Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, April 6, 2026

.: TOKSIK CINTA :.

Assalamualaikum.

hari tu linda terjebak dengan drama "Toksik Cinta" ni

Toksik Cinta
Berikut adalah pelakon dalam drama ni

  • Riena Diana sebagai Karmila (isteri yang terperangkap dalam hubungan toksik)
  • Aqasha sebagai Alfi (suami/pengarah filem yang manipulatif)
  • Keith Foo sebagai Amsyar (peguam Karmila)
  • Cristina Suzanne (Cristina Stockstill) sebagai Farhana
  • Dayang Areeda sebagai Eez
  • Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
  • Tony Eusoff sebagai Dato' Ben (Penampilan Khas)
  • Esma Daniel sebagai Sufian (Penampilan Khas)
  • Izzue Islam sebagai Dirinya Sendiri (Penampilan Khas)

cerita mengisahkan mengenai konflik perkahwinan yang toksik, obses dan penderaan.
bermula di mana Karmila yang tidak boleh menerima perasaan kurang daripada orang lain. Semua yang dia kenali, harus meletakkan dia di tempat yang pertama.
Karmila juga mempunyai keperibadian yang bercelaru kerana kisah silamnya di masa kecil.

memang geram je tengok si Karmila ni berlakon. geram lagi dengan BF dia si Eez tu. berapa banyak kali di khianati dan dipergunakan oleh Karmila, Eez tetap terima Karmila semula.

tapi kesian dekat Farhana la, terlampau baik sangat, sampai ditikam dari belakang oleh Karmila.

boleh tengok dekat Tonton, kalau nak tengok, kena banyak bersabar ye.

drama terbitan Rumah Karya Citra (Erma Fatima), so dah boleh agaknya cerita nya macam mana.
Erma Fatima punya drama memang terbaik la.

till then, see ya.

 

24 comments:

  1. Ingatkan Karmila yg jadi mangsa cinta toksik, rupa2nya dia yg manipulatif ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karmila tu yang otak ada kureng sikit . Hahaha

      Delete
  2. cerita sekarang mmg semua jenis mainkan emosi kita je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama geram..rasa mcm,ada ke orang yang bodoh mcm tu.. hahaha..reda je kalau kena apa pun

      Delete
  3. x nak terjabak la takut terjebak amcam citer tv3 pukul 7pm tu...kang naik darah tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau drama pukul 7, kita tak dan tengok

      Delete
  4. Dah lama x layan tv drama melayu. Sbb x cukup masa.Nnt bleh la try2 tgk shot dkt tt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni layan pun sebab ada dalam box Android TV tu..hihihi...

      Delete
  5. Poster dia pun efek pecah2... = konflik!

    ReplyDelete
  6. Lama tak layan drama dekat TV 😌

    ReplyDelete
  7. dah habis kan cerita ni pernah nampak hari tu.

    ReplyDelete
  8. Hubungan yang obsesif dan toxic memang tak baik lah ya mbak.
    mau nonton bisa dimana kah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Malaysia, ada di apps Tonton.my.. tapi berbayar, untuk langganan bulanan..

      Delete
  9. Lailerrr ni akak suka dia berlakon Kampung People.. macam jarang tengok dia berlakon watak serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak tengok cerita ni, sakit hati betul dengan dia..betul² jadi la .gedik jadi, gila jadi, manipulatif pun jadi

      Delete
  10. tv brp ni...skarang tgh tgk drama tv3 yg emma maebong..isnin hingga jumaat 10 malam..lg 1 drama yg zamarul hisham jumaat-ahad 9 mlm haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa .tak tayang kat tv dah..cerita tahun lepas ni, tu pun keluar kat Astro je..kalau ada tonton..boleh tengok

      Delete
  11. saya penat dgn jln cerita drama melayu. apatah lagi, terasa bagai ada kena mengena. ergh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa...tak nak penat, tengok Phantom lawyer, mengekek je kita ketawa...

      Delete
  12. Kesian la kalau isteri terperangkap dalam hubungan seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan kak ezna...dalam cerita ni, suami nya yang terperangkap.. hihihi

      Delete