lovvu Dobbu

Monday, January 19, 2026

.: LAST KEMAS RUMAH KUARTERS :.

Assalamualaikum

hujung mingu kita di Selayang je.
incikSuami dan anak-anak datang sini.
last la untuk menginap di rumah dan kemaskan lagi barang2 yang tertinggal.

setelah, dikemas, dibuang segala yang tak nak.

urusan pindah
penuh kete weyh.
memang function la babyRuz nie.. hihihi
seat belakang tu dilipat.

babyRuz in action
pandangan dari pintu bonet tu.
"sampan" atas bumbung tu pun penuh.

tapi, ada lagi ya harta yang ditinggalkan dalam bilik asrama.
satu trip lagi, selesai la tu agaknya.

Mukhlis Syahir
dedek suruh ambil gambar dia juga.
baby tua ibu.

sebelum balik, makan dulu dekat Selayang Mall.
linda naik motor je.
incikSuami dengan anak-anak, lepas makan terus balik Tronoh.

family
parking dekat luar je senang.

mixue Selayang Mall
sebelum makan, ibu belanja Mixue dulu.
sebab dah tolong ibu ngan ayah kemas2 rumah.

kita jumpa lagi cuti Thaipusam nanti ye.
tiket ETS dah habis, makanya naik bas dekat TBS jelah kita nanti..
minggu ni nak balik kampung tengok abang Mu'az jap.

till then, see ya.

20 comments:

  1. Uish, awalnya tiket ETS dh sold out, bila la agaknya diorang dh beli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket raya Cina pun dah habis kak Mim.. tiket raya puasa, Linda beli siap² dah..hahaha..

      Delete
  2. Untung juga ada sampan atas bumbung, boleh tambah muatan 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul² guna..hihi..baru berbaloi beli sampan tu.. 🤭🤭

      Delete
  3. Banyak juga barang tu, ada lagi ye, belum angkut. Tengok minuman bubble Mixue, teringin la pula. 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat kecik² tu la..siap kemas..ada lagi.. ada lagi..pening kepala betul.. hahaha.. manis kak..Linda try beli lemonade tu je..sedap..

      Delete
  4. Banyak betul barang tu. Awainya tiket habis. Ramai jugak orang guna pengangkutan awam macam student & orang yang pjj kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Train sebab limited seat..memang cepat habis lah..tiket bas ada lagi.. hahaha..itulah tu, barang kecik² lah tu..dah kemas, ada lagi..ada lagi .

      Delete
  5. Wahhh seronok anak2 dapat Mixue pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki anak² kak..Linda pun jarang beli mixue tu

      Delete
  6. Hah! Ambik kau! Terus tak nampak view belakang kereta! hehehe

    ReplyDelete
  7. Cuya tak pernah try air mixue, pernah beli aiskrim jer.
    Sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap je..hihi.. kak Linda pun baru 1st try lemonade tu..rm3 je..murah

      Delete
  8. function sungguh baby ruz! terbaek laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. terasa nak beli hilux, boleh buat sewa orang nak pindah2 barang.. kikiki

      Delete
  9. Replies
    1. tapi tak luas sangat...sebab kerusi belakang tu lipat ke depan je.. kalau macam expander tu, dia terus masuk, jadi rata je terus.. alza pun, lipat ke tepi kalau tak silap.. tapi Alhamdulillah, macam2 dah kita angkut guna babyRuz tu...sama macam babyXia dulu..walaupun kecik, kabinet dapur pun muat masuk dalam tu.. hihihi

      Delete
  10. Lamanya baru dapat jumpa anak2 balik. Bertabah la ibu... Takpe skrg dah ada video call boleh call kalau rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada 2 tempat kena balik.. abang muaz sek dekat area kampung..jadi jumaat ni nak balik kampung lah..tu yang minggu depan baru balk Tronoh

      Delete