Assalamualaikum.
Sepanjang 13 tahun Linda kerja, incikSuami tak pernah tanya duit Linda ke mana.
Dan Linda pun tak pernah tanya duit dia kemana.
Janji segala bil, keperluan rumah, takde yang tertunggak..Alhamdulillah.
Tapi, hujung² bulan tu, biasa lah, isteri sponsor sikit².. hahaha.
Yang penting, tanggungjawab dan ada tolak ansur..
Eh, melalut pula. Benornya nak cerita, reward diri sendiri sempena hari gaji.. hahaha.
Kalau bab makan tu, hari² pun reward juga.
Ni bab² beli barang yang bukan keperluan.
Tara, cermin mata baru lagi.
Rasa macam dah dekat 2 tahun beli cermin mata..
Macam biasa, beli dekat Factory Eyewear je.
Sebab power mata tak tinggi sangat, so boleh dapat cermin mata offer depe yang RM39, RM59 dan lelain tu lah. (Baca, tak mahei) Hahaha
Wah, lawa la bekas dia kali ni.
Sempoi je.
Owh, kali ni Linda beli dekat 168Mall, malas nak ke Selayang Baru.
Nak tengok cermin mata apa pula yang Linda pilih..
Frame dia warna kelabu hitam² gitu.
Tak besar sangat, tak kecik sangat.
KakZu lah bagi idea ni, nampak lawa lah.
Suka suka, sebab baru. Hahaha.
Nah, selfie sikit.
Pakai kamera depan, terus lawo.. hahaha
Filtehh nih.
Till then, see ya.




OK sgt frame tu, kena dengan muka Linda.
ReplyDeleteItulah..dah lama tak beli frame yang warna macam ni
Deletecantik sis, cantik!
ReplyDeletesesuai dgn muka u.
Terima kasih sis...
Deleteyg penting dpt spec baru, mesti happy! MZ dh lama tak tukar spec ni.adoyai mcm tak de bajet plak
ReplyDeleteBetul..dah jemu pakai yang sama je...
DeleteWahhh..Nice ni.Rege murah mmg seronok & brbaloi beli ...=D
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteLawanya spek mata baru sis.. Okaylah harga dia..
ReplyDeleteKita memang pilih yang mur mur je...sebab jenis cepat bosan..kikiki
DeleteNice.... rege camtu boleh arr tukar²... kalau dah ratus² kena pikir banyak kali.
ReplyDeleteEhh... ritu Bami beli frame kat Shopee lepastu bawak gi kedai cermin mata. Pasang lens baru RM50, sama harga kalau beli kat kedai. Cuma frame tu lah yang dia nak tak jumpa kat kedai cermin mata.
Ok lah gitu...dah jimat tak yang tu... Kalau kedai boleh buat ok je..
DeleteHarga pasang sama je kalau beli spec, RM50 cuma sekarang bingkai beli kat shopee RM20.
DeleteOoo..jadi RM70 lah..takpe la..bawah rm100, murah lagi tu
DeleteCantik, cermin mata baru Linda. Murah ye. Seronok dapat reward diri sendiri. Akak punya spek bifocal, setahun sekali nak buat pun, berpeluh sebab kosnya. Huhu...
ReplyDeleteAkak memang kena tukar setahun sekali ke? Jenuhh la..
DeleteLawa! Casing tu nice 👍🏻
ReplyDeleteAkk pun nak kena check balik mata ni. Opto pesan at least setahun sekali check mata. Tak buat² lagi
Linda tak cek mata pun kak.. bagi cermin mata je, suruh dia follow yang tu je..hihihi
DeleteRanggi bekas cermin matanya.
ReplyDeleteCantik berkilau macam cermin 60-an.
Itulah..senang nak seludup dalam beg..takde la rasa besar sangat
DeleteLawo Puan Linda berspek baru...hehe..
ReplyDeleteHihi.. terima kasih
DeleteCantik frame dia macam cat eyes sikit kan. Factory Eyewear ni memang murah dan banyak pilihan. Dimana-mana ada cawangannya. Sini pun ada beberapa. Cantik bekas dia spek dia. Dapat spek baru, dapatlah kita melaram berwajah baru gitu.
ReplyDeleteAla² eyes cat..
DeleteBetul tu banyak pilihan, tapi lebih kurang je ..hihihi
Betul kena
ReplyDeleteReward diri sendiri utk rasa happy jga
Itulah, sekali sekala beli la barang untuk kepuasan diri.
DeleteCantik spek mata baru, sesuai dengan Linda :)
ReplyDeleteTerima kasih..kawan² la yang tolong pilihkan ni
DeleteKak SA masih blom guna akak nyer elaun cermin mata...xde masa nak pi buat la...
ReplyDeleteAda elaun..buat kak..rugi tak claim
DeleteTerbaiklah prinsip pengurusan kewangan korang, yang penting masing-masing bertanggungjawab dan ada tolak ansur. Betul sangat, sesekali lepas terima gaji memang wajib reward diri sendiri untuk naikkan mood kerja. Bingkai spek kalis kelabu hitam tu nampak sangat stylo, padan dengan bentuk muka. Casing dia pun comel sempoi, rezeki dapat harga bajet dan berbaloi!
ReplyDeleteAlhamdulillah...yang penting bertanggungjawab dan tolak ansur... Fikir boleh kerja ni pun, atas izin suami..jadi, kita bantu la sikit²..
DeleteCasing cermin mata ni lawa..