Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, February 18, 2025

.: PROTES WEYH :.

Asslamualaikum..

ingat tak kes yang kena sumpah jadi katak tu??
hari nie suspek protes weyh

dia tauk je makanan kucing tu atas lantai.

fuhhh.
pagi-pagi dah bikin darah naik sampai kepala.
tak tahu siapa pelakunya.
tahu pulak dia letak makanan time orang takde, takot lah tu.

mana lagi nak tampal notis nie.
linda bukannya tak suka kucing, ataupun kejam sangat sampai tak boleh bagi makan kucing.
linda tahu, kucing tu haiwan kegemaran Rasulullah SAW.
tapi, kalau sampai datangkan mudarat pada orang lain, kan salah juga tu.

mudarat nya - berbau hancing depan tu selalu, yang kena bersihkan, cleaner juga.
bersemut kadang-kadang depan tu.
depan pintu masuk utama Asrama Jururawat, yang dikata tak buat kerja cleaner juga, yang kata tak pantau cleaner, Linda juga.

si pelaku tu, ada ke mendatangkan mudarat pada dia???
takde kan??
ehhh, linda dah up dekat status wasap.
moga-moga si pelaku tu ada dalam contact list, dan boleh hadamkan sendiri.

till then, see ya.

 

Monday, February 17, 2025

.: GIVEAWAY KERAJAAN KELAPA :.

Assalamualaikum.

memandangkan "Permaisuri Cuya" sendiri yang mencemar duli menjemput menyertai giveaway kerajaan kelapa.
maka, sebagai rakyat, kita harus patuh


simple je syarat penyertaan.
menaip sambil pejam mata sebelah pun boleh siap.

semoga ada rezeki menang giveaway "Permaisuri Cuya"

till then, see ya.

.: DAY 47/365 :.

Assalamualaikum 

Selamat kembali ke sekolah wahai anak-anak.

setiap langkah mu diiringi dengan doa ibu dan ayah, semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, diterangkan hati dalam menimba ilmu pengetahuan.
jaga diri, jaga hati, jaga perangai, berbaik dengan orang lain, beradab dengan guru-guru, orang lain dan rakan-rakan.
mudah mudahan dipermudahkan segala urusan anak-anak ibu dan ayah, aamin

ini je gambar yang ada pada hari pertama persekolahan sesi 2025

abang Mueez tak nak layan ibu, dia kalut kata baju dia beso..
ehhh, pagi2 saja nak kasi ibu marah.. hahaha

abang Muáz sekolah sesi petang.
malam tadi dia belajar ikat tie dekat TT.
pandai-pandai lah ye.

dedek dah masuk darjah 1..
dah besar dah beby tua ibu.

till then, see ya.

 

Sunday, February 16, 2025

.: PROJECT QUILLING :.

Assalamualaikum. 

Semalam, balik Melaka. 
Insya-Allah, last lah nie. 

Selagi tak habis kemas kan, ada je jumpa macam-macam. 
Salah satu nya, macam kat bawah nie. 

Project quilling

Yang nie linda letakkan je atas tablet tu. 
Susun sebab nak amik gambar. 
Rajen betul dulu dulu menggentel kertas gitu. 
Pernah share cerita buat project quilling dekat SINI 
Tapi, bila dapat hasilnya, puas hati. 
Sekarang, tok dang nak buat dah.. 
Tunggu lah nanti, kalau rajen. 

Till then, see ya. 

.: PASANG AWNING RUMAH :.

Assalamualaikum

Cerita masa cuti Thaipusam hari tu, 11.02.2025.
Balik kampung semalamnya lepas habis kerja, sebab hari cuti tu ada urusan sikit dekat rumah Tronoh.
Sekali dengan nak bawak balik abang Mu'az , abang Mueez lah.
Nak sekolah dah nie.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk beli kek birthday mak yang dah lepas tu.

Wefie dengan mana yang ada je lah.
Saja lah beli kek, buat makan-makan.
Tapi, linda tak dan makan, nak terus keluar.

Anak 4 bagi can ibu ayah detink sat.
Semua tak nak ikot katanya.
Nak stay rumah embah.

OTW tu, ada "kebakaran" berlaku.
Eh, bukan kebakaran betul pun, cuma pesawah membakar petak sawah yang dah dituai.
Area felcra Seberang Perak nie.

Ke mana linda?
Balik Tronoh sat.

Elok kami sampai.
Geng-geng nie pun sampai.
Panas berdenting weyh.

Nie lah urusan nya.
Pemasangan awning dekat depan rumah.

Sejam lebih jugak nak siap nie.
Dari pukul 3.15 petang hingga hampir 5 petang.
incikSuami beritahu, dia order jenis "Pergola Metal deck"
Linda bayangkan atap dia yang macam zaman sekarang nie la, yang macam jenis lutsinar tu.
Tapi, ehhh, kenapa macam zink biasa je?
Paneh lahh macam nie.

Tapi bila google.

