lovvu Dobbu

Tuesday, June 25, 2024

. : CHILDFREE ??? :.

Assalamualaikum 

Seram linda dengan isu yang tengah hot sekarang nie.. 
Dia seram bukan apa, sebab bila baca komen-komen yang maha dasyat tu...

CHILDFREE

Terang-terangan dah, macam mempromosikan pulak... 
Sama macam iklan libresse kemain terang terang dia tunjuk flow "cecair" atas pad tu macam mana.. 
Kalau dulu-dulu, guna warna selain merah, pada linda still ok lah.. 
Sekarang warna merah kot... Haisyhh... 

Macam mana lah orang boleh keluar kan idea sampai macam tu sekali.. 
Takde sensitiviti lansung.. 


CHILD-FREE MARRIAGE: TIDAK MAHU PENERUS SUJUD?

Bagaimana boleh muncul pemikiran child-free marriage? Apakah tidak mahu ada yang meneruskan sujudmu?

Kapitalis sungguh!

Sedangkan, orang-orang mulia berdoa kepada Tuhan, agar dikurnia anak yang akan mewarisi perjuangannya.

Zakaria AS berkata, "Tuhanku, sungguh, aku khuatir terhadap kerabat sepeninggalanku, ... maka anugerahilah aku seorang anak dari sisi-Mu, yang mewarisiku dan seluruh keluarga Yaakub" - Surah Maryam, ayat 5.

#yayasanikhlas
#ummahfadhilah
#bapaqawwam

kredit : FB Bilal Jailani

Semoga keturunan kita tak terpengaruh dengan fahaman yang bukan2.. Aamin2... 

Till then, see ya

20 comments:

  1. Macam² kan akhir zaman ni... Kita dulu kahwin nak anak, nak ramaikan umat Nabi sekarang macam²...
    Mudah-mudahan keturunan kita terpelihara, terlindung dari segala anasir jahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Mcm2 dah sekarang nie.. Berani terang terangan bersuara...

      Delete
  2. aduhai mcm2 hal zaman skrg ye..
    dulu sy kawen 4 tahun bru dpt anak..
    skrg ni org kawen xnk anak pulak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun terlewat... Ada rezeki sis...
      Apa motif kawen pun tak tau...

      Delete
  3. makin hari makin menakutkan dunia maya yang kita tinggal laa nih, banyak yang membelakangkan hukum alam dan PemilikNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Ana...
      Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT.. Aamin

      Delete
  4. Zaman nak yang mudah2 kot.. tak nak terikat. Mungkin pengalaman zaman kanak-kanak mereka ini tidak indah. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca komen2.. Rata2 sebab kos makin tinggi...lepas tu fikir kata balik rumah nak rehat2 tak boleh.. Sebab ada anak perlu di jaga.. Dah jadi beban pulak... Ayat dekat komen lah... Tu yg seram baca komen..

      Delete
  5. may be sbb faktor kewangan dan kos hidup yg tinggi utk membesarkan anak2 pd zmn moden ni, so kuarlah isu tak nak anak etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Ramai yang keluarkan point2 mcm tu...
      Semoga yang baik2 je untuk mereka dan kita juga... Aamin2

      Delete
  6. Saya awal2 kawen dulu rasa tak bersedia nak terus timang cahayamata. Agaknya niat tu tak betul jadi bila dah setahun kawen nak try ada anak, Allah tak terus bagi utk bagi pengajaran dekat saya supaya jangan sombong dgn rezeki Allah. Tu khilaf saya satu masa dulu tapi skrg dah insaf. Sebagai orang Islam kena yakin anak ialah rezeki dan amanah pada masa yang sama. Kalau rasa tak mampu tanggung amanah atas sebab2 nak fokus pada anak2 yg dah sedia ada, boleh rancang jarakkan kelahiran anak seterusnya tapi nak menolak terus rezeki Allah tu ialah satu perangai orang2 yang tak bersyukur, nauzubillah semoga kita dijauhkan dari sifat2 orang2 yg kufur nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm linda masa dulu noob... Kahwen di usia muda, umo 23 dah kawen.. Jadi tak fikir, nak merancang ke mcm mana ke.. Alhamdulillah.. Allah rezekikan bunting pelamin, tapi diuji sepnjg kehamilan suami takde di sisi sampai anak umo 5 bulan (suami join misi pengaman ke LUbnan).. lepas tu bermula pulak naseb PJJ.. Lepas tu, anak no 2,3,4 semua tak dirancang.. Tapi Alhamdulillah sekali lagi.. Jarak tu cun2 je.. 2 tahun sorang... Jadi sekarang fokus kita nak besarkan mengikut kadar kemampuan..penambahan, memang takde dalam perancangan manusia.. Perancangan Allah kita taktahu..

      Semoga yang baik2 je untuk kita dan mereka.. Aamin

      Delete
  7. Jangan sampai bila nak anak, allah x bagi...sedangkan kat luar sana berapa ramai pejuang 2 garis yang masih menanti dan menanti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 yang baik2 je..masing2 ada pendapat masing2...tapi tulah, yang geram bila baca komen yang tidak2 je...yang iya2 pertahankan dan nampak membelakangkan agama...bila baca yg tu, yg jadi geram...tahan je jari dari membalas komen...kikiki

      Delete
  8. macam-macam kan?
    Ammi dulu setiap kali period menangis sebab kita beriya nak anak...4 tahun menunggu. bayangkan berapa puluh kali menangis sepanjang 4 tahun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar....kuat nya ammi...
      tapi kalau sekeliling tak suppotive lagi stress

      Delete
  9. Makin pelik zaman sekarang. Masing-masing nak jadi yang pertama buat sesuatu yang lain dari yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau tak cukup didikan yang diberi dekat anak2 nanti... 😭😭

      Delete
  10. Sekarang memang tengah kecoh isu ni dekat X. Kito yang nak anak ni masih belum rezeki, yang senang dapat taknak. Begitulah dunia, banyak kepala banyak kerenah. Tapi yang paling utama, kita kena hidup berlandaskan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..masing2 dengan pendapat masing2...tapi pendapat kita, haruslah berlandaskan agama, al-quran dan as-sunnah...

      Delete