pemaju rumah LTI nie, nak buat second defect pula.

borang isi dekat pejabat je siap-siap.
tinggalkan anak kunci 2 pcs, lepas tu tunggu lah dalam masa sebulan..
selagi ada waranty dan rumah masih kosong, meh la kita hanto je borang defect nie.

selesai tu, patah balik ke Sabak Bernam, sebab nak balik Selayang kan.
ikot jalan Kuala Selangor je lah.
singgah Sungai Besar dulu, gunting rambut kids.
tiba-tiba ada orang suarakan kelaparan pula.
alang-alang dah lebih 12 tengah hari, kita singgah jelah Medan Selera kat Sungai Besar nie.
incikSuami dengan abang Mu'az tak makan, kenyang lagi katanya.

selesai makan, dalma pukul 1 petang tu, baru betul-betul gerak, dari Sungai Besar ke Selayang.
Alhamdulillah jalan smooth je, sampailah tiba-tiba berhenti.
ingat kan semalam, dah mula orang bekerja, takde lah jem.
rupa-rupanya jem juga dekat Traffic Light Tg Karang tu.
memang biasa kat situ lah jem nya.
tapi, kali nie dia punya beratur lagi panjang dari biasa.

layan lah pemandangan nie

nie baru lepas SAM Tg Karang.
mau lagi 20min baru lepas traffic light.

rasenya dalam 45 min, menunggu giliran nak lepas traffic light Tg Karang nie.
lepas dari traffic light tu, Alhamdulillah.
lancar je..
walaupun ada je lalu traffic light lagi, tapi takde lah menunggu lampu hijau 5,6 kali.
sekali je lampu hijau, dah lepas.

nie dekat Hosp Tg Karang yang baru.
naseb baik lori nie berhenti jarak sikit dengan kenderaan depan, boleh la linda snap gambar pemandangan yang indah nie.

Subhanallah, cantik betul pemandangan nie.

Alhamdulillah, selamat sampai dekat Selayang pukul 4pm.
loading-loading barang, terus proses masak sup tulang + daging.
sebabkan masak atas dapur gas je, lepas maghrib lah baru kita boleh makan.

till then, see ya.

41 comments:

  1. Alhamdulillah...dipermudahkan segalanya...
    tulang dan daging kalau masak atas dapur gas ni, kena sabar sikit hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Yang penting selamat tiba destinasi... Tapi, sekarang nie, duduk jadi co pilot, macam banyak tekan brek pula.. Hahaha.. Biasa diri sendiri bawa.. Nie suami bawak, seram pulak kita.. Hahaha

      Delete
  2. Masih jugak urusan defect ye linda? rumah kami pun sama x setel lagi defectnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pula yang muncul lepas yang pertama.. Tiba2 syiling dalam masterbedroom ada lubang, siap ada kesan air lagi... Tak tahu lah kenapa... Yang nie pun, tak sempat nak pasang paip, nak penuhkan tangki.. Nak tengok defect perpaipan pula.. Bila ntah ada masanya..

      Delete
    2. Betul jugak tu, part tangki air pun kami x check lagi... master br sy hari tu ada lubang kecik lepas hujan lebat, dh bgtau dh utk repair tp xde jugak yg dtg repair, semua org komplen developer lmbt

      Delete
    3. itu lah tu, mcm mana boleh lubang dekat syiling, takot genting tu beralih kot bila angin kuat...

      Delete
  3. oo linda kat selayang ke? nanti leh la laga pipi taklajauh sangat rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah..moga ada rezeki, sebab ada kwan sek rendah juga kat area Selayang nie..ayat dia bagi kat Linda "ko nie memang kerja je kat selayang eh".. sebab hari sabtu ahad, selalu takde kat selayang.. hahaha

      Delete
  4. nak pindah rumah baru yer? moga dipermudahkan semua urusan
    ala...cita sup tulang lagi, x de pic je.. hari je berapa kali baca cerita sup tulang ni..dap nya..
    ah ah..cita how to train a dragon yg MA tgk tu versia manusia..tu yg ada Gerald Butler berlakon tu..best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah.. Pindah rumah, tapi tunggu keputusan pertukaran.
      Tak sempat nak amik gambar, sebab nya linda masak je malam tadi, tak makan sekali.. Hihihi..

