Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, April 23, 2026

.: PART 9 - SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 10.04.2026 - Majlis Apresiasi dan Perhimpunan Bulanan peringkat Jabatan Hospital Selayang telah diadakan.
nama telah diubah kerana menghormati / mengikut saranan PMX supaya tidak mengadakan jamuan raya.
tapi , nie semua pakai duit staff..
kutipan seoarang RM20 telah dilakukan.

stage dalam Kompleks Sukan.
ambil gambar je waktu pagi ni.
majlis bermula petang, selepas waktu rehat.

photobooth yang telah disiapkan oleh geng HR.
pagi pakai baju tshirt dulu.
duduk asrama je kan, waktu rehat nanti boleh la tukar baju.

betul la pemilihan untuk memakai tshirt.
rupanya ada aktiviti panjat memanjat.
jadi bidan terjun lak tetiba.
menghias stall unit pentadbiran, sumber dan kewangan.

ni je gambar dengan berbaju raya.
nasib baik ada Fatin(admin), boleh la minta tolong dia ambilkan gambar.
ada la kenangan tahun 2026.
partner uniform pink, Izzah cuti kecemasan.
anak nya demam panas katanya, meluncur terus balik Kelantan malam sebelum tu.
dugaan PJJ kan, macam-macam.

gambar makanan pun takde.
tapi, tahun ni memang betul2 santai dan berjimat.
belum pukul 5 petang, gerai-gerai makanan semua dah tutup.
menandakan makanan dah habis semuanya.
nasib baik, sempat juga merasa lemang yang di bakar sendiri unit penyelia hospital.
Alhamdulillah, moga tahun hadapan beraya dekat tempat baru, aamin.

till then, see ya.

30 comments:

  1. Tak kira apa cara pun, kena jugak buat jamuan raya, hihi.

    ReplyDelete
  2. Lawa photo booth. Jadilah tu, jamuan raya. Semoga tahun depan jamuan raya di tempat baru ya, Linda.

    ReplyDelete
  3. Kita orang lagi lah tak ada. