Assalamualaikum.
Petang semalam abang Mu'az balik dari sekolah, terus dia laung ibu..
Ingatkan kenapa.
Rupanya, dah sampai masa rambut dia kena potong dengan cikgu kat sekolah.
Hahaha, padan muka.
Linda dah beritahu banyak kali suruh potong, dia cakap takpe..boleh lagi nie bu.
Baru lah nampak dahi. Hahaha.
Terus malam tu abang Mu'az ajak Linda pergi potong rambut.
Sebelum, tebal rambut anak bujang nie.
Selepas.
Puas hati ibu tengok pendek gitu.
Boleh ambil gambar macam nie je.
Takmo layan ibu. Hahaha.
Terus abang Mu'az cakap "ibu, nie macam rambut budak darjah 1".
Ibu jawab lah "betul lah, darjah 1, tingkatan 1, elok lah tu".
Terus linda teringat ada 1 gambar abang Mu'az masa darjah 1.
Sama muka dengan sekarang nie,setelah rambut pendek.
Jumpa juga dekat FB.
Haha, macam nie lah lebih kurang rambut di sekarang.
Puas hati Linda. Hahaha..
Till then, see ya.
tu la...kan dah kena tetas ngan cikgu....
ReplyDeleteIbu dia berharap bio kena tetas dengan cikgu...geram Noo.. hahaha
Deleteahahaaa, sama mcm Adli. selagi tak kena tegur, lek-lek luuu...
ReplyDeletetapi dia masuk kedai sendiri, request nak pattern apa, bila keluar serupa mcm tak potong rambut. bila balik sekolah jln dgn kawan-kawan, laaah! semua se pattern. adeih!
Iye Cha...sama lah tu
Delete.bapaknya bebel kat telinga kita..yang kita nie,tak tau nak cakap apa...
Tak pasal gaduh laki bini pasal anak.. hahaha..
Nak jugak cikgu potongkan ye hehe... Encem je AM no worries la :3
ReplyDeletenak merasa...
DeleteAhad haritu pun ammi bertekak manja dengan Khilfi. Dia taknak potong rambut dia kata rambut dia ok lagi tak panjang. Ammi geramlah, ammi cakap "awak anak ammi, awak dengar cakap ammi. Jangan nak buat undang-undang sendiri".
ReplyDeletebagus Ammi tegas gitu, linda nie tak tau lah...kalau anak2 tak elok tu, memang salah linda lah..
Deletemmg bye2 la jwbnya kena potong rambut ngan cikgu
ReplyDeleteIbu gelakkan je lah
DeleteItulah tu, boleh lagi bu. Sekali cikgu potong lagu tu terus. Nampak kemas dah potong macam budak darjah 1.
ReplyDeleteLepas tu dia ngadu, cikgu potong tak sama rata..hahaha..
DeleteSemalam ayah dia cakap,p sekolah pakai songkok..
Nak jugak cikgu rasmi guntingkan rambut ye. Kena jugak pi kedai gunting hah.
ReplyDeleteitulah...ibu pun tak faham.
DeleteAduhai..last2 cikgu yg tlg potongkn dulu =)
ReplyDeletetak tahu la anak bujang sorang tu..yang bapak nya bebel2 dekat ibu.. hahaha
DeleteEnsem le muaz.
ReplyDeleteTapi dia p sekolah pakai facemask...hihihi
Deletememang sengaja cikgu potong senget-benget.. suruh potong sendiri taknak.. rasain lo.. hahahaa..
ReplyDeleteAdan uke dia...hahaha
DeleteKenangan nanti rambut cikgu potong.
ReplyDeleteNanti boleh la cerita dekat anak sendiri pula...kot perangai anak ngikut bapak nya ke..hahaha
Deleteomel.... heheheh
ReplyDeleteMasa darjah 1, memang comel .dah tingkatan 1 nie,ibu fikir banyak kali..hahaha
Deletemy boys memang kerap la request potong rambut, biasanya sebulan sekali laaaa dua beradik ni gi barber
ReplyDeleteya, sama je nie MZ, memang sebulan sekali p gunting rambut, tapi tu lah, dia trim kot tepi je..yang tengah2 makan tebal dan panjang lah...
DeleteYe lah kalau boys nak kena potong rambutnya....kalau panjang cikgu pulak gunting tapi dia gunting straight je la....
ReplyDeleteIye kak ezna..potong juga rambut..tapi trim kot tepi je..depan tengah panjang..baru lepas solat zohor, nampak lah panjang nya..terus kena gunting lah...hahaha
DeleteSmart dah rambut dia kan..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteHaaaa... elok cikgu buat gitu.. cakap ibu tak nak dengo.. akak pun setuju kalau cikgu buat camtu.. bulan lepas anak buah pun kena cantas kat sekolah.. balik rumah kena gi barber... baru rupa budak sekolah. Biasanya budak² sekolah menengah yang kena... depa kan ala² rambut retis.
ReplyDeleteIya..bab² kat sekolah tu, Linda ok je kalau cikgu nak tegur²..jangan sampai memudaratkan sudah..
DeleteItulah, bapak dia asyik lah bising, tapi dah kawan² semua macam tu jugak..nak buat mcm mana.
bila cikgu tukar menjadi tukang gunting rambut, anak murid kena redha laa tadah kepala ..lagi-lagi rambut yang panjang dah cecah telinga ..cecah kolar baju
ReplyDeleteNie rambut panjg dekat dahi tu..sampai kening dah
DeleteSama saja sekolah di sana dan di sini yaa, rambut harus pendek 😄😄. Dulu zaman saya sekolah, kalo rambut murid lelaki dah kena Krah baju, siap2 dicukur oleh guru. Kalo yg wanita, kuku 😅. Saya pula zaman high school suka memanjangkan kuku , lalu dipoles supaya berkilat. 🤣. Jadi paliiing sering kena oleh guru 😅
ReplyDeleteNamanya masih bersekolah, harus lah rambut pendek dan rapi..hihi..
DeleteKalau kak Linda pula, tak suka kuku panjang..lagi pula, di sini kan memang makan nya guna tangan, jadi tak selesa kalau kuku panjang.