Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, April 17, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 14 :.

Assalamualaikum

ibu berdebar
esok dah boleh cek keputusan UPKK 2023


Cara Menyemak Keputusan UPKK di SINI

ibu tak letak harapan tinggi pun
tapi, ibu tetap berdebar

till then, see ya

 

.: DOA KETIKA TURUN HUJAN :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.. Hujan lebat bermula sebelum subuh.. 
Berhenti kejap, lepas tu sambung semula

Selalunya kalau hujan lebat dekat selayang, nanti dengar lah ada certain area Lembah Klang yang banjir kilat. 
Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat.. Aamin..



gambar-gambar yang sempat di snap sepanjang perjalanan nak masuk pejabat



mai tepek sekali 
doa ketika turun hujan

till then, see ya




 

Tuesday, April 16, 2024

.: 29 RAMADHAN :.

Assalamualaikum..

eh, terkebelakang pulak entri hari nie..
takpelah, blog kan dah macam diari.
nak simpan kenangan tu + clear memori henset..kikiki

masih beruniform pink ya hari Selasa, 9 April tu
ada kerja jugak dibuat, bukan dok langut sesaja...
Alhamdulillah, bos bagi pelepasan petang..
tapi, tak balik kampung lagi, ajak IncikSuami ke Aeon Kepong

saja berjalan cuci mata
konon nak masuk Kaison, nak cari pewangi untuk pejabat
tapi dah takde pulak stock...

Linda nampak kedai baru Miniso - kliksini
jadi masuk lah cuci-cuci mata
ada banyak pewangi, range RM14-RM30
boleh pilih nak yang mana

lepas tu, ada minyak wangi kecik-kecik, botol comel-comel
bau pun sedap-sedap
range harga RM10-RM50

jadi ini hasil menjala dekat Miniso tu
tak dapat cari dekat Kaison, kita menjala dekat sini pulak
yang botol minyak wangi pink kecik-kecik tu, nak bagi cleaner dekat asrama nie
appreciation gift lah sempena raya nie kan
berkongsi rezeki

eh, ada voucher RM10, boleh terus guna (min spend RM50)
so, jimat RM20
adik cashier tu buat separate bill, bagus, rajen dia,,
terima kasih dik

memang aim D'Laksa nie
so, beli lah untuk berbuka puasa

dah siap-siap nak berbuka, dah azan
tuang laksa dalam kuah, "lah takde telur"
ada laksa dengan sayur-sayur je RM9.90

lama sangat dah tak beli, sampai tak tahu takde telur dalam tu
rasenye dulu-dulu macam ada je telur
dah macam Ah Cheng Laksa, nak telur kena add on RM1 ke RM1.50, lupa pulak dah

adik D'Laksa nie tak beritahu pulak takde telur
aisehh..gagal lah gini
malas nak rebus telur pulak, jadi makan aje lah

Linda memang tak masak apa-apa, sebab nak gerka balik kampung kan
dapur pun dah cabut kepala gas.. 
hahaha, awal kan

till then, see ya

p.s - lupa pulak, ada terbeli seluar kasual RM9 je, apa ntah nama kedai, dah lupa, sekali dia tak buka benda yang selalu diorang lekat dekat baju tu, untuk sensor dia. dah keluar masuk Aeon berbunyi je kat palang sensor tu..Guard tu jeling je Linda tiap kali lalu...naseb baik tak kena tahan. dah kena pergi semula dekat kedai tu, nak unlock sensor tu..

 

Monday, April 15, 2024

.: PUASA GANTI & PUASA ENAM SYAWAL :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah masuk raya ke 6 kita
Linda pun dah mula kerja..

ada yang dah mula puasa enam ke??
ke ada yang ganti puasa dulu?


Kelebihan Puasa Enam

            Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

 

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.


Niat Puasa 6 dan Puasa Ganti Secara Serentak lanjut di Sini


Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.


Insya-Allah, kalau dikira perhitungan nya, sempat untuk Linda asingkan puasa ganti dan puasa enam.
hari nie, baru nak mula puasa..sebab baru balik sarang kan..kikiki
semoga berjaya lah hendaknya

tapi, kalau ada kekangan, tak salah pun kita gabungkan..

selalu geng2 perempuan je stress sikit bab nie...hahaha, takot tak dan..nak ganti lagi, nak puasa 6 lagi...

insya-Allah, semoga semua amalan kita diterima oleh Allah, dan semoga dipermudahkan segala urusan kita..aamin

till then, see ya


 

Sunday, April 14, 2024

. : BABY SYAWAL :.

