Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, July 23, 2026

.: EAST PALACE :.

Assalamualaikum.

Menunggu minggu Linda cerita East Palace ni keluar.
Suka citer hantu, mistik, dengan istana.
Selalunya, kalau cerita pasal istana² ni, memang Linda akan pilih dulu. 
Suka costume dia agaknya.
jadi cepat2 la Marathon bagi habis.
8 episod je pun.

Ggeomeoksali
Comel nya, tapi penghisap tenaga.
ibarat toyol kata nya.

East Palace (Donggung) - kisah hantu yang berdendam dengan keturunan raja. Setiap Putra Mahkota yang ditabalkan, mesti akan diakhiri dengan kematian. Bukan seekor hantu yang berdendam, lebih dari satu.
Gu Cheon(Nam Joo-hyuk) dan Saeng-gang(Roh Yoon-seo) di panggil kerana kebolehan mistik masing². Walaupun sering bergaduh, tetapi masing² ambil berat antara satu sama lain. Dari satu roh ke roh yang lain, baru la jumpa sebab dan punca sebenar.
kena tengok sendiri la, masing-masing ada kepentingan sendiri yang menyebabkan buat perkara yang tak sepatutnya. Ending dia memang tak sangka la. Memang kita tertanya2 siapa punca semua ni.

Saeng-gang ni boleh dengar hantu cakap, tapi tak boleh nampak hantu.

Gu Cheon boleh nampak hantu selepas kejadian dia hampir mati lemas dan mengorbankan ibu dia.

katanya cerita ni menelan kos sebanyak 40billion won (29Million USD) bersamaan RM111.4 Juta. Banyak tu.. yela, kostum lagi, CGI, lampu dia...eh, semualah.

ni linda share link yang mengulas lebih detail drama East Palace.

till then, see ya.

11 comments:

  1. Wahhh unik citer hantu raja-raja zaman dulu ni. Selalu citer berperang je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi The Haunted Palace, keluar tahun lepas rasanya..yang tu pun best

      Delete
  2. ammi suka cerita istana...ni baru episod 1 tgk My Dearest. Ntah brp lamalah nak tengok sbb 1 ep tu pun 3-4 kali pause. Tengok tido tengok tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Dearest belum tengok lagi..cerita lama kan, panjang lagi episod nya..jenuh nak habiskan..

      Delete
  3. Akak blom tengok citer ni lagi....nak kena tengok ni...

    ReplyDelete
  4. Linda minat cerita hantu dan istana rupanya. Seram.

    ReplyDelete
  5. Nampak kat tiktok tp lum kesempatan nak layan lagi... biasa balik kerja dh penat mlm lak tido awal jadi tak dan nak layan. Geram nengok toyol yg comel tu la heheheh

    ReplyDelete
  6. Bila baca ulasan Rizzlinn pasal drama East Palace ni terus rasa nak masuk balik dalam watchlist maraton drama! Memang penuh dengan emosi dan storyline yang mantap. Gaya Rizzlinn mengulas pun santai tapi padat dengan info. T

    ReplyDelete
  7. Akk kurang minat cerita berdiri/episod ni. Malas nak kena follow satu satu hihi... Lebih suka layan movie.

    ReplyDelete