Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label photobook. Show all posts
Showing posts with label photobook. Show all posts

Sunday, August 17, 2025

.: PHOTOBOOK 5 :.

Assalamualaikum 

Lama tak share hasil Photobook.
Kali ni, buat khas gambar dedek sepanjang 2 tahun di tadika Maiwp.

Muka hadapan Photobook.

Muka belakang, gambar nie masa kelas 5tahun ,lawatan ke kilang coklat Beryls.

Antara Bahagian dalam.

Kali ni,Linda buat produk softcover 6x6 inch, 20mukasurat .
Tu yang nampak nipis.
Tapi, total gambar untuk 1 Photobook ni, dalam 70-80 juga.
Ada yang Linda letak besar, ada yang letak kecil..
Ikot kesesuaian.

Untuk gambar raya hari tu, dah siap design pun, cuma belum printing je lagi.
Hihi, nanti lah.

Till then, see ya.

# Linda ada hutang nak share macam mana Linda buat photobook ni,tapi tak menyempat je nak menyusun dan menulis.
 

Wednesday, May 28, 2025

.: PHOTOBOOK 4 :.

Assalamualaikum 

Sampai lagi photobook linda. 
Sekarang takde print gambar sekeping sekeping..terus buat photobook je senang. 

Macam biasa pilihan nya Pixajoy.. 
Dari dulu lagi. 

Kali nie buat versi mini. 
Mini softcover 6x6 inch. 
20 muka surat je. 

Kemain lagi kan. Trip Kelantan baru nie. 
Unplanned trip pun, bila asing asing gambar pun dah dekat 100.
Jadi, buat lah photobook pun untuk dia saja. 

Selalunya linda memang buat photobook by year. 
Salah satu cara untuk mengurangkan memori telefon.. 🤭🤭

Linda buat part time juga, kalau ada yang ngoder. Tapi, jangan harap cepat siap lah... Kikiki. 

Nie tengah otw siapkan photobook raya. 
Lambat pulak. Hihihi. 

Till then, see ya. 




 

Monday, March 17, 2025

.: CUSTOMER REVIEW :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selamat juga sampai photobook nie kat customer linda (kawan sek rendah juga)
awal-awal tu dah cakap dengan dia lambat sikit.
sebab laptop problem hari tu.
so, membe cakap ok.
linda pun on je lah.

tapi tulah, laptop tak boleh on semula.
kena guna Tab je.
bila Tab nie, function macam telefon, jadi software untuk Pixajoy tak boleh nak launch.
terpaksa lah edit guna online editor.
mengusung lah Tab merata alam.

Alhamdulillah, dah selamat terima.
dan kawan tu puas hati sangat.
linda nie risau lah cmne kejadiannya.
linda tak suka nak guna online editor, sebab kena ada line internet selalu.
kalau tak, tak dapat nak edit nya.

terharu betul dapat feedback gini.
moga tak serik lah ye.
dah la lama nak tunggu.
selalu memang linda bagi tempoh dalam sebulan untuk terima fizikal.
sebab linda buat time wekeend je kan.

nak hadap pun, boleh tahan berchenta juga.

ada yang nak cuba ke?
boleh risik-risik SINI

till then, see ya.

Thursday, October 10, 2024

.: PHOTOBOOK 3 :.

Assalamualaikum

finally siap jugak untuk diri sendiri
asyik buat yang customer punya je..hihihi



linda buat hardcover 6x8inch
bertambah lagi lah koleksi photobook linda

sukanya linda
hihihi

till then, see ya


 

Sunday, August 11, 2024

. : SIAPKAN ORDER CUSTOMER :.

Assalamualaikum 

Buat apa petang-petang nie?? 

Linda dok hadap laptop nie.. 
Siapkan order customer.. 
Linda kan amik service buat photobook.. 

Alhamdulillah, boleh lah buat tambah-tambah duit tabung. 

Ada yang nak cuba order ke? 
Tekan <SINI>

Till then, see ya

 

Saturday, May 11, 2024

. : PHOTOBOOK 2 :.

Assalamualaikum 

Lama gambar ne terpendam dalam gallery.
Hari nie kita up.. 

Linda memang suka photobook.. 


Yang atas softcover
Yang bawah hardcover
Nie saiz 6x8 inch

Ada lagi yang tak siap.. 
Tengah nak siapkan order cikgu tadika dedek pulak.. 

Eh.. Ada yang minat ke.. 
Boleh lah wassap je linda.. 
Kat SINI ye

Tapiii... 
Linda info awal-awal, nak order kena banyak bersabar ye
Sebab Linda pun untuk suka-suka je.. 
Buat time weekend je.. 
Jadi faham lah kekangan nya.. Hihihi

Till then, see ya



 

Saturday, November 18, 2023

.: PHOTOBOOK :.

Assalamualaikum

saja nk share kat sini
cikpuanLinda nie mmg suka berphotobook

nie utk tahun 2023
nmpk tak ad part 1...
sebab nanti ada part 2..
hahaha

syg lah gambar2
lagipun, mmg sejenis yg oldschool
suka yang fizikal





yg nie cikpuanLinda guna company photobook
tp semenjak lepas bnjir besar tahun 2 tahun lepas, kualiti mcm kurang skit
tp yelah, brg pon maken mahal kan
nipis je glossy paper dia

cikpuanLinda mmg buat 2 company je
photobook and pixajoy
pixajoy masih ok lagi, tebal glossy paper dia
harga of course la maken naik

cikpuanLinda start berphotobook dr tahun 2015 lagi
mula2 buat utk diri sendri
lepas2 tu ada jugak amik servis
skang pun masih buat
Alhamdulillah, ad je order yang masuk
cuma testimoni banyak gambar sednri je...hihihi
malu nk mintak cust buat testimoni

till then, see ya