Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label roadtokurus. Show all posts
Showing posts with label roadtokurus. Show all posts

Monday, August 24, 2026

.: SABTU DAN AHAD :.

Assalamualaikum.

Sabtu dan Ahad minggu terakhir.
Yang mana, boleh tak berpisah dengan katil.
Memang bermalas malasan Linda bergolek atas katil.

Sabtu Petang, kita briswalk la sikit.
Buat keluar peluh.
Eh, menjak² dah habis cabaran sihat ni, malas sungguh rasanya.

Hari Ahad ,ulang skrip yang masa.
Petang keluar briswalk awal sikit.

Emm, dah macam cerita cikSha kita.
Tapi, anjing ni dia dok senyap je.
Pengunjung tetap hospital la.
Kejap ada, kejap takde.

Melangkah la selagi mampu.

Yang ni peel yang paling tak gemor.
Tong sampah besar alam, atas lantai juga dicampaknya.
Nak buka penutup tu, berat sangat agaknya.

Kali ni, lama sikit.
Dapat la banyak sikit step nya.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjalani hari dengan sihat..aamin.

Till then, see ya.

Monday, July 13, 2026

.: STEPS TRACKING ON JUNE :.

Assalamualaikum.

nak masuk separuh bulan Julai, baru la rajin nak cerita pasal steps tracking bulan June.

untuk bulan June.
wah semangat ya.
dapat Gold Medal.

total steps untuk sebulan.
ada juga beberapa hari yang skip, tak dapat 10 ribu langkah.
tapi, kita tak paksa diri.
buat ikut kemampuan.

konon-konon nak claim TnG ni.
eh, fully redeem .. hahaha

kalau Zus ni, ada je selalu.
lagi pun boleh redeem sampai 100 kali.
tapi, tak beli pun. hahaha

antara e-medal yang berjaya di kumpul.
yang ni setakat screenshot 1 Julai hari tu la.

untuk hari ni, dah bertambah juga e-medalnya.
ada juga yang bagi e-sijil.
dah siap download sijil nya.

bulan Julai ni macam banyak hari tak dapat 10 ribu.
nanti kita tengok hujung bulan berapa dapat untuk Julai.

till then, see ya.

Saturday, June 13, 2026

.: PAGI SABTU DAN BRISWALK :.

Assalamualaikum.

Minggu ni tak balik Tronoh, nak rehat², golek² atas katil je.. hahaha.

Tapi, steps kena kejar juga.
So jom la paksa diri keluar untuk tambah steps.
Keliling hospital je, tak payah jauh².

Briswalk
Ngam pukul 8, matahari dah bersinar.
Cukup lah 2 lap, tak mampu nak lawan sinaran matahari.

Briswalk
Dekat sejam juga.

Roti bakar
Sebelum balik bilik, singgah kafe. 
Dah buang kalori, masukkan balik. Hahaha.
Roti canai hari ni takde, order roti Bakar jelah.
Staff kafe cakap, makan dengan teh tarik baru ngam.
Masalahnya, akak dahaga dik.. hahaha.

Tengok lauk ada asam pedas dengan sup petola.
Beli siap² la, balik bilik masak nasi je.

Dah sampai bilik, eh sambung zumba pula.
Alang² dah lencun.

Ok ikut DBP basah lencun
Ikut longhat Perak basah lenjun
Info tambahan. ☺️

Briswalk
Dapat 10k dah..
Selesai tugasan hari ni, kalau rajin.
Petang kita tambah lagi.


10k
Sejam berjalan di luar.
Sejam berzumba dalam bilik.

Abang Mueez dengan Dedek ada latihan bola.
Diorang join kelab bola luar.
Ayah la tukang hantar.
Esok pula abang Mueez ada jemputan lari 4x100m sebagai wakil sekolah ke sekolah Tamil depan sekolah kebangsaan je.

Have a nice day kawan².

Till then, see ya.

Sunday, June 7, 2026

.: STEPS TRACKING ON MAY :.

Assalamualaikum.

Semenjak install Google fit dan book doc ni.
Kemain semangat lagi track steps sehari berapa.

Jom tengok steps untuk bulan Mei dapat berapa.

steps tracking on Mei
Mula track steps pada 7 Mei.
Kiranya 24 hari punya berjalan untuk bulan Mei ni.


Purata langkah harian untuk bulan Mei.
Yang ni berdasarkan book doc.
Dapat Silver.
Lepas tu, boleh redeem rewards yang layak berdasarkan prestasi.

Linda dapat redeem 10% voucher untuk Zus je..
Yang lain² dah fully claimed, cepat diorang claim.

Next, kita tengok bulan Jun pula..
Lagi banyak ke mcm mana.
Apa pun, bagus aktiviti Briswalk ni, dapat juga la keluarkan peluh.
Sambil beraktiviti secara santai.
Kalau nak kurus tu, mungkin ambik masa yang lama lah.
Melainkan, kalau jaga makan sekali.
Yang tu, mungkin boleh kurus awal.

Till then, see ya.

Tuesday, October 28, 2025

.: MENDAKI TINGKAT 5 :.

Assalamualaikum

pagi semalam nak turun pergi kerja, ikut tangga je.
lepas tu pakcik Guard beritahu, lif rosak dan cleaner terperangkap.
Maintenance dah datang juga untuk buka lif nya.

balik kerja pula, tak rasa nak naik lif.
jadi terus je lah naik tangga.
tingkat 5 ya.. mengah juga.. hahaha

sampai je rumah, incikSuami tanya "lif tak ok lagi ke?"
linda pun jawab "entah, memang terus nak tangga je"

terus la wassap tech nih.
tanya pasal lif.

rupanya, memang out of service.
tali putus katanya.
jadi better shut down je.

barang kena tunggu dulu, vendor cakap maybe rabu/khamis baru dapat baiki.
jadi, memang tak brisk walk lah kita ye.
risau turun tak naik dah.. hahaha
gegor kaki, kepala lutut kang.

till then, see ya.

Monday, October 27, 2025

.: SABTU DAN AHAD :.

Assalamualaikum

cerita brisk walk sabtu dan ahad.
cuaca sabtu dan ahad, helok cerah.
tapi, incikSuami takde.
petang sabtu tu, linda keluar lah briskwalk keliling hospital.

pokok nie kalau dulu2, mesti ada dekat setiap laman rumah.
sekarang dah susah nak jumpa.
nie ada je kat hospital.

komen sis Carneyz kat linda.
kalau waktu alik kerja tu, tak boleh lama sangat brisk walk, sebab maghrib dah awal sekarang.

so, hari sabtu, dapat lah 5k dalam 54min.
so, capai target tak? kikiki.
3 lap pusing hospital, Alhamdulillah.
boleh la kuar peluh, regang2 otot.

yang nie steps untuk hari ahad.
tapi, linda buat dalam rumah je, follow you tube
linda selalu buka LeslieSansonesWalkAtHome

nanti boleh la cuba, memang berpeluh la.
kalau malas nak keluar rumah, memang linda folo yang tu je.
selesai 1 sesi, turun dan naik tangga pula.
buang sampah dekat bawah.
dapat la jugak 5k untuk tempoh 52min.

setel la brisk walk 2 hari tu.

incikSuami sampai rumah 8malam, 3.30petang dia gerak dari Taiping.
cepat juga.

till then, see ya.

Saturday, October 25, 2025

.: SENDIRI KENA SCAM :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah 2 hari (Rabu,Khamis) matahari menyembunyikan dirinya.
Di hari Jumaat semalam, matahari keluar memberi harapan pada penduduk bumi..ehh, apo melalut nie?? Hahaha.

Gambar sebelum keluar brisk walk.
Petang semalam cerah, Alhamdulillah dapat lah eksasis sikit.

Pusing² hospital 2 lap.
Sambil² menikmati pemandangan..
Pemandangan yang hari² tengok. 🤭🤭

Tapi, nampak juga awan yang kelabu je tu.
Tak tahu ke mana, sebab laju je dia berlalu pergi.
Pokok² pula, bila besar macam tu.
Memang nampak macam lukisan.
Subhanallah, lukisan yang Allah ciptakan untuk kita sebagai hamba ini sentiasa mensyukuri dan tidak lalai.
Sebab tu lah, kita digalakkan untuk melihat negeri orang, tapi Linda mampu dalam Semenanjung jelah.

Penat juga, setelah 2 hari berehat² di rumah.
2 lap pun dah rasa penat.
Moh ler, kita balik rumah.
Sebelum tu, jangan lupa snap steps yang dapat dikumpul.

Aikkk, mana pula butirannya???
😅😅 Diri sendiri kena scam dengan jam.
Adoi, rasa masa snap tu, ada je tulisannya.
Tengok² balik, nak up entry, takdo pula.
Sabau je lah.

Tapi, Linda ingat.
40min , hampir 3000 steps.
Alhamdulillah.

Till then, see ya.

Wednesday, October 22, 2025

.: AWAN KELABU :.

Assalamualaikum.

semalam niat nak brisk walk.. 
long wekeend cuti betul.
konon nak pusing taman Dinosour dekat UTP nuh.
sekali kasut takde da, ingat ada sepasang kasut sukan yang lama dekat Tronoh tu, tapi takde pula.
mana ya dia.. kat Selayang ke.
linda pun lupa nak tengok semula.

awan berarak kelabu dalam 4 petang semalam.
risau juga nie, takot hujan.

Alhamdulillah, cuaca sejuk sepoi2 bahasa.
ada abang Mueez teman dekat belakang tu.
tapi, 1 lap je, lepas tu dia sambung main dengan kawan-kawan.

brisk walk sambil ditemani awan yang bakal memuntahkan airnya.
elok 2 lap, rase titis-titis hujan pula.
eh, jom la berhenti, risau hujan lebat tiba-tiba.

2 lap je semalam.
cukup lah, pelan-pelan, santai-santai je.
janji konsisten.

till then, see ya.

#semalam gas habis, balik kerja incikSuami kata dah tukar tong gas, tapi bunyi berdesir gasnya kuat, dia pun keluar beli kepala gas baru, pun masih berbunyi. tanya balik stor yang beli tong gas tu, dia kabo getah dalam punat tong gas tu takde, nanti dia suruh pekerja dia hanto. hahaha, membazir kepala gas. ada yang nak beli ke? kikiki

Wednesday, October 15, 2025

.: BRISK WALK DAN HUJAN :.

Assalamualaikum

petang semalam keluar lah brisk walk macam biasa.
sekali hujan da.
cepat-cepat la cari tempat perlindungan.
nasib baik dekat area lobi, takde lah jauh sangat nak selamatkan diri dari hujan.

sambung brisk walk bawah bumbung la pula.

parking kereta pun dah basah.

sambil lalu dekat lobi utama, snap sekali.
ada sambutan Hari Penglihatan

Hari Penglihatan Sedunia 2025 telah disambut pada 9 Oktober 2025. Hari ini disambut pada hari Khamis kedua setiap bulan Oktober, dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global tentang masalah penglihatan dan kebutaan yang boleh dielakkan
Fakta penting mengenai Hari Penglihatan Sedunia 2025:
  • Tarikh: Khamis, 9 Oktober 2025.
  • Tema: "Sayangi Mata Anda" ("Love Your Eyes").
  • Tujuan: Mendorong orang ramai di seluruh dunia untuk mengutamakan kesihatan mata mereka dan mendapatkan pemeriksaan mata.
  • Organisasi: Hari ini dianjurkan oleh Agensi Antarabangsa untuk Pencegahan Kebutaan (IAPB).

lebat kan? sampai 168 park tu pun tak nampak.
kalau cerah, nampak je lif mengangkut barang dia tu.

sebabkan terbantut, sempat 1 pusingan hospital je.
ini je la yang dapat.

Alhamdulillah, ada la juga dari takde.

till then, see ya.

Thursday, October 9, 2025

.: BUANG DAN TAMBAH :.

Assalamualaikum.

Hari nie brisk walk takde teman.
Lalu depan rumah, takde pula kanak² riang menunggu.

Pokok yang selalu burung kecil² singgah.
Nampak kereta merah terselit kat situ..babyRuz Linda la tu.

Alhamdulillah untuk hari nie.
Dekat 5k steps, patutlah lenguh kaki. 🤣🤣

Sungguh² buang kalori.

Makan burger, tambah pula.
Anak² lah nie, request burger pula.
Dah ibu terjebak sama.

Takpelah, bukan selalu pun.
Pelan² kayuh, nak sihat sepanjang masa.
Bukan untuk esok je.

Till then, see ya.

Tuesday, October 7, 2025

.: PAPA, PAPARAZZI :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, petang tadi cuaca cantik.

Cerah je.
Langit pun biru je, depan tu bangunan yang ada kedai Suka Dessert bawah nya.
Seberang hospital je.

Moh la kita briswalk hari nie.
Setelah 3 hari berehat. Miliki.

Eh, jumpa meow pula dekat celah² pokok tu.
Lagi santai kawan.

Cukup lah untuk hari nie..

Rupanya, ada paparazi ambil gambar kita dari atas tingkat 5 nun.
Jeles la tu, nanti kita kurus.. hahaha..

Till then, see ya.

Saturday, October 4, 2025

.: KHAMIS, JUMAAT, SABTU :.

Assalamualaikum.

2 hari je ke briswalk?? Hahaha..
Ehh, ada Khamis dengan Jumaat pun briswalk.
Takkan hari² nak up entry.
Jemu pulak orang nanti.. 🤭🤭

Hari Khamis, jumpa buah mangga.
Aduhai, ngences pula..
Tapi, tak berani nak petik pula.

Hari Jumaat, lama juga tempoh berjalan.
Sebab, terus pergi pasar malam dekat belakang hospital, dekat dengan sek abang Mu'az.
Terus lah jemput abang Mu'az balik sekolah.
Jalan kaki bersama lah kita. Hihihi.

Hari Sabtu, pergi Lotus Rawang lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan.
Nak p kedai jahit Pakistan dalam Lotus tu haaa.
Nak suruh buat semula seluar uniform pink Linda.

Yang ada sticker tu, Pakistan tu baru jahit.
Helai bawah tu seluar lama.
Dia kecilkan seluar baru tu, memang sendat la tang peha.
Aib weyh kalau nak share gambar .hahaha.
Jadi, Linda suruh dia buat lain lah.

Baju pun takde butang, dia cakap tak jumpa butang.
Linda diskaun lah lagi harga nya.
Seluar dah buat yang lain, ok sikit dah.
Sekali cangkuk pula takde.
Tadi, memang tak bayar apa pun.
Salah dia kan..Kikiki.

Dah nak balik, boleh pulak tersinggah dekat vending machine Hotwheels tu.
Abang Mu'az nampak pula model Saga warna putih.

Tapi, sebelum nak dapat Saga tu (yang Linda tunjuk dengan anak panah tu).
Kena keluarkan 2 ketul yang dekat atas tu.
Nasib baik RM10 je.
Tapi, hangus juga lah RM30.

Bukan duit Linda, duit abang Mu'az lah.
Duit belanja sekolah, dia simpan.
Pandai² lah urus duit sendiri.
Jangan pau kawan² dekat sekolah dah la.

Till then, see ya.

.: ELGINI WINDBREAKER :.

Assalamualaikum.

Tengah semangat nak briswalk nie.
Siap beli windbreaker.
Padahal duduk dekat negara beriklim khatulistiwa.. haha.
Tapi, boleh la. Kot² nak lari pagi² ke.
Time petang hujan rintik² ke.

Jenama yang tengah top sekarang.

Pilih warna gelap, takde lah nampak kotor nanti.

Test pakai je.
Belum lagi bawa briswalk sekali.
Macam baju hujan pula, tapi memang lah dia waterproof pun.

Beli dekat shopee je.
Yang murah-murah Linda pilih.
Link Sini ya.
Dapat la cash back 45sen. 👍👍

Till then, see ya.

Thursday, October 2, 2025

.: KEEP WALKING :.

Assalamualaikum.

1 Oktober - petang semalam hujan rintik2
Alhamdulillah, dapat juga teruskan dengan briswalk.
kali nie, lewat sikit mula, sebab kena tunggu kak M balik KAFA, giliran dia sekolah.

ambil gambar dulu.

bertambah pula kaki.
masing-masing nak ikot.
follow jelah, kita jalan je.

masa nya kurang dari yang pertama
tapi, steps lebih sikit.
sebab ada aktiviti turun naik tangga semalam.

macam biasa, meh la kita abadikan dalam bentuk video.

moga petang nie semangat masih ada.
walaupun semalam tiba2 area betis lenguh sangat, tu yang tido awal.
rasenya sebab naik turun tangga kot..kikiki

till then, see ya.