lovvu Dobbu

Thursday, June 12, 2025

.: TELUR MATA DAN TERUNG :.

Assalamualaikum 

Saja lah nak share lauk bekal hari nie. 

Apa ke hal nya gambo senget benget.. 
Bio je lah. 

Linda jemu dah makan daging je. 
Pagi tadi buat telur mata 2 biji, tabur bawang, perasa sikit. 
Lepas tu, masak juga terung berlado tu. Tapi tak pedas ye.. Tak best betul. 

Versi telur mata tu, linda tak letak kicap dan cili hiris. 
Sebab tak suka kicap sangat, lepas tu igtkan terung tu dah pedas. 
Tu yang tak letak cili hiris.

Alhamdulillah, kenyang juga. 
Siap beli nescafe ais dekat cafe lagi. 

Esok kita tapau je lah, jemu dah nak masak daging je. 

Till then, see ya. 

34 comments:

  1. Kita belum jemu daging lagi, tapi kalau tambah lauk telur macam ni, mahu bertambah nasi.

    ReplyDelete
  2. Sedap tu terung belado walau tak pedas ok jer la.. tgh lapar mmg ngap jer hihii

    ReplyDelete
  3. Cie tak jemu lagi daging sebabnya jarang masak daging. Dapat daging korban ni masak selang seli hari. Kalau masak hari2 memang jemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie sebab dalam peti ais tu ada daging je.. Kikiki.. Maka memang itu je lah lauk nya... Peti ais 1 pintu je, tempat frezer dia terhad la sikit. Kalau nak beli lauk lain, tak muat nak simpan

      Delete
  4. ammi lagilah boleh dikira berapa kali je makan nasi letak kicap sepanjang 46 tahun. mmg tak suka juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semata mata kicap, jarang juga... Kalau memang masak kuah kicap ke.. Yg tu boleh la

      Delete
  5. Kita suka kicap, tu sebab dari kecik hitam arwah ayah cakap. Daging korban tak masak lagi ni. Sebab baru2 ni banyak makan daging lauk Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie suami lah cakap dengan anak "jgn makan kicap banyak, nanti hitam"... Adoi..

      Delete
  6. Kalau uncle pulak, telur mesti lawan dia kicap...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ratah telur rebus kenduri, memang kena letak kicap

      Delete
  7. Makanan simple kalau malas nak masak sangat.... Telur dgn kicap hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda nie memang kurang rajin masak... Hahaha

      Delete
  8. Cuya baru je mula nak masak daging
    Daging banyak2 dah bagi orang, kita amik sikit je sebab ibu ayah tk boleh makan daging sngt.. Darah tinggi agaknya

    ReplyDelete
  9. Telur dengan kicap memang best!
    Sayang pula tak rasa pedas ye terung tu.

    ReplyDelete
  10. Akak dah lama tak makan menu daging, raya haji aritu pun takde masak daging... tapi kalau akak tiap hari layan telur mata pun sedap hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau ikan goreng panas2 boleh nak layan hari2.. Kikiki

      Delete
  11. Simple but nice...Janji kenyang =D

    ReplyDelete
  12. tahun ni tak dapat daging korban... tapi sedap tu telur mata dengan cili padi. cuma perut aje dah tak tahan pedas sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga jaga la ye kak yan.. Risau lain pula jadinya

      Delete
  13. arghhh.. nyampah tau sebut nescafe ais.. terus teringin!

    ReplyDelete
  14. Menu ini saya kira rasanya sangat nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Lagi pula, lepas masak terus dimakan..

      Delete
  15. Terong nih saya sukaaa sangat. Mau di buat sambal, atau dibakar cicah sambal kecap, atau kalau orang Sunda dibuat pecak terong, pakai kuah sambal kencur, haduuuh terlapar kalau ingat 😄. Apalagi kalau terong bulat yg hijau, dimasak kari atau ulam saja pun enak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kencur tu. Selalu nya kak linda buat masak santan campur ikan keli digoreng...

      Terong bulat yang kecik2 tu kan? Yang tu di sini panggil terung pipit, enak nya di tumis pedas atau buat sambal merah, mcm sambal ikan bilis.

      Delete
  16. fuhh dpt nasi panas-panas lauk terung berlado + telur mata + cili kicap ana ok dah hehehe

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah lauk sedap. Kalau ada rasa pedas tu lagi tambah sedap berselera makan kan. hihi..Takpelah, lain kali boleh buat pedas sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Rasenya dah letak cili banyak.. Tak pedas juga... Kikiki

      Delete