Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label bookdoc. Show all posts
Showing posts with label bookdoc. Show all posts

Thursday, May 14, 2026

.: PUASA DAN BINTANG :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga menyelesaikan puasa sunat Khamis.
Puasa ganti, alhamdulillah dah selesai juga.
Jadi ,tengah belajar untuk istiqamah puasa sunat pula.

Dok blog walking tadi, nampak blog Syu punya entry pasal nasi kandar.
Terus lah dok terbayang, berbuka nasi kandar sedap juga.

Jadi, dalam 6 petang tu, start motor, ke kedai mamak la kita.

Pilihan lauk yang ada.

Tapi, Linda ambil ayam goreng dengan bendi je, tapi Linda suruh double jumlah nya.
Bila Linda kira bendi tu ada 9 biji semuanya.
Total RM70 eh RM10 😆😆 untuk yang Linda ambil.
Ok lah ,sama je harga kalau beli kat kafe hospital pun.
Tapi, kuah dia rasa tak kick sangat.
Nasi Linda minta separuh je, itu pun mengah nak habiskan.

Sambil-sambil tunggu nasi kandar hadam.
Linda sambung la memintal kejap.
Kena cukupkan 10k juga ni, tergugat dengan ahli group.
Ramai pula yang dapat bintang hari ni.

Dari 17 ahli group.
7 dapat bintang.
Tapi, kitaorang ok je.
Santai² je, bukan nak kejar bintang sangat.
Tapi, sentiasa update.
Kalau tengok steps tu dalam 7,8 ribu.
Memang bagi semangat, suruh cukupkan.
P balik, p balik dapur pun takpelah.
Janji cukup. Hahaha.

Mula tubuh group hari Isnin lepas, dah terkumpul 14 bintang.
Terbaik lah semua.
Ranking pula, separuh juga la dari total group keseluruhan.
Kalau tak silap, total group dalam 3700 something. So ok la kan ranking group kitorang 1856.

Saja je enjoy².
Have fun la, takmo stress².

Till then, see ya.

Tuesday, May 12, 2026

.: CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, cuaca dekat Selayang cerah..tak hujan.
Jadi, cepat² lah ambil peluang untuk briswalk keliling hospital.

Balik kerja. Solat Asar dulu.
Terus tukar baju.
Alhamdulillah, cuaca mengizinkan.

Sempat la 2 round, sekali.
Awan gelap dah datang.
Lajukan langkah, sebab nak ke laluan berbumbung untuk pejalan kaki.
Sempat lah kena rintik² hujan.

Alhamdulillah, dapat capai 10k.
Malamnya, kaki tak rasa weyh..hahaha..
Macam mana la orang yang berjalan sampai 30k steps sehari tu.

Semenjak download bookdoc, jadi gigih pula nak berjalan.
Sambil Linda pun dah join juga 2 cabaran solo.

Kisah nya, terjebak juga la dengan cabaran kKM yang tengah viral ni.

Paginya, berkisahkan nak buat team.
JKNS dah keluarkan list, hosp Selayang ada 9.8% je yang join cabaran tu.
KPI pengarah suruh 20%.
Bos pun dah up dalam group admin, so paksa rela lah join.
Kalau tiba² diwajibkan nanti, udah ada group. Hihi.

Ni lah yang viral tu.
Sampai dekat FB pun keluar, katanya jangan pelik la kalau tengok staff hospital ni, dok kerja berjalan je.. hahaha..

Nanti kita share progress ya.
Semoga salah satu cara la untuk hidup gaya sihat dan turun berat badan.
Mudah mudahan, aamin.

Till then, see ya.