Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, March 16, 2024

. : BERBUKA 4 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Berbuka hari ke empat
Kita ke bazar lah
Dari semalam si bujang kalut nak murtabak

Roti john 1 (incikSuami beli) 
Murtabak 1 (RM5) 
Satey ayam 10batang (RM10) 
Air 3 jenis (Rm15) 

Hat nie roti john buatan ibu.. 
Sebab tinggal 2 ketul roti sosej.. 

Nasi goreng pedas, nasi lebih sahur

Alhamdulillah, rezeki semalam.. 
Hari ini igt nak buat mee kari.. 
Tak sampai seminggu, dah tak tau nk masak lauk apa.. Hahaha

Till then, see ya

 

Friday, March 15, 2024

. : 4JAM 10MIN JE :.

Assalamualaikum 

Linda jumpa nie dekat FB
Saja nak tepek kat sini, buat peringatan diri sendiri.. 





Semoga sentiasa muhasabah diri
Tak lama dah perjalanan kita dekat bumi nie
Akhirat juga kekal abadi.. 

Till then, see ya

 

Thursday, March 14, 2024

:. THAI CAVE RESCUE -

 Assalamualaikum

ehh..lemau nya bulan Puasa nie..
idea tak mencurah curah seperti di ladang gandum... 😂😂

baru-baru nie kan Linda scroll cerita apa lagi nak tengok kt Tv tu
sekali nampak cerita Thai Rescue Cave berdasarkan kisah benar
ingat tak tahun 2018 gempar satu dunia pasal sekumpulan team bola sepak remaja yang terkandas dalam gua dekat Thailand tu.
masa tu Linda tak folo sangat pun berita dia, sekadar tahu semua selamat dan banyak pertolongan daripada pakar-pakar juga.
jadi, tengok lah cerita..Linda memang suka tengok cerita berdasarkan kisah benar nie..

-THAI CAVE RESCUE-

nie team bola sepak , 13 orang semuanya

bila tengok cerita tu, memang sedih dan tahu misi menyelamat itu adalah misi yang sukar
bayangkan kalau ikot dr entrance hingga ke tempat remaja tu berada hanya 4KM
kalau jalan kaki biasa, dekat je
tapi, bila gua tu dah banjir
jadi tempat yang paling mengerikan

penyelam yang masuk, bukan penyelam biasa-biasa
memang penyelam gua, yang sebenarnya dari hobi diorang dan jadi expert
penyelam-penyelam tu sendiri pun mempunyai kerjaya yang hebat-hebat

10 hari , remaja terperangkap tanpa makanan
18 hari, baru remaja-remaja tu dapat selamat dikeluarkan, dengan cara "seperti membawa mayat"
sebab diorang terpaksa bius remaja-remaja tu supaya tak meronta masa tengah diving tu
cave diver yang expert dalam bidang bius nie - Dr Richard Harris dengan buddy dia Dr Craig

sehari lepas dapat selamatkan semuanya, gua tu terus banjir dan selama 3-4 bulan gua tu dah dapat dimasuki dengan cara berjalan kaki
kalau terlambat sikit, memang tak tinggal apa dah remaja tu

sewaktu penyelamatan berlaku, anggota tentera elite Thailand (diver team) terkorban seorang, bila baca rupanya dia dah bersara dan volunteer nak bantu.
bila search lagi, rupanya ada sorang lagi anggota tentera elite Thailand, yang tumpas setahun selepas kejadian nie, sebab ada infection dekat paru-paru . kesan daripada diving tu lah

siapa belum tengok, boleh tengok dekat siri netflix (6 episod je), memang sedih, memang mencabar..
tengok gabenor diaorang pun sedaya upaya nak bantu jugak
semua orang take part, semua orang sanggup korbankan masing-masing punya aset

dekat SINI, lagi lengkap kalau nak baca

till then, see ya



Wednesday, March 13, 2024

.: TOKENS FROM SIS ANIES :.

Assalamualaikum

ingat tak yang Linda jadi blogger pilihan Febuary blog Anis??
entry SINI dan SINI

jadi dari minggu lepas sis Anies dah share no tracking tokens utk Linda

lama pulak pos laju nie peram
dari 7hb sampai hari nie 12hb baru nk out for delivery

Akhirnya sampai jugak
Alhamdulillah
ingat nak peram lama lagi...hahaha

terima kasih sis Anies
sudu tu sekotak dapat haaa...jangan kabo asyik hilang sudu je pulak lepas nie..hahaha
getah rambut tu lawa, tema Palestine
ada keychain daripada negara jiran -Thailand

semoga murah rezeki sis Anies ya, sudi berkongsi rezeki dengan Linda
Domo2 Arigatou 💕💕

till then, see ya

p.s - nak up semalam entry nie, tapi apakan daya, banyak kekangan...




 

. : SAHUR 2 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Lagi 28hari lagi nak raya 😂😂
Kemain eh Linda

Alhamdulillah 
Lauk sahur pagi tadi.. 
Semua lauk buka semalam.. 
Kecuali telur dadar.. 
Tomyam panaskan balik
Ayam + ikan goreng masuk AF
Nasi tanak lain, sebab semalam tinggal sikit je.. 

Imsak tak masuk lagi, dah fikir nak masak berbuka apa... 
Hahaha.. 
Adoi lah mak mak nie

Till then, see ya

 

Tuesday, March 12, 2024

. : KISAH RUMAHTANGGA :.

Assalamualaikum 

Berbalas whatssap dengan incikSuami.. 
Tunggu dia typing lama sangat

Padan lah pun
Nak mencari ikon tu yang lama

Tapi, tu gambar ikan buntal, bukan ikan kembong... Hahaha

Boleh lah incikSuami oiii
Tu pun kena kabor details nak ikan apa, nak udang, nak sotong

Kalau tak, mau dia beli ayam je.. Hahaha
Sebab nya dia tak masak, jadi tak tahu nak beli apa... 

Tapi, kalau kirim tu, boleh je dia belikan
Masa PKP tu, dia lah tolong beli barang2 semua, sebab dia kerja macam biasa.. 
Dah alang2 p kerja, singgah lah beli belah.. Hihihi.. 

Till then, see ya

 

.: 1 RAMADHAN 1435H :.

Assalamualaikum

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua blogger dan rakan yang beragama Islam

Alhamdulillah, tahun nie complete berpuasa satu family..
tahun 2022 - berpuasa dengan dedek + kak M
tahun 2023 - berpuasa dengan anak4
tahun 2024 - berpuasa dengan suami + anak4

jadi besar lah harapan nya untuk memasak menu berbuka tahun ini...hihihi
setelah 2 tahun memang menu beli je
tak sempat nak masak, nak mengejar ambil anak sekolah lagi


tahun nie incikSuami ada, jadi rutin dia lah ambil dan hanta anak ke sekolah
Linda balik kerja boleh terus memasak, insya-Allah

sahur tadi, buatkan roti sosej untuk anak2
incikSuami makan nasi dengan lauk kari daging yang tinggal sedikit
goreng nuget sikit

Linda anak beranak memang tak reti sangat nak sahur nasi
macam Linda sendiri, kalau sorang2 memang buat air panas secawan dan cicah biskut
yang itu pun dah cukup

plan nya menu berbuka nanti
nak goreng ayam / ikan
labu masak lemak
sambal belacan

harapnya jadi..

till then, see ya