Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, April 9, 2026

.: PART 5 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

sambung lagi beraya, Syawal ke 5, 25.03.2026-Rabu.
manfaatkan sungguh cuti raya kali ni.
selalunya, raya ke5 tu dah ada dekat Melaka semula. dulu la kisahnya.. hahaha

syawal 1447
adik ipar dah habis cuti.
nak balik Penang dah.
dia naik motor je, tapi rumah dia tak masuk pulau.
naik motor dalam sejam je.
jauh lagi la linda naik motor dari Selayang ke Sungai Samak.

lepas adik ipar gerak, kami pun gerak balaik kampung.
Titi Serong, Perak. rumah pusaka yang sekarang adik MIL duduk, Paktam.
tapi, awal raya hari tu.
paktam beraya dengan keluarga maktam.
lepas tu diorang pergi family day pula.
tu yang lambat sikit kami sampai.
alang-alang masih cuti, sampaikan la juga.

lepas tu, kami ikut jalan lama.
terus ke Penang, rumah MakTeh.
dah lama rasanya tak beraya rumah MakTeh.
sebab takde masa dan dah jumpa dekat taiping je selalunya.

Jambatan Besi Nibong Tebal
lalu Jambatan Besi Nibong Tebal ni

Jambatan Besi Nibong Tebal (atau Nibong Tebal Iron Bridge) merupakan sebuah jambatan gerbang keluli yang ikonik dan menjadi mercu tanda penting bagi bandar Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Berikut adalah butiran utama mengenai jambatan ini:
  • Fungsi & Lokasi: Ia berfungsi sebagai jambatan jalan raya bagi Laluan Persekutuan 1 (Federal Route 1) yang merentasi landasan kereta api. Jambatan ini terletak sangat hampir dengan Stesen Keretapi Nibong Tebal, iaitu hanya kira-kira 150 meter sahaja.
  • Reka Bentuk: Jambatan ini dikenali kerana struktur gerbang keluli (steel arch) yang memberikan nilai estetika unik berbanding jambatan konvensional yang lain di lebuh raya tersebut.
  • Kepentingan Tempatan: Bagi penduduk setempat dan pengembara, jambatan ini sering dianggap sebagai pintu masuk utama atau penanda aras bahawa seseorang itu telah sampai ke kawasan Nibong Tebal. Ia juga menjadi lokasi popular untuk fotografi kerana reka bentuknya yang bersejarah dan gah.
  • Pembangunan: Kerajaan telah melaksanakan projek menaik taraf jambatan dan jejambat di kawasan Nibong Tebal yang dilaporkan dijadualkan siap sepenuhnya sekitar Februari 2025 bagi melancarkan aliran trafik di laluan utama tersebut

Maya Syafiqah
ada la gambar kak M dekat rumah MakTeh ni.
rumah MakTeh ni rumah lama, yang bawah dia hall dan dapur.
atas memang semata-mata bilik tidur je 2 bilik.
dulu, MakTeh cakap harga 40ribu je
sekarang ni boleh cecah 300k katanya.

menangis weyh, rumah kat penang mahal-mahal.
macam rate KL dah.

kalau kat rumah MakTeh, memang tak boleh la kalau tak makan nasi.
MakTeh memang akan suruh tunggu sampai sudah makan nasi.
tapi, gulai MakTeh memang sedap.

selagi tak habis raya, linda nak buat entry Syawal.
macam entri berbuka puasa tu kan. hihihi
jadi, takde lah pening nak letak tajuk apa.
sebab ada lagi kisah Syawal ni.

till then, see ya.


No comments:

Post a Comment