Assalamualaikum.
Ziarah raya masih diteruskan pada raya keempat, Selasa-24.03.2026.
Sebabkan update status dan komen² panas dekat FB Che ja.
Maka, terjadilah reunion kecil kecilan(dragon 18batch ex-Semestian) mana yang ada di area Taiping.
IncikSuami pun on je, jadi ada rezeki la Linda join geng² ni p beraya.
Sebabnya petang semalam, lepas makan kenduri dekat SINI, kitaorang terus beraya sekali ke rumah Pak Jang dan Mak Ngah.
Kira setel la raya belah incikSuami yang dekat2, yang lain2 hari lain pula.
Linda cuti seminggu, chill2 je lah..hihihi
Sempat la Linda follow beraya ke 2 buah rumah.
Rumah terakhir diorang beraya, tak dapat nak follow, sebab ada hal lain pula.
rumah pertama - ke Batu Kurau, yang linda tunjuk dengan anak panah tu tuan rumah.
Saiza @ che ja.
Gara2 posting panas che ja, berkumpul kami.
Kalau ikut, ramai je kawan sek men dulu dekat area kampung incikSuami.
Cuma, tak berkesempatan je nak beraya.
Ya lah, kita pun kalut nak raya dengan family kita.
Diorang pun nak beraya dengan family diorang.
Makan-makan, gosip-gosip, bergambar bagai.
Meh la teruskan perjalanan.

Rumah kedua - Noormy @ Mon
Alahai, kalau ikut rumah mon pun linda pernah lalu masa nak ke Ban Pecah.
Itulah cakap, ramai je kengkawan dekat area kampung incikSuami ni.
Contoh macam dekat kampung IncikSuami, di Titi Serong tu.
Pun ada je 2, 3 orang yang duduk sekitar tu.
Tapi tulah, tak pernah la beraya ke rumah diorang.hihihi
Tahun ni rezeki linda dapat join diorang beraya.
Semua ni, memang bertegur sapa dalam med sos je.
Memang lama gila tak jumpa, last jumpa pun belas2 tahun dulu.
Waktu zaman bujangans lagi.
Sekarang, semua orang dah ada handbag 3,4 orang. Hihihi.
Seterusnya diorang semua ke Parit Buntar, rumah Fitrah Rabbani @ Raban.
Yang tu, linda tak follow, sebab ada urusan nak kena buat.
Kalau follow ke sana, tak sempat nak kejarkan hal linda.
Tahun ni punya cuti raya, memang santai2 betul.
Tak terkejar2.
Tahun depan, masih diselubingi misteri. Hihihi
Till then, see ya.

raya sakan sgt!! best dpt jumpa kwn2
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki
DeleteEk patut kalau santai dapat pergi ke Parit Buntar. Hehe yalah ikut keutamaan mana dahulu.
ReplyDeleteItulah tu, tapi nak ikut anak bujang punya rancangan..kena pos dia balik kampung Linda semula..ada baraan dengan kawan² katanya..nasib baik makciknya rajin nk ambik dekat tengah²..so, jumpa dekat Tronoh je lah..rumah Linda
DeleteYang penting sempat gosip2 tu... heheheh
ReplyDeleteYang tu acara utama.. hahaha
Deletetime raya selalu camtu kan. nak raya dengan family, nak raya dengan kawan2. kena bahagi2 juga la kan.
ReplyDeleteBetul tu..lagi pula, kita sama² balik kampung..lain la kalau kita menetap dekat situ
Deletewah best, meriah tu
ReplyDeleteAlhamdulillah..memang meriah
DeleteRaya kali ni best sbb cuti panjang, memang santai².
ReplyDeleteSeronok dapat ziarah kawan² lama, selain kaum keluarga
Itulah..tenang je..tak terkejar nak pergi raya...esok nya ada lagi
DeleteSeronok dpt gi beraya. Sy x pegi beraya mana2 lg sejak blk KL ni =D
ReplyDeleteAda la hari Sabtu lepas, orang ada open house ..alhamdulillah
DeleteAlhamdulilah boleh saling berkunjungan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki beraya tahun ni
DeleteSeronok beraya rumah kawan2. Best nya masih lagi berhubung dgn kawan2 sekolah 👍🏻
ReplyDeleteSelalu memang roger² dekat medsos je lah...
DeleteBestnya dia dpt beraya dgn ex schoolmate.. sy tahun ni beraya umah famili je.. kwn² mana yg ke rumah kita balas balik, mana yg x ke rumah kita nk pegi diorang pulak xde kat rumah
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki... Ada yang memang Dr lepas SPM tak pernah jumpa dah..20 tahun dah
Deletejumpa kawan- kawan ni seronok kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..lebih belas² tahun tak jumpa
DeleteBest tu dapat beraya rumah kengkawan lagi-lagi lama tak bertemu muka. Bila berdepan-depan tu lain rasanya berbanding jumpa di medsos.
ReplyDeleteItulah yang sampai berjam² menyembang..sehari dapat 3 rumah je.. hahaha
Deletebest. pakai outfit cantek. makan. jumpa teman. ngobrol.
ReplyDeletehari raya memang fun.
alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk meraikan hari raya
DeleteSaudara belah suami ada duduk Batu Kurau tapi tak sempat beraya baru ni.
ReplyDeleteInsyaAllah..ada kesempatan di lain kali...
Deletenak buat gathering mmg tak boleh buat time raya, terkejar2 semua. kena set date jumpa je kat memana
ReplyDelete