Saturday, June 14, 2025

.: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.

Assalamualaikum. 

Balik kerja, dah sampai rumah. 
Tiba tiba telefon berbunyi, tengok nama, kawan masa sekolah rendah, Tqah. 
Memang dia duduk area Selayang nie juga. 
So, linda pun angkat je lah. 
Rase pelik juga, sebab jarang direct call nie, kalau berwasap tu, selalu lah. 

Rupa rupanya, Tqah nak minta tolong, kereta dia tiba tiba jem. 
Gear tak boleh nak masuk, jadi linda p lah kat Tqah. 
Tak jauh pun dari rumah, memang laluan biasa je. 

Masa sampai tu, Tqah ada je lagi dalam kete.
Igt nak cari yang segitiga kecemasan tu, nak letak belakang kereta.
Sebab kete Tqah betul2 jem tang corner.

Naseb baik lah, tiba-tiba ada dua orang lelaki keluar dari rumah.
Minta bantuan mereka berdua untuk alihkan kereta ke tepi.

Terima kasih encik

Sampai ke dalam sikit.
Takde lah mengganggu kenderaan nak keluar simpang.
Sebab jalan nie, memang akan sibuk selalunya bila habis waktu kerja.

Linda pun bawa Tqah ke Tadika Mawip untuk ambil anaknya, Aaira.
Jumpa lah cikgu-cikgu lama dedek..hihihi
Lepas tu, lepak dalam kete berdekatan dengan kereta Tqah, sementara tunggu husband dia sampai dan juga towing.

Dalam 6.40 ptg camtu, husband Tqah sampai.

So, selfie lah kita sebagai kenangan.
Susah betul nak jumpa, jadi gini baru boleh jumpa haa.
Take care ye mak Yong, terkejut juga linda.
Padahal baru je rasenya melawat Tqah bersalin hari tu.

Aktiviti malam minggu, hanta abang Mu'az main badminton dengan kawan-kawannya.
Nak balik tu, ada orang request nak ikot.
Dengar dia cakap nak p 7-11, rupanya nak coolblog.
Dah pukul 10 nak oii, coolblog pun dah tutup.

Jadi, slurpee pun ok lah.
Jimat sikit dari Coolblog.

Slurpee nie dari zaman linda muda remaja lagi dah ada.
Ingat kan dah tak wujud, rupanya ada lagi.
Lepas tu, anak-anak pula yang layan.

Till then, see ya.

36 comments:

  1. Debar kalau tiba2 kereta rosak tepi jalan. Mujur ada linda boleh la bantu apa yang patut kan. Slurpee ada lagi kalau hari Rabu kalau tak silap ada diskaun murah la sikit dari hari lain. Selasa ke Rabu gitu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau linda pun debar.
      Alhamdulillah, mana boleh bantu, kita bantu.

      Delete
  2. Alhamdulillah dipermudahkan urusan..wahh fav zmn remaja jugak slurpee tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Masa remaja memang favourite.. Dah tua nie, minum seteguk dua.. Terus cakap kat anak, "jangan minum banyak2, manis sgt nie"

      Delete
  3. alhamdulillah, ada org baik2 yg membantu :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Orang baik selalu mendapatkan pertolongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Rezeki bertemu orang yang baik...

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Mesti beribu rasa syukur Tqah sebab Linda dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, diberi kelapangan untuk menolong Tqah juga.

      Delete
  6. Senang ya Mbak jumpa dengan kawan sekolah rendah.
    Sepertinya sudah lama tak jumpa, jadi walau ada kesulitan tapi tetap bisa tersenyum saat selfie.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sudah lama juga tidak ketemu. Sebagai kenangan, harus difoto.. Hihihi

      Delete
  7. Comel je tajuk entri, wonderpet datang membantu. 😁
    Alhamdulillah, ada Linda dan orang-orang baik yang tolong.
    Slurpee tu, last beli masa zaman sekolah menengah. Zaman tu, kalau tak slurpee, beli air big gulp saiz besor, share dengan kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki juga dapat membantu Tqah.
      Eh, sama kak.. Last masa sek men.. Sekali anak yang sek men tu bawa balik, rupanya masih ada lagu slupee nie.

