Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label naiktangga. Show all posts
Showing posts with label naiktangga. Show all posts

Tuesday, October 28, 2025

.: MENDAKI TINGKAT 5 :.

Assalamualaikum

pagi semalam nak turun pergi kerja, ikut tangga je.
lepas tu pakcik Guard beritahu, lif rosak dan cleaner terperangkap.
Maintenance dah datang juga untuk buka lif nya.

balik kerja pula, tak rasa nak naik lif.
jadi terus je lah naik tangga.
tingkat 5 ya.. mengah juga.. hahaha

sampai je rumah, incikSuami tanya "lif tak ok lagi ke?"
linda pun jawab "entah, memang terus nak tangga je"

terus la wassap tech nih.
tanya pasal lif.

rupanya, memang out of service.
tali putus katanya.
jadi better shut down je.

barang kena tunggu dulu, vendor cakap maybe rabu/khamis baru dapat baiki.
jadi, memang tak brisk walk lah kita ye.
risau turun tak naik dah.. hahaha
gegor kaki, kepala lutut kang.

till then, see ya.