Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat juga menyelesaikan puasa sunat Khamis.
Puasa ganti, alhamdulillah dah selesai juga.
Jadi ,tengah belajar untuk istiqamah puasa sunat pula.
Dok blog walking tadi, nampak blog Syu punya entry pasal nasi kandar.
Terus lah dok terbayang, berbuka nasi kandar sedap juga.
Jadi, dalam 6 petang tu, start motor, ke kedai mamak la kita.
Pilihan lauk yang ada.
Tapi, Linda ambil ayam goreng dengan bendi je, tapi Linda suruh double jumlah nya.
Bila Linda kira bendi tu ada 9 biji semuanya.
Total RM70 eh RM10 😆😆 untuk yang Linda ambil.
Ok lah ,sama je harga kalau beli kat kafe hospital pun.
Tapi, kuah dia rasa tak kick sangat.
Nasi Linda minta separuh je, itu pun mengah nak habiskan.
Sambil-sambil tunggu nasi kandar hadam.
Linda sambung la memintal kejap.
Kena cukupkan 10k juga ni, tergugat dengan ahli group.
Ramai pula yang dapat bintang hari ni.
Dari 17 ahli group.
7 dapat bintang.
Tapi, kitaorang ok je.
Santai² je, bukan nak kejar bintang sangat.
Tapi, sentiasa update.
Kalau tengok steps tu dalam 7,8 ribu.
Memang bagi semangat, suruh cukupkan.
P balik, p balik dapur pun takpelah.
Janji cukup. Hahaha.
Mula tubuh group hari Isnin lepas, dah terkumpul 14 bintang.
Terbaik lah semua.
Ranking pula, separuh juga la dari total group keseluruhan.
Kalau tak silap, total group dalam 3700 something. So ok la kan ranking group kitorang 1856.
Saja je enjoy².
Have fun la, takmo stress².
Till then, see ya.





RM70? Tak faham pula harga apa yer
ReplyDeleteHahaha..otak fikir 10..CMNE jadi 70 tak tau lah..selalu baca semula..malam tadi nak cepat tido..kikiki..
DeleteDah betulkan
hah RM70 typo ke memang rege tu? macam tak logik pulak mahai betul tu lauk ayam dan bendi je.
ReplyDeleteHahaha..silap²...RM10 aje...terus teringat kari kepala ikan kak ezna yang seratus lebih tu
DeleteEnjoy the process, nanti stress pulak nak kejar bintang tu :D
ReplyDeletekalau RM70 sy letak balik. Hahaha
ReplyDeletekalo rege rm 70 terkejut tu haha...
ReplyDeleteSayang pulak kuah nasi kandar tu tak kick. Rajin Linda sambil tunggu makanan hadam sambil buat tempahan bunga telur. Eh, patutnya sambil tunggu nasi hadam sambil brisk walk baru cepat sikit hadam 😅
ReplyDelete