      Delete
  5. Taufik pun dalam proses membaiki defect rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudah segala urusan kita semua.. Aamin2

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan perbaiki defect rumah tu.
    Ha ah, situ selalu sesak, kan. Traffic light Tanjung Karang. Orang balik semalam, Isnin. Dengar kat radio, cakap banyak sesak kat highway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2.. Terima kasih kak..
      Itulah, rupanya ramai lagi tak balik ke kota.. Dekat tg karang tu memang begitu kak.. Weekend biasa pun jem...

      Delete
  7. ye selagi dalam warranty kena la report kalau ada deffect kat mana- mana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Waranty stat dari tarikh dapat surat VP.. Padahal nak book kunci, 4-5 bulan lepas tu baru dapat tarikh... Waranty dah jalan masa tu..

      Delete
  8. Cuti pun kira tak cuti juga ni banyak urusannya juga. Terasa jauh kalau perjalanan Dari Sabak Bernam ni. Cantik Hospital Baru Tjg Karang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, masa cuti memang digunakan sehabis baik.. Kikiki.
      Macam linda terasa biasa je, sebab memang dari dulu tahu lalu jalan tu je.. Sebab kg sempadan sabak bernam, kalau nak keluar highway jauh.. Jadi kita ikot jalan kuala selangor tu je. Haa, hosp baru cantik dan luas kawsnnya.. Berbanding hosp lama, kawasan pun sempit je

      Delete
  9. Rumah baru nak settle kan semua defect ambil masa kan. Moga dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.. Lagi2 jauh nie.. Tak sempat nak telek selalu...
      Aamin2x, semoga dipermudah urusannya...

      Delete
  10. Ada defect lagi ya kak... Semoga cepat selesainya juga yaa. Terkadang urusan defect Ini mengambil banyak masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada pula dia keluar selepas selesai yang pertama.

      Delete
  11. Selagi boleh claim apa2 defect boleh la buat kan. Bila dah habis masa tu kita pula kena maintain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...lepas tu takde barang dan tak duduk lagi...senang sikit...kalau dah duduk, payah lah

      Delete
  12. Semoga dipermudahkan urusan nak baiki rumah tu. Banyak urusan nak kena settlekan ni huhu

    ReplyDelete
  13. bercinta la kalau masak sup tulang atas dapur gas biasa hehhehe MZ memang guna pressure cooker laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MZ..memang berchenta..linda ada PC yang dapat cabutan bertuah haritu , tapi dah hanta balik Tronoh.. hahaha..tak pernah guna lagi

      Delete
  14. Uish! Bukan kaleng2 ni... dalam keta dia ada helikopter!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tapi, heli tu tak membantu tu waktu jem...kot2 lah nak terbang ke..tak payah nak berbaris hadap jam tu..

      Delete
  15. Replies
    1. Alhamdulillah..Allah bagi merasa nk dapat rumah baru wak..

      Delete
  16. kat malaysia ni mana laa pernah sunyi dgn traffic jammed ;-) bandar kecik ke kampung ke... tu laa yg kena hadap walaupun tak rela ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Dulu, masa duduk kt Melaka.. Masa cuti sek, PH, kitaorg dok umh je.. Tak keluar,malas nak hadap jam

      Delete
  17. ammi kerja hari isnin tu, jadi pagi suami masaklah sup tulang sebelum hantar anak-anak balik asrama. ammi balik petang, tinggal kuah je huhuhu...sadisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Nanta, suami repeat lagi masak untuk ammi

      Delete
  18. Akak balik Isnin 10/9... dari Sungai Petani jam 2 pm, keluar je dah jammed itu yg ikut WCE. Smooth je sampai Sungai Besar. Sekali kat pekan Tanjung Karang tu lah stuck. Dah ler akk ambil giliran drive. Nak tanggal rasa sekele.. bokonge pun wes kematu. Sampai rumah jam 1 pagi, siap makan dan toilet brake semua. Masuk ofis terasa di awangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Sekarang stuck dekat Tg Karang tu je.. Mengharap WCE jajaran Tg Karang tu cepat siap... Boleh terus ke LATAR.. tapi, tak tau lah masa siap tu, laluan tu jadi laluan linda lagi ke tak..

      Delete