Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, October 1, 2026

.: CORETAN KHAMIS :.

Assalamualaikum.

Meh la kita coret kan apa yang jadi hari ni.

Masih menyambung reten aset ya.
Tu pun ada lagi part tak siap lagi.
Nk buat, ada yang datang, tunjuk itu ini.
Suruh siapkan dan² tu juga.
Belum lagi nak nak kemaskini kew pa 7 lagi.
Gara² EKSA, haisyhhh letih la Gini.

Sambil tu selit juga ambik gambar untuk tampal dekat carta organisasi.

Gambar sebenar.
Boleh juga jadi tema, outfit of the day.

Gambar setelah diedit.
Nak seragam tudung dan baju.
Boleh print buat gambar passport ni. 🤭🤭

Tung tang tung tang buat kerja.

Noh, dekat pukul 6 petang baru punch keluar pejabat.
Boleh kira OT ni. Hihi.
Nasib la rumah dekat je, dalam 10min dah sampai.

Eh,, nak juga.
Outfit pergi dan balik kerja.
Linda merempit Aje.
Ada hari balik kerja basah, ada hari panas.
Tapi, tak sempat lagi nak buat plan yang dirancang bila dah pindah Tronoh.
Nak briswalk keliling tasik UTP lepas balik kerja.
Kalau briswalk pakai baju kerja means baju kurung, orang pandang serong tak?? Hahaha.

Till then, see ya.

19 comments:

  1. ammi tiap kali balik mmg lalu tasik Seremban tu. kalau sampai Seremban awal mmg nampak ada je org briskwalk pakai baju kurung, baju kerja. Mana yang sempatlah kot janji capai steps target.

    ReplyDelete
  2. sakit la pala orang nak mandang serong. senget kekdahnya, lenguh~
    jln je, dah habis kerja org fikir memang mahu pulang ke rumah, or tukar siap baju kat opis. masa suka bw dulu, ada nampak sorg uncle suka briskwalk sblm dia masuk kerja, pakai jeans dgn tshirt ja. kadang dia berjalan sambil jawab call.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. siapa suruh nengok serong.. kan dah sakit kepala...
      Nak tukar baju tu, alahai.. belum sampai rajin macam tu..

      Delete
  3. Gambar edit tu nampak lebih selim haha...
    Okay je, tapi kasut kena sesuai la kot. Takut sakit kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yang tukang edit tu tahu, perempuan ni suka slim.. hahaha...
      Kasut tu, selalu juga bawa sekali dalam box motor, tapi tu la..tak berkesempatan lagi nak briswalk.

      Delete
  4. Alhamdulillah...Seronok tmpt keje dgn rumah dkt je. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tapi, kerja makin sibuk.. hahaha

      Delete
  5. skrg ni muka banyak senyum ehh...hehehe..
    aset begitu la linda..nieyl dlu dkt opis kena settelkan EKSA untuk bahagian, ha..mmg semua nieyl buat hahaha..sbb pegawai2 semua sibuk, kita sorang je yg kurang skit sibuk kan hahahaha.. skrg ni bila dah jaga JUSA B, xde dah nak buat, sbb x sempat..keje makin banyak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Gambar nak letak dekat carta organisasi, kena senyum...

      Delete
  6. Kalau akak, tak pandang serong tapi pandang dengan rasa kagum. Cuma kena pastikan jenis kain luas untuk melangkah, nanti prakk tetas pulak 🤭

    ReplyDelete
  7. Pakai spotme ye rekod kehadiran. Kami guna ehadir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. terasa la canggih sikit bila pakai spot me.. hahaha.. selama ni kita thumbprint aje

      Delete
  8. EKSA pula menyelit, memang “tung tang tung tang” betul harinya. 😅 Sempat juga edit gambar bagi seragam tudung dan baju, terus nampak sesuai untuk carta organisasi!

    ReplyDelete
  9. Gigihnya Linda naik motor pakai baju kurung 😅 Ke mmg wajib pakai kat ofis?

    Kat sini masih lagi kuat jerebu tak dapat nak pergi brisk walk kat taman. Rindu nak brisk walk outdoor huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etika pemakaian penjawat awam formal sepatutnya.. jadi, yang formal itu baju kurung lah.. hahaha. Boleh juga baju korporat, tapi macam tak sesuai pula dengan jawatan kita.. hahaha.

      Delete
  10. Memang terlihat aneh lah kalau briskwalk pakai baju kerja 😅😅. Nampaknya harus sedia baju untuk ganti supaya bisa briskwalk kejab 😄

    ReplyDelete