lovvu Dobbu

Thursday, June 13, 2024

.: KAPAL TERBANG @ TERMINAL SEKINCHAN, SELANGOR :.

Assalamualaikum

PH birthday YDPA
masa tu still dekat kampung
so, incikSuami decide nak balik awal
sebab long wekeend kan, pastilah jem luar biasa..hahha
malas nak menempu jem, malas nak bukak waze ikot jalan dalam

jadi, pagi tu breakfast dekat luar dulu dengan parents, kak mas dan amar
lepas tu, Linda p market dulu..
beli lauk basah (memang selalu bawak box kalau balik sabak bernam)

sampai area Sekinchan dalam 10 pagi camtu
apalagi, Linda ajak lah singgah airport dalam tu..hahha
dok lalu lalang je..tak pernah singgah
orang yang dok jauh dah singgah banyak kali
 
sampai dah airport Sekinchan nie ya
memang special lah, sebab ada seketui ni ja kapal terbang nya..

okei, posing sikit dengan anak-anak
macam rakan sebaya pulak...hahaha
perasaan betul

nie dari angle lain pulak
jenuh tahan mata nak bagi bukak..
walaupun baru pukul 10 lebih, matahari dah memanco manco katanya

one with incikSuami
sabar jelah sementara anak-anak tengah nak besar nie
gambar berdua asyik kena hacked je
masa kita pangggil deme bergambo, tak nak masuk
bila ibu ayah nak feeling2 sikit, semua kalut nak interframe

kalau nak gambar lagi lawa, ada jugak Linda nampak orang buat servis amik gambar
guna drone..
jadi lawa lah sikit gambar kita berlatar belakang kan kapal terbang nie
berapa caj servis tu tak perasan pulak
sebab tak dan nak belek2, masa tu dah naik kereta nak sambung perjalanan

kena gelak je Linda nie
orang kawasan sekitar tapi, baru nak masuk tengok kapal terbang
tapi, memang selalu gitu lah
tempat yang dekat-dekat ngan kita, memang tak sampai lagi
yang jauh-jauh tu, boleh pulak sampai ye..hihihi

till then,see ya

 

20 comments:

  1. Betul-betul..
    sama lah ngan nieyl, dekat je ngan putrajaya tu tapi x habis pusing pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Putrajaya tu banyak hidden gems... Tapi tulah, tak reti nak cari.. Padahal dari selayang nie tak jauh pun

      Delete
  2. Biasa la tu... MY pun sama. Orang Pahang tpi Genting Highland dan Cameron Highland pun last pergi masa umur 15 tahun ikut rombongan sekolah je. orang negeri lain dah jemu naik Cameron

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu modal kena besar... Saja2 nak jalan memang tak lah.. Hihihi

      Delete
  3. jalan sakan yer.kite wiken PH dok umah je, tak pi mana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah jln pun.. Laluan nak balik rumah Selayang je...

      Delete
  4. dlu2 tkde pagar tu..skarang dh rmi yg pi tgk kapalterbang tu die dh wat pagar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsenya dia buat restoren kt kapal terbang tu.. Sebab memang nmpk org tgh buat2 kerja kt situ

      Delete
  5. Tak pernah gi lagi kat sini. Kalau kat Melaka Freeport tu ada la tapi bergambar dari jauh je sebab line kemain panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dekat MPO tu dah jadi kedai handbag Coach...tak beratur lah kot...hihihi

      Delete
  6. saya dh pernah posing2 sini heheheh

    ReplyDelete
  7. Macam best pula gambar guna drone tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah best... Takde lah nampak pagar2 kat belakang nie... View dia lagi luas lah...

      Delete
  8. Memang begitu kan… selalu tempat jauh merata kita sampai. Tempat dekat2 kita eh belum pergi lagi šŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Sampai orang datang tempat kita.. Tanya kat kita pulak... Kita jawab, memang tak nak pergi lagi.. Nak tgu ko dtg baru nak pergi... Coverr... Hahaha

      Delete
  9. Dh cantik kapal terbang tu . Tahun lepas pergi masih dalam under maintenance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang lekat cuckoo tu rase macam dah lama...

      Delete
  10. Last year tgk kapal terbang ni warna putih… dah ni dah berwarna… tak lama lagi penuh laa org serbu sini…

    ReplyDelete