lovvu Dobbu

Friday, January 2, 2026

.: RISE@KL - RECYCLE CENTER :.

Assalamualaikum.

sebenarnya semalam dah mengangkut barang2 nak recycle ni ke Rise@KL tu.
pengaruh blogger PH la. 😊😊
lepas tu, tak jauh pun dari rumah dan kebanyakan item di terima di Rise@KL tu.
so, tak perlu la nak asing2 kan tempat.

recycle @ rise KL
nie la yang kitaorang dah kumpul-kumpul sepanjang dok mengemas ni.
itu pun tak siap kemas lagi.

recycle @ rise KL
lipat seat belakang, muat la letak barang-barang ni.
sebenanrnya nak buang TV gemok dengan printer.
letak dekat tempat sampah bawah pun, bertahun kang nak kutip.
jadi, baik la jual je sekali dengan barang-barang lain.
at least, sedap la juga hati ni, sebab memang kita tahu dah buang ke tempat yang betul.

tapi, semalam, saja jalan nak tengok tempat.
sebab Public Holiday, urusniaga pun cuti.
ada pekerja yang buat-buat kerja je.

jadi, siang tadi.
incikSuami pergi la repeat semula.

recycle @ rise KL
nie la hasilnya.
57.5 kg barang buangan.
RM22.80 hasil duitnya.
Alhamdulillah, terus masuk TnG. takde cash dekat sini.
lepas tu, kena download app juga.
senang macam ni, boleh track berapa banyak kali kita recycle.

recycle @ rise KL
nie details harga yang diambil.
paling mahal minyak terpakai lah sekilo RM3.
printer dia amik 50sen.. hihihi
TV tu dia kira RM4, ok lah tu.

recycle @ rise KL
haa, ni linda share antara item yang boleh dihantar ke Rise@KL tu.
 rupanya Rise KL nie bawah Malakoff juga..
macam Alam Flora tu.
patut lah PH tahu, kan suami dia kerja sana.

kena konsisten kumpul2 barang recycle ni.
baru la tak semak rumah.

till then, see ya.

p/s - TV gemok tu dah tamat riwayat nya, gambar dah berbelang2..tu yang letgo.. kalau tak, mau simpan lagi.. hihihi.. ada cerita pasal TV gemok dekat SINI

18 comments:

  1. Mudah ada tempat recycle macam ni. Kat Lipis ni takde. Cie ni ada juga 3 hp & 1 tab nak jual ewaste tengok list hari tu berapa sen je diambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ewaste memang murah je kalau jual, sebab memang barang tak boleh guna dah.tp tulah, ewaste juga la yang merbahaya kalau salah cara lupus

      Delete
  2. Di rumah akak ada orang kutip setiap Jumaat pagi. Senang sedikit tidak payah hantar tapi itulah percuma tak dapat duit.
    Bagus Rise KL terima semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga macam ni, at least takde lah risau.. Linda takde la rasa nk duit sangat pun, tapi takde orang yang datang kutip..kadang² tukang sampah tu masuk je sekali dalam lori sampah..rasa geram pulak, sebab kita dah usaha asingkan..

      Delete
  3. nanti MZ nak try antar jugaklah all the unwanted things here hahaha ada 1 printer yg dh rosak kat opis (my own printer), tak tau nak buang kat mana laaa....minyak masak dh ada dekat2 8 kilos rasanya yg MZ kumpul2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..jarang masak pun, banyak minyak yang terkumpul..ni mesti guna sekali goreng je..

      Delete
    2. ya jugakk laaa...biasanya MZ guna 2 kali jer utk goreng2, max 3 kali, sbb tak suka la tgk bila minyak tu mcm gelap kaler dia

      Delete
    3. Linda sebab asingkan.. minyak goreng ayam..asing..minyak buat goreng² biasa tu lain..tapi kalau goreng ikan, sekali je..terus buang

      Delete
  4. Tahniah Linda! Hihi ...
    Seronok ada tempat proper gini. Tidaklah terbiar je barang yg kita nak dispose tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. tapi tula..1st n last lah ni.. Kikiki.. betul tu, kita nak cuba menjaga alam sekitar..

      Delete
  5. Tak terfikir nak cari tempat macam ni, sebab biasanya, saya akan bagi jiran sebelah untuk dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang dikenali mengumpul, ok juga..kita sebab nak clear kawasan..tu yang mencari juga

      Delete
  6. Kalau di Melaka takde rasanya tempat gini. Ada kotak recycle baju je, e- waste tkde...
    Mudah ada tempat gini kan, senang hati nak membuangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cek dekat Majlis Bandaran...kalau kat silap akak, dekat Majlis Bandaran Jasin ada..mungkin MPHTJ pun ada juga...tapi tu lah, kalau majlis..hari bekerja je lah.

      Delete
  7. baguslah ada apps tu, boleh tengok berapa kali kita recycle barang.

    tak silap saya, kak SA pun kerja malakoff jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..senang sikit..
      A ah..kak SA pun kerja situ juga

      Delete
  8. Bagus juga kalau dijual yaaa. Jadi teringin nak jual barang2 yg tak terpakai juga nih. Terutama tv , printer, yg dah tak terpakai 🤣. Belum lagi charger yg dah menumpuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..senang sikit ada tempat yang khusus untuk membuang barang .takde la jadi bingung hendak buang di mana

      Delete