Assalamualaikum.
Isnin, 27.04.2026 - "tamat lah sudah, cerita kami"
takpelah, mungkin ini yang terbaik.
harapnya, abang Mu'az hargai lah apa yang ibu dan ayah dah buat. insyaAllah, amin.
tapi, tetap ada kesannya, next year pindah sekolah Tronoh.
pengalaman hampir 4 bulan duduk asrama.
tapi tak berjaya hingga ke akhirnya.
pagi tu, linda dan inciksuami ke sekolah, selesaikan perkara-perkara yang perlu.
ke pejabat pentadbiran, isi borang keluar asrama.
lepas tu, ke pejabat asrama, jumpa penyelia asrama pula.
dapat juga berjumpa En. Kamarul, rakan sejawatan tapi dia kerja dekat KPM lah.
menyembang panjang jugalah.
lepas tu, kami pun balik.
petang baru datang semula untuk ambil abang Mu'az dan barang-barang.
dedek juga yang setia ikut ibu.
abadikan kenangan.
lepas ni,biarlah ibu dengan ayah je yang membuat pilihan. hahaha
ni haa anak bujang nya.
muka ada sinyum.
reason nak keluar asrama???
kalau setakat biasa2, memang linda tak layan.
bosan la, makan tak sedap lah.
kadang tu, tiap minggu suruh datang ambil.
padahal boleh balik 2minggu sekali.
ada je lah alasan dia, linda la yang wasap warden.
nasib baik warden ok, dan tak strict sangat.
sebab asrama sekolah harian je kan.
eh, menyimpang.
setelah di tanya tanya. apa alasan sebenar nak keluar asrama.
baru la dia beritahu.
katanya diganggu oleh abang senior di dalam dorm.
bagi Linda, ia mungkin gurauan.
tapi, kalau yang diganggu tu rasa tak selesa, walaupun dah banyak kali katakan tidak.
jadi ia jatuh pada Gangguan Seksual.
so, bila abang Mu'az dah cakap mcm tu.
linda terus beritahu warden, dan warden pun dah tanyakan abang Mu'az.
tapi, takpelah. risau jadi yang bukan-bukan.
linda pun memutuskan untuk keluarkan abang Mu'az dari asrama.
harapnya, pelaku tidak melakukan perkara yang sama berlarutan dan berlebihan pada orang lain.
mungkin, bagi mereka itu hanyalah gurauan.
tapi, macam linda cakap tadilah.
kalau yang diganggu tu rasa tak selesa, itu bukan gurauan.
sebab tu, nak bergurau kena tengok keadaan dan tempat.
bukan boleh bergurau je.
ni, ulang alik la naik bas dari rumah embah ke sekolah.
setakat hari ni, tak pernah lagi tak sekolah.
Alhamdulillah, semoga terus kekalkan momentum.
bak kata kak Mas, selagi nak sekolah.
ya Allah, terasa lain beno dengan zaman linda sekolah dulu2.
moga yang baik2 la untuk anak.
till then, see ya.




Allahuakbar. Seram akak dengar. Takpe la, yang penting abang Mu'az tetap ke sekolah.
ReplyDeleteItulah kak..lama nk dapat tahu reason yang tu...dia asyik bagi reason lain..mcm Linda cakap la, kalau reason tak solid, tak layan..sebab dia yang pilih sekolah tu..jadi kena belajar lah bertanggungjawab
DeleteBukan gurauan biasa ni Linda. Keluarkan dari asrama adalah pilihan terbaik.
ReplyDeleteItulah kak..kalau yang kena ganggu rasa tak selesa, dan mengadu..baru dikata gangguan seksual..
DeleteNasib lah abang Mu'az beritahu Linda akhirnya
Nasib baik dia bagitau... kalau dia diamkan lagi parah
ReplyDeleteItulah..nasib diberitahu
Deletelinda dh buat pilihan terbaek tu insya Allah. safety first! gangguan sexual is real!! tu salah satu sebab saya tak masukkan anak2 to asrama...sbb takut kena buli dan gangguan2 gini lah. anyway, i'm backkkkk! tq linda sbb selalu drop comment kat my blog
ReplyDeletewelcome back MZ.. alhamdulillah, sama2..
Deleteitulah, bila penerima tu tak selesa..memang kena ambil tindakan lah
Allahuuu~ pilihan yg terbaik. Jika dulu sibuk membuli, jaman now mcm ni pula. sokey still skola yg sama kan? smg lbh dipermudahkan urusan uols selepas ini.
ReplyDeletesekarang buli banyak main emosi dan perasaan... dulu buli fizikal... masih sekolah sama.. tahun depan baru kita tukar sekolah
Deleteishhh nasib baik la dia cakap betul2. kalau linda tak layan risau apa2 jadi. budak2 zaman sekarang ni banyak pengaruh macam2. mujur takde apa2. kena kaunseling jugak pelaku tu.
