Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, July 2, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Jom kita tengok apa ada hari ni dengan tema "THROWBACK THURSDAY"

Gigih ye seketul Linda. 
Dulu² menjahit manik.
Dulu kan trend memanik ni.
Dekat tudung la, baju lah.
Eh, semua tempat gigih nak letak manik. Hahaha.
Tapi, baju ni ada lagi sampai sekarang.
Kadang² pakai juga.

Kak M waktu kecik².
Boolat eh pipi dia.

Abang Mueez masa pra sekolah 6 tahun.
Dari kecik, tengok muka pun dah tahu banyak akai.. hahaha.

Hahaha..
2 tahun lepas melahirkan Dedek.
So, memang tak menambah la, sebab tak pernah berat turun jadi 50kg.
Makin naik ada lah.. 😆😆

Syok tak sangga la Dedek, dapat basikal baru.
Masa ni Linda dapat duit APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) setelah 6 tahun dalam servis.
Alhamdulillah, dapat la RM1000, beli basikal dedek Ngan kak M, belanja family makan.
Eh, habis dah duitnya.. hahaha..
Tinggal sijil je lah sebagai kenangan.
Masa tu masih PKP, so takde lah kenangan bergambar, takde majlis untuk penerima APC diadakan.

Kalau zaman dolu² punya APC, dapat naik tangga gaji sekali.
Kalau ikut normal, naik gaji setahun sekali.
Tapi untuk penerima APC, akan dapat 2x untuk tahun yang terima APC tu.
Jadi, kekal lah dalam gaji.
Elok juga yang tu..hihi.
Apa pun, alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah.

Till then, see ya.

1 comment:

  1. Masa baru wujudkan apc mewah sapa yg dapat. Ada tu sampai 2 kenaikan gaji dapat. Cuti sijil ssp ke apa tak ingat. Yg syok 2 kenaikan gaji selain ada yg dpt 1 kenaikan. Akak pun dpt apc tahun 2022 takde anugerah. Tapi tu yg ke 2 jadi takcralatcsebab yg pertama naik pentas. Ada kenangan

    ReplyDelete