      Delete
  8. Nasib ada insan yang sudi bantu tolak ke tepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 bersyukur masa tu.. Kalau tak, risau juga nak tinggal kereta mcm tu je.

      Delete
  9. Waah msh ada yaaa... SevEl nih dah tutup di Indonesia, pernah ada kasus dulu. Jadi tak bisa buka lagi. Padahal dulu saya sukaaa duduk2 lepak sana , pesan hotdog dia dan coklat. Kalo slurpee jarang pesan, terlalu dingin bagi saya 🤣. Tak kuat tenggorokan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak 7-11 di Malaysia nie... Senang nak cari..
      Selalu nya, yang dingin itu yang sedap.. Hihiji

      Delete
  10. Alhamdulillah selain Linda yg bantu, ada juga org lain yg bantu tolak kereta tu 👍🏻
    Akk tak layan slurpee ni tapi anak² layan la juga sekali sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Lega ada orang tolak kete.. Kalau kudrat gegirl nie, mana nak mampu.
      Kalau beli untuk diri sendiri, dah tak boleh habis.. Setakat sedut seteguk dua, boleh la.

      Delete
  11. Alhamdulillah, ada kawan yg berdekatan yg boleh bantu Tqah tu..slurpee ni mmg fav akak dulu, sesekali ada juga beli kalau singgah ke 7e ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Kita bantu mana yang boleh.

      Delete
  12. mujurlah ada wonderpet dtg membantu dlm kesusahan.. apa yg penting kerjasama! nerves bila keta tetibe buat hal, kat tepi jln pulak tu.. moga dipermudahkan urusan Tqah & kereta dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Naseb baik ada wonderpet.. 🤭🤭
      Betul, seram kalau kete tiba2 buat hal..

      Delete
  13. Akk dok terfikir masa Tqah call Linda tu ingatkan Linda boleh godek-godek kereta tu bagi jalan. Takpun Linda tolong tolak kereta ke tepi. Bolehlah bawak Tqah ambil anak dia kat tadika ya.. kalau tak kalut juga nak tunggu husband dia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Cita2 jadi pomen kereta dah terkubur masa sekolah men kak..
      Kalau bab menolak tu, basikal mampu lah nak tolak.
      Jadi kita amik part paling mudah, bawa Tqah ke sekolah amik anaknya, dan tunggu sma2 sampai husband dia sampai.

      Delete
  14. Akak suka slurpee kaler hijau dulu masa slurpee ni popular memang kumpul duit nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Yang hijau masam2 sikit... Tapi, bergas tu.. Tak mampu nak habiskan

      Delete
  15. Slurpee ni kalau sedut tak beringat brain freeze terussss. Rasa mcm makan wasabi terlebih dose hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Itulah.. Sejuk + bergas... Tak boleh la nak sekali hadap

      Delete
  16. kembar ke dgn Tqah? muka nak serupa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama bulat dan sama bercermin mata kot.. Hihihi

      Delete
  17. Alhamdulillah untung rezeki kawannya ada sahabat macam Linda yang sudi membantu. Kadang-kadang bila merancang sakan hendak jumpa tidak dapat jumpa sebab ada je halangannya. Sekali sekala Allah bagi rezeki berjumpa secara tiba-tiba macam Linda dan kawannya yang kereta rosak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Kita bantu takat mana yang mampu je..
      Betul, yang unplanned tu selalu smooth je

      Delete
  18. Alhamdulillah dapat juga membantu kawan. Orang baik pun turut sama membantu. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
    Ada hikmahnya jugalah dapat berjumpa kan. Amboi si dedek ni, sempat lagi mengepau ye. Tak dapat coolblog, slurpee pun jadilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2... Kita bantu mana yang mampu...
      Alaa.. Itu abang Mueez yang beli coolblog

      Delete