Assalamualaikum 

Masih cerita raya... 

Di petang raya pertama.. 
Adik perempuan bongsu(esah) nie, kena serah diri ke hospital, sebab dah lebih due seminggu.. 
Anak esah ada 3 orang, icha(5tahun),iyan(4tahun),meera(2tahun)
Icha dan iyan tu takde masalah.. 
Masalah kitaorg sekarang meera.. 
Tak nak dengan orang.. 

Haaa... Tepek je ngan abang mueez

Takmo berenggang ngan abang Mu'az 
Nak tengok tv pun, takmo lepas.. 

Siang raya kedua
Linda ad anak segera haaa.. 
Nie lah Iyan nya...
Tapi, dedek jeles weyh... 
Lepas tu, dedek pulak nak duduk ngan ibu.. 

Sampai tetido Iyan jalan beraya.. 

Yeay.. 
Si kecik nie dah discaj..boleh lah singgah nie kang
Baby lahir 2.30pagi raya kedua.. 
Sama ngan abang mueez lahir 2 Syawal
Semoga membesar dengan sihat dan kuat ya baby... 
Esah cakap, last baby lah nie.. Sebab emergency czer.. Eish, seram betul Linda dengar.. 

Alhamdulillah... Baby Boy.. 
Cukup 2 pasang... 

Till then, see ya

Friday, April 12, 2024

. : SALAM LEBARAN 1445H :.

Assalamualaikum 

Baru sempat dan baru ada mood nak update blog... Kikiki



Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Taqabbalallahu Minna wa minkum.

Daripada kami pengantin baru (kahwin 13 tahun).
 

Baju yang sama masa nikah.. 

Alhamdulillah, tahun nie raya pertama di kampung Linda.. 
Wif mak bapak

Lagi dua orang hilang mana tak tau
Nie katanya, sedondon.. Bukan sekayu.. Hihihi

Petang raya pertama, hujan lebat.. Alhamdulillah, sejuk sikit.. 
Jadinya, semua pakat2 tido petang... Kikiki

Kita sambung raya kedua
Linda repeat baju dalam almari je.. 
IncikSuami beli kurta purple, nak matching katanya.. 

Ziarah rumah makcik (kakak mak Linda) 
Bergambar kenangan bersama sepupu dan anak sepupu... 
Antara sepupu yang rapat jugak.. 
Kalau perasan, ada A. Razak kat situ
Kalau orang lama kenal lah nie.. 

Alhamdulillah, rezeki beraya... 
Tapi, sedih mengenangkan Gaza masih dibedil.. Allahuakbar, terasa tak daya nya sebagai umat islam... 
Semoga kemenangan untuk Palestin.. 

Till then, see ya

P.s - raya ketiga, gerak balik Taiping pula.. 45minit je dari Lekir - Changkat Jering.. Lalu WCE



Tuesday, April 9, 2024

. : SYAWAL 1445H

Assalamualaikum 

Semua berdebar menunggu pengumuman raya hari nie.. 
Ramai je yang dah siap memasak hidangan raya.. 
Malas nak fikir, kalau raya.. Alhamdulillah, kalau tak raya, sambung lah puasa.. 

TV gemoks nie jugak berjasa.. 
TV depan tu, dah sambung dengan internet, nak tengok live Tv asyik lah sangkut.. 
Stress kita.. 

Esok hari raya.. 

Linda pulak OTW nak balik kampung.. 
Hari nie, kerja macam biasa.. 
Alhamdulillah, bos bagi pelepasan off petang, tapi tak balik petang pun.. 
Ajak incikSuami merayap dekat Aeon Kepong.. 

Alhamdulillah, tak ramai umat atas highway nie... 
Mungkin ramai yang dah balik start hari jumaat ritu.. 

Selamat tinggal Ramadhan, semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadhan diterima Allah... 
Semoga kita semua direzekikan bertemu Ramadhan akan datang.. Aamin2x 

Selamat hari raya juga Linda ucapkan kepada semua blogger... 
Maaf dipinta andainya ada content yang mengguris hati, tanpa Linda sedari.. 


Till then, see ya