ReplyDeleteiye, linda puas tanya la...reason sebenar2 nya... sebab dia main tarik tali... bukan la sepanjang masa dia sedih kat asrama tu, cuma ada certain time..tiba2 dia macam tak boleh go.. ada certain time, dia ok je..cerita pasal hal2 asrama
DeleteAllahu Akbar :(
ReplyDeleteKeputusan yg betul Linda. Keselamatan anak tu yg utama.
Naik bas ke sekolah tu boleh ajar Mu'az utk berdikari, uruskan masa dgn baik... In Sha Allah banyak yg dia boleh belajar dari pengalaman ni
insyaAllah, moga yang terbaik untuk abang Muaz
DeleteBila sanggup keluar asrama tu mmg dh x tahan la tu.. betullah tindakan linda & husband tu... sediakan payung sebelum hujan, semoga abg mu'az dan anak² kita dilindungi Allah selalu
ReplyDeleteamin YRA...
Deletemoga yang baik2 je untuk anak2 kita
linda tak bawa kes tu ke atas ke? biar budak tu kena tindakan? tapi kalau akak pun akan bawa ank keluar risau terancam keselamatan lepas kita buat aduan.
ReplyDeletelinda dah info warden dan penyelia asrama, the rest, biarlah mereka uruskan..
DeleteYa Allah berat itu kes. Memang kena pandang berat kalau Mu'az cakap begitu. Orang yang buat itu kena ditegur juga sebab nanti dia buat pada orang lain.
ReplyDeletebetul2.. harapnya ada tindakan yang warden ambil... tak tahu la kan, mungkin tujuan nya bergurau...tapi, anak kita tak selesa
DeleteAllahuakbar...Baik la keluar dari terus jadi mangsa gini. Bahaya. Semoga lps ni baik2 aje di sekolah tu ye.AMin
ReplyDeleteinsyaAllah, mudah mudahan yang baik2 saja...aamin
Deletenasibaik abg Mu'az bercerita..sbb kdg2 bdk ni takut nk ckp...smoga yg baik2 aje utk anak linda
ReplyDeleteiye...nasib baik dia nak cakap...
DeleteTerkesima sekejap baca post Linda yang ini. Kesian Muaz. Semoga yang baik-baik untuk Muaz selepas ini. Semoga dipermudahkan urusan Muaz dan Linda sekeluarga. In sya Allah ada rezeki yang lebih baik untuk Muaz yang Allah telah aturkan.
ReplyDeleteinsyaAllah...aamin..
Deleteterima kasih kak Sarie
Alhamdulilah dia share cerita.
ReplyDeleteTeringat zaman Cuya kena gangguan juga dekat skola.. kena kacau dgn lelaki sampai Cuya jatuh sakit.
Cuya takkan lupakan memori gelap tu yg dah ubah hidup Cuya. Tu semua dugaan kan. Kalau dapat tahu awal boleh cegah
sampai jatuh sakit tu..teruk Cuya, kena gangguan mistik ke??
Deletemoga yang baik2 untuk Cuya
Rasanya, gangguan sexual ni tak ada gurau2, mengeluarkan Muaz dari asrama adalah keputusan yg tepat.
ReplyDeletebila penerima suka...takde masalah dengan perkara tu, ia tidak dikira gangguan seksual.. hihihi..
Deleteitulah, risau jadi yang tidak2..so, keluarkan la dia
Uishhh... kalau Abang Mu'az dah rasa tak selesa memang itu keputusan tepat keluarkan dia. Perkara camtu memang terjadi kat asrama. Husband akak kerap cerita. Zaman dia pun dah ada. Mujurlah dia tak jambuðŸ¤
ReplyDeletedari zaman dulu ada je kak benda ni...cuma, dulu macam taboo.. sekarang, orang macam tak kisah..nauzubillahiminzalik, moga dijahkan daripada anak2 dan keturunan kita..aamin
DeleteRisaunya budak-budak zaman sekarang ni. Mujur Muaz mahu cerita apa yang terjadi. Ada setengah budak diam jer walaupun tak suka.
ReplyDeletealhamdulillah...mungkin salah satu sebab dia nak keluar asrama juga, tu yang dia terpaksa cerita...kalau takde reason kukuh, ibu dia tak layan.. hahaha
DeleteBagus keputusan Linda...ibu yg sudi dengar luahan anak...
ReplyDeleteSaya sokong keputusan Linda dan suami. Benda macam ni la kita sebagai mak ayah risau nak hantar anak ke sekolah asrama kan. Biarlah dieorang depan mata kita je. Kalau anak2 perempuan, double triple lagi risau tu. Anak lelaki pun dah kena kacau skrg ni, apa lagi anak dara huhu
ReplyDelete