Awning Metaldeck Tahan Lasak

Awning Metaldeck dan awning pergola metal deck adalah pilihan pelindung yang popular untuk ruang luar, memberikan perlindungan daripada cuaca dan menambah estetika kepada rumah atau bangunan komersial. Awning ini diperbuat daripada bahan metal yang kuat dan tahan lama, memastikan ia mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Awning Metaldeck memberikan perlindungan yang lebih kukuh berbanding awning tradisional, dan ia juga direka untuk memberikan sentuhan moden yang menarik pada rekaan luar.

Manfaat utama menggunakan awning metal deck adalah keupayaannya untuk mengurangkan suhu di bawahnya, menjadikannya lebih selesa untuk aktiviti luar. Dengan struktur yang tahan lasak, awning ini memerlukan penyelenggaraan yang minimum dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Awning pergola metal deck juga menawarkan ruang untuk tanaman merambat, menjadikan ruang luar lebih hijau dan menarik. Kedua-dua jenis awning ini memberikan penyelesaian yang praktikal dan estetik, meningkatkan nilai keseluruhan bangunan sambil memberikan perlindungan maksimum kepada penghuni dan pengunjung.

Alhamdulillah, hasilnya beginilah.
Setelah 10tahun, baru ada awning ye kamu..hihihi
Total awning RM2500.00

Lepas pasang awning, terasa gelap pulak dalam rumah.
Sebelum tu, cerah je rasenya. Hihihi
Lepas tu, ada kerjaan lagi dekat rumah tu.
Lepas isyak baru kitaorang gerak balik kampung.
Kerjaan tu, nanti next entry ya.

Till then, see ya.

Saturday, February 15, 2025

.: SEMALAM DAN HARI INI :.

Assalamualaikum 

Semalam, 14.02.2025 - Taklimat ibu bapa dan ujian diagnostik untuk Tingkatan 1 dan murid peralihan. 

13 tahun lepas, saat nie abang Mu'az dalam kandungan lagi. 
Baru 2 bulan. 
Sekarang dah masuk alam remaja. 
Semoga yang baik2 je mengiringi setiap langkahmu wahai Mu'az Syafiq. Aamin2x. 

Dasyat kulit buku sekolah Mu'az. 
Semua buku tulis dia, design kulit buku macam nie. 
Memang kena print nama, selotep je. 
Kalau tulis, comot nanti. 

Dok belek belek buku teks, nak tepek nama dan cek balik balutannya. 
Apekehey nya buku nan satu nie? 
Tertanam dalam tanah ke apa? 😂😂😂
Lepas tu ada 2 buah buku yang berpisah dari kulit dan badan. 
Linda modif lah sikit2.. Mana yang boleh. 

Hari nie, sabtu-15.02.2025
Kita buat kelainan sikit. 

Gigih kan lilit shawl.. Hahaha
Jarang sangat nak pakai shawl nie benonya. 
Rase tak jadi nya, sebab pipi nie maken tembun kot.. 😆😆

Nak g ukur jalan jap. 
Selagi duit tak habis.. Hahaha.. 
Padahal, dah dok pangkah kalendar nie tunggu gaji. 

Till then, see ya. 

.: ZUKA BY ALIFF SYUKRI :.

Assalamualaikum

mood hunting beg untuk isi tablet Nie
last-last berkenan nak beli kat sini

as - Aliff Syukri
hari tu ada baca blog siapa ya, dapat hadiah top komentator tak silap
kak Ezna ke?
*edit sikit, kak SA kabo dia yang dapat hadiah top komentator dari CCL*

hamboi, sweet sangat nie.
elok buat hadiah nie.
harga pun mampu milik je.

incikSuami belikan warna silver.
memula dia cakap nak amik warna biru.
linda ok je, janji orang nak belikan.
eh, sampai-sampai warna silver.
incikSuami cakap "dari hari tu  lagi dok belek-belek handbag warna silver nie, belikan lah warna nie"
ehhh...setelah 13 tahun bersama, baru dia faham kehendak isteri rupanya..hahaha
kena tunggu lagi 13 tahun ke untuk faham bahasa tubuh yang lain.. 😂😂

tapi, hampa..
tak muat jugak weyh...
tengok gambar yang digayakan bersama orang, nampak besar.
linda amik size L nie.
tapi, cantik beg nya..
bertambah lah koleksi bag linda.
boleh buat pakai raya nie.

dalam dia macam gemok juga.
kalau masuk botol air mineral yang kecik tu, muat je.

nampaknya kena cari jenis Totebag lah gini.
hunting lagi lah kita.

sebab linda dah takde beg besar-besar semenjak anak dah besar-besar nie
semua sling bag comel-comel je
muat HP, lipstick, wallet, dah setel.
takde apa dah nak isi, malas nak beg besar-besar.
sat g berat.. hahaha

hari tu macam ada yang dah berkenan,
tapi takde zip, ternganga gitu je, tak jadi ambil.
besar pulak lah Tab nye nie.. 
semoga jumpa yang bersesuaian lah nanti, Aamin.

till then, see ya.