lovvu Dobbu

Friday, June 28, 2024

.: KELEBIHAN BERSEDEKAH :.

Assalamualaikum

salam Jumaat yang berkat
nak share sikit kelebihan bersedekah

Alhamdulillah, Allah kalau nak tunjuk sekelip mata je
pagi tadi seusai subuh, Alhamdulillah, Allah menjentik hati untuk bersedekah semampu duit baki dalam akaun kita lah...

selalu kata kat diri sendiri , orang yang bersedekah walaupun seringgit, dia lagi mulia dan baik dari kita nie...
bak kata doktor hari tu "saya sedekah RM100, sebab baki dalam akaun saya ada lagi RM1000"
"orang lain sedekah RM5 sebab dia pun ada RM50 je"
"sedekah yang RM5 tu lagi mulia dari saya yang RM100 nie"

apa-apa pun, semua yang kita buat ikhlas kerana Allah ta'ala
bukan untuk dipuji atau dipuja
sama lah kes nya,Linda cerita bukan sebab nak tunjuk linda nie baik, bersedekah...takkkk, 
nak tunjukkan... kita memberi, insya-Allah kita akan bertambah rezeki

v
v
v
v
v
v
v

haaa.. seee
rezeki hari nie dpaat hamper...
Alhamdulillah, ingatan daripada pelajar Post Basik yang menghuni di asrama untuk latihan klinikal sepanjang 2 bulan nie...
terima kasih atas ingatannya
terkejut Linda , datang ofis bawak hamper
padahal nak hanta borang keluar asrama je

semoga anda semua dipermudahkan dalam urusan Post Basik nya, dapat selesaikan dengan cemerlang...aamin2x..

till then, see ya

 

13 comments:

  1. moga segala amalan kita diterima di sisiNya

    ReplyDelete
  2. Ya, saya percaya kelebihan bersedekah.
    Semoga terus istiqamah untuk bersedekah walaupun jumlahnya tidak banyak. Yang penting ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah... Mudah mudahan...
      Semoga kita lebih banyak memberi dari menerima.. Aamin2x

      Delete
  3. The more we give, the more we get Insha Allah.
    Cantik hamper tu šŸ‘
    All the best to her juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah.. Betul sangat tu PH... Tapi, yelah.. Nak isitiqamah tu susah kan.. Lagi2 diri sendiri nie...

      Lama hamper, dok dalam bakul siap tangkai.. Ad banyak pelatih nya.. Kalau HER je.. Tak cukup nanti.. Kikiki

      Delete
  4. Sedekah ibarat mengeksport harta benda kita ke alam akhirat. Selain penghapus dosa2 kecil. Org2 dlm kubur semua rasa nak hidup semula sbb nak bersedekah.

    Congrats Linda dpt hamper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu miss mirror... Tapi, kita nie.. Manusia.. Biasa lah kan.. Mcm2 yang dipikirin nya...tak tuju kat org lain.. Kat diri sendiri je...alhamdulillah.., mekasih....

      Delete
  5. Betul...kelebihan bersedekah kan...lagi satu akak selalu kirim masukkan duit dalam tabung Jumaat di masjid..x banyak sikit pasti akak mintak tolong masukkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..nie selalu kirim kt anak...tapi hari tu, p semayang raya, terlupa lansung..duit tak bawak..henset pun tak bawak...Allahuakbar

      Delete
  6. dulu kan masa zaman jahil ammi. ammi macam geram je bila suami (masa tu bf) sibuk bagi duit kat gelandangan padahal duit dia pun tak cukup nak belanja ammi makan. dalam hati tu berkata je "makan pun kita tong-tong sibuk je bagi kat orang". rupanya dia bagi singgit Allah luaskan rezeki dia jadi dua ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ammi...insya-Allah pelan2...kadang2 tu kalau tengah makan, ada orang dtg jual tisu ke apa..linda bg je lah seringgit...
      ada orang cakap, mebi dia tipu...kalau dia tipu, tu urusan dia lah...

      Delete