lovvu Dobbu

Sunday, July 20, 2025

.: DISCAJ DARIPADA WAD :.

Assalamualaikum 

18Julai2025,Jumaat - result CT scan kedua, MO surgical review, dah free from blood clot..so,lega dah kat situ.

Tunggu siang sikit, doktor Neurosurgeri nak mai untuk review, dekat hosp Selayang takde doktor Neurosurgeri, memang kepakaran dekat Hosp Sg Buloh.

Dalam pukul 10 pagi, doktor Neurosurgeri pun sampai. Kebetulan Linda ada dekat wad, saje lah tunggu doktor pun,sebab incikSuami cakap dalam pukul 10 doktor nak mai.

Doktor tengok abang Mueez "haa,dah sihat nie,dah boleh tengok telefon, takde apa lah doktor nak cakap"

Alhamdulillah, benda yang sama juga, blood clot dah takde.
Anak takde muntah², takde pening kepala, should be semua ok lah.
Cuma, effect tu mungkin ada, sebab otak dah pernah bergegar.boleh jadi asbab untuk jadi apa² yang lain.
Tapi, InsyaAllah, takde apa² yang berlaku.
So, boleh discaj lah..

Selesai discaj, kena pergi klinik mata dulu, ambil harddisk untuk CT scan ( perlu refer ke klinik Neurosurgeri juga di Hosp Sg Buloh)

Cek ketepatan mata dulu 

Jumpa doktor Siti, doktor yang sama masa cek mata dekat wad.
Doktor letak ubat untuk dilate kan mata.
Tujuan - nak besarkan anak mata, nak cek laluan mata, nak pastikan tiada pendarahan dekat laluan mata tu.

Sebab mata ada kesan terhantuk juga dekat area mata sebelah kiri.

Doktor Siti cek guna teropong mata.
Alhamdulillah, laluan mata kiri dan kanan clear.
Kesan letak ubat tu, penglihatan akan kabur dalam masa 5,6 jam.
Kita tak puas nengok Ler .

Ambil appointment lagi 3 minggu, untuk cek semula keadaan mata.
Kalau masa tu,takde apa² masalah, dah boleh discaj klinik mata.

Jadi, almost 4pm juga lah selesai itu ini, incikSuami dengan abang Mueez terus balik rumah.
Abang Mueez dapat cuti dari doktor sampai hari Rabu,23Julai2025.
Linda memang dah minta keluar pejabat petang, sebab nk ke sek abang Mu'az, ada perjumpaan ibu bapa sekali tengok result periksa.
Waduh, debor ibu nie.

Till then, see ya.

38 comments:

  1. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Semoga yang baik2 jela & dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...terima kasih Cie..harap² begitulah..NIE tengok budaknya, ok sihat je

      Delete
  3. jauh juga refer dari selayang ke sg buloh.. semoga anakanda mueez sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...haa, memang neurosurgeri yang dekat ada dekat Sg Buloh je, terpaksa lah ke sana...takde lah jauh sangat pun, cuma jem je lah ...

      Delete
  4. Yang penting patuh nasihat doktor....

    ReplyDelete
  5. Hello Linda, (I am another Linda from Montreal, Canada). I agree with Uncle's comment, it is important to follow the doctor's advice. You have a very nice blog and I love the background you have chosen with the flowers. Warm greetings to you. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Linda..we got international name..
      will follow the doktor's advice, thank you for coming ya... really appreciate it...

      Delete
  6. Alhamdulillah...semoga cepat cepat baik

    ReplyDelete
  7. berdebar2 ibunya kann., hehe
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berdebar..dah jadi parents, baru tahu perasaan mak bapak kita dulu..

      Delete
  8. Alhamdulillah, dah discaj, mata pun kena side effect jugak masa self-eksiden hari tu rupanya... semoga dilindungi selalu ye Mueez

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...itu lah, mata dia memang bengkak dan lebam, hari 1st tu, dlaam mata dia nampak merah juga...risau lah ibu

      Delete
  9. Alhamdulillah..Hrp2 semua akan back to normal...Sy berdebar baca bila kena pegi byk bhgn utk check mcm2...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..moga² result app nanti semua yang baik² je..risau bila melibatkan kepala nie

      Delete
  10. Alhamdulillah dah discharged. Take care Mueez

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...semoga Mueez sentiasa sihat...dijauhkan sebarang kecelakaan...

    ReplyDelete
  12. moga kesihatan Muez tiasa afiat sejahtera

    ReplyDelete
  13. Moga anakanda mueez cepat sembuh....

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh ABang Mueez..alhamdulillah result bagus...semoga dijauhkan dari sebarang kesulitan...

    ReplyDelete
  15. Moga dipermudah ya Linda....semua baik2 ajer.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Semoga Abang Mueez sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...terima kasih atas doanya kak Nur

      Delete
  17. Alhamdulillah. Semoga sembuh sepenuhnya dan takde benda2 serius. Ada kena mc sekolah tak?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah kondisi Abang Mueez sudah baik dan sudah boleh pulang ke rumah.
    Lekas sembuh ya Abang Mueez...

    Salam,

    ReplyDelete
  19. Lepas ni hold dulu sekejap lah naik basikal ya abg Mueez.. harapnya takde trauma dan cepat sembuh.

    ReplyDelete