Assalamualaikum.
sebabkan memang dah plan nak pindah ke Perak.
dan barang dalam rumah kalau dikumpulkan, memang kena sewa lori juga.
jadi, dari hujung bulan 12 tu, memang linda dah mula cari-cari dan survey sana sini.
standard harga lori, macam sis Nieza cakap RM800 paling murah, lagi2 bila nak merentas negeri ni.
survey punya survey, nampak MINI MOVER
bila tanya details semua.
rupanya diorang ada buat Pooling trip ke Utara.
tarikh yang lebih kurang dengan yang linda nak.
so, bila pooling (ada barang orang lain yang sehala jalan), harga murah la sikit.
dan diorang memang akan kira ikut barang kita je.
macam linda, mula2 buat list barang, dapat harga RM540.
sekali bila dah kemas2 tu, dah terlebih anggaran kotak.
jadi linda pun hantar gambar lain dekat admin, dan dapat harga baru RM670.
still, masih murah bagi linda.
barang kita kemas sendiri, hari yang dijanjikan.
team Mini Mover akan datang untuk pick up barang, jangan risau.. harga sekali dengan labour dah
so tak perlu nak risau, ada charge untuk tenaga buruh pula.
Rabu, 07.01.2026 - sampai la lori untuk pick up barang.
haa.. bila dah loading dalam lori.
separuh lori juga ni.
gambar barang2 ada share dekat SINI
Sebabkan hari Rabu tu collect barang pun dah petang.
So, lori gerak ke Utara hari Khamis.
Tunggu punya tunggu.
Khamis, 08.01.2026 - lori pun sampai di Tronoh pukul 9 malam macam tu. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik.
Penuh rumah kecik Linda ni.
Dalam bilik kak M
Dekat dapur.
Dalam bilik belakang.
Ya Allah, barang² dari Melaka hari tu pun tak habis bongkar lagi..tambah lagi barang yang ni.
Udah udah la membeli, rumah dah makin comel ni. Hihi.
Tapi, Alhamdulillah, Linda sampai rumah Jumaat tengah malam tu, yang dekat dapur tu dah clear.
Tinggal dekat bilik belakang, yang tu lambat lagi agaknya.
Overall, puas hati dengan servis Mini Mover ni.. kalau ada yang nak try ke..boleh la.
Till then, see ya.







Tgk gambar pun dah penat... sy ni xtau lg lah mcm mana nnt
ReplyDeleteKak Mim nak pindah rumah yang baru tu juga ke nanti?
DeleteTahu perasaan jadi orang nomad, barangpun banyak kadang-kadang kena tinggal.
ReplyDeleteHarap Tronoh jadi rumah selama-lamanya.
InsyaAllah..setakat hari ni, memang perancangan sampai bila² di Tronoh
Deletebyk brg2 yg sedia ada ..yg baru bli...yg nk ngemas kn...bertabah la....smoga dipermudahkn segala urusan nk ngemas nanti
ReplyDeleteTakde la beli barang pun..tapi tulah, dari 2 rumah, dijadikan 1 rumah... Tu yang macam² ada
DeleteMujur mostly setel sebelum buka sekolah. Tu nanti husband Linda setelkan lah yang lain ya.
ReplyDeleteMemang kita pilih sebelum mula sekolah kak.. hii, yang dekat rumah nanti, husband lah yang tukang kemas..cuma, nanti kena tanya pula barang² dekat mana.. hahaha
Deletelinda sama mcm nieza laaa...kena pulun mengemas rumahhhh!!! selamat mengemas ya!
ReplyDeleteHihi..terima kasih MZ.. tapi, Linda kemas weekend je... Husband la yang banyak kemas nanti..
DeletePenatnya berpindah ni. Penat packing dah sekian, nak kena unpack pulak dah sekian. Selamat mengemas la Linda.
ReplyDeleteHusband kita la yang penat..dia yang banyak pack dan unpack.. hihihi
DeletePenat nak packing, then unpack pulak kan ... Pelan² la Linda ye
ReplyDeleteLinda balik²..semua dah unpack.. hahaha... Linda cuma susun² mana yang Linda nak susun semula je nanti..
Deletepenatnye packing pstu nak unpacking pulak ye.. tp dah rmh sendiri pasni xde dah pindah kan ehehe
ReplyDeleteBegitulah perancangan..memang takde nak pindah dah..
DeletePandai Linda cari servis movers ni. Baguslah sebab upah angkut dikira sekali.
ReplyDelete