Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label scammer. Show all posts
Showing posts with label scammer. Show all posts

Wednesday, January 7, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 1/26 :.

 Assalamualaikum

Scammer
2,3 kali dia call semalam.
Jadi ingat penting lah.

Sekali nak offer takaful tak perlu bayar selama 15 tahun.
"Takpelah dik, akak tak berminat, maaf tau, terima kasih ye"

Tut Tut Tut.

Eh, tak sempat dia tunggu kita habis..terus letak telefon.
Marah sangat ni dik.

Till then, see ya.

Monday, September 1, 2025

.: HAMPIR TERJEBAK :.

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita,minggu lepas, tiba² ada terima call dari nombor yang tidak dikenali.
Dia kabo nak bagi barang percuma, sebab setia dengan membeli atas talian nie..
Dia tanya nama.
Lepas tu nak confirmkan alamat, nak hantar barangnya.
Dia baca alamat kampung, linda iyakan je lah.
Dalam 2,3 hari lepas tu. Sampai lah barang nya.

Dapat bekas bawang nie.
Oklah, free kan.

Lepas tu, pihak yang bertanggungjawab tu call semula, untuk tanya barang ok ke tak, dan masuk kan dalam group wasap.
Dari group wasap di bawa pula ke group Telegram.
Lepas tu, dekat group Telegram, ada disertakan misi, kena subscribe channel² yang diorang bagi link.
Bila dah subscribe, screenshot dan hanya bukti. Nanti dapat komisyen.

Haa.. nie la komisyen nya.
Ada naik taraf dapat komisyen 1 misi RM4.80.

Yang terima dari personal, itu lah komisyen yang dapat.

Yang puluh² ringgit tu.
Sebab buat derma (modal dari duit task dia bagi juga).
Lepas tu, dia bagi task lain, duit derma tu dapat semula dengan extra.

Dalam masa sehari je semalam.
E wallet Linda dari RM24 jadi RM240.
Macam pelik, siapa lah nak bagi duit free kan?
Layan je lah lagi.

Sampai pagi tadi, ada lagi misi derma.
Min dari RM210 - RM1000 something la.
Nilai derma kita pilih, dan kena battle, tulis banyak², jadi bila sistem detect kita, kita kena bayar lah amaun yang kita tulis tu.
Dan of course, nilai derma tu akan diganti balik lah konon nya.
Lagi banyak derma, lagi banyak kita akan dapat semula.

Linda layan jelah, sebab duit modal tu dari dia juga.
Dok fikir juga, aku nie terjebak casino online ke..hahaha..

Tiba² nama Linda kena detect sistem dia, dan diorang keluarkan Linda dari semua group yang ada.
Untuk fokus pada misi RM210 (amaun yang Linda pilih untuk derma), kiranya untuk dapatkan balik komisyen nya.
Sebenarnya masih ragu², tapi layan je lagi.

Sampai keluar explanation yang nie.
Sebab yang nie, dah kena keluar modal sendiri, jadi Linda komen 2, maksudnya untuk penarikan diri.

Tapi, admin tu PM personal juga tau, untuk explain betul²..
Katanya nanti duit misi RM210 dan komisyen takkan dapat balik.
Linda cakap jelah, takpe.
Dalam hati dok fikir, tu pun duit ntah dari mana.

Nie antara admin² yang Linda berurusan lah.

Lepas tu, baru la terfikir nak Google.
Dapat lah keputusan macam nie.

Terus Linda tekan link tu
Uish, bila baca MO (modus operandi), sama je macam yang telah alami nie.

Antara contoh².

Yang buat lagi terfikir, katanya akan dapat free barang elektrik.
Bukan biasa² barang elektrik tau..
Mesin basuh, peti sejuk, microwave, mesin kopi dan macam² lagi lah.
Tapi, kena setia lah dengan misi² yang diorang buat.

Risau juga, tapi Linda takde isi borang² untuk details peribadi.
Semua pakai no telefon dan e wallet je lah.
E wallet Linda selalu takde duit pun.
So,takpe kot. 😂😂

Silap Linda pula, takde screenshot group Telegram misi² Dan feedback.
Harap² takde lah apa² yang buruk berlaku.
Linda takde hilang modal lagi lah.
Yang RM210 tadi tu, memang yang team scammer tu bagi.

Nasib baik, boleh tarik diri senang je.
Takde diorg push² bagai.
Macam² eh cara nak scam orang zaman sekarang nie.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT..

Panjang betul entry hari nie, sorry ye ambil masa korang baca entry Linda hari nie..hihi..

Till then, see ya.

Wednesday, January 24, 2024

.: DIA MAIN CIKUKAK PULAK :.

Assalamualaikum...

tiba -tiba dia jadi camnie
eh cuakk kita beb
apo kaitan ngan peranti pulak
takkan lah CIMB nie meng"anak tiri"kan daku


tenang-tenang
selepas 5 minit, Linda cuba buka balik apps CIMB
Alhamdulillah, boleh buka..
terus cek balance akaun
seram weyh, skang scammer lagi hebat dari kita

ada kawan pernah kena, takde dapat mesej soh approve transaksi ke apa.
taw-taw dapat mesej yang transaksi telah dibuat
cek-cek akaun, duit semua dah floating
Allahuakbar, beso betul dugaan 

sekarang nie kat mana je yang selamat
simpan duit dalam bank pun tak selamat

eh, cek balance ada lagi, cecepat transfer p akaun 🐯
nak kena tunaikan ke duit ??
duit dah la itu je yang ada.. hahaha

till then, see ya

 

Sunday, January 7, 2024

. : RED ALERT - SCAMMER:.

Assalamualaikum... 

Malas nk tulis pepanjang... 
Nengok lah gambar dulu ye... 

Pepagi dah contact2 nk scam orang..
Kalau betul pun mmg kawan.. 
Naseb ko lah.. 
Sape suruh memain.. 
Tak kose nk melayan.. 
Bukan sebab skang nie isteri org je.. 
Dr bujang lagi x melayan org yang ntah pape nie... 



Siap hnta gamba konon2 wf dia.. 
Kesian betul kalau gambar nie pun di slah gunakan.. 


CikpuanLinda dah blocked no bawah tu
Gigih dia wasap pkai no lain.. 
Hat tu pun bukak ja, lepas tu blocked terus.. 
X baca pun dia tulis apa... 

Nama yang keluar dekat TrueCaller... 
Hiii, mmg idok ler nk angkat... 

Kalau ikot wasap tu, kol 4 pg dah msg cikpuanLinda.. 
Ehh, gila ke wasap bini org sesubuh tuh.. 
Lepas tu call 2,3 kali mcm urgent sangat... 
Subuh2 plak tu.. 
Mmg idok lah ku layan.. 

2tahun lepas, gmbr profil cikpuanLinda pun ad scammer guna..
Dia guna buat jual2 brg n tipu duit org.. 
Tak pasal2 muka cikpuanLinda yg femes... 
Yg tu, mmg cikpuanLinda buat report polis, kot lah ad yang minta refund dekat cikpuanLinda plak kan.. 
Tiba2 jd mangsa... 

Dekat grup yang  xpnh kita taw plak tu.. 
Grup camping, grup jual barang2 kete.. 
CikpuanLinda join grup emas n preloved baju tudung je... Hahaha.. 

Haisyh, mcm2 taktik scammer nie kan.. 
Main tembak je.. 
Untung2 kena... 
Mmg kena hati2 zaman skang.. 
Nmpk je something fishy, blocked je teruih.. Jgn layan, takot terpengaruh pulak.. Kikiki.. 

Till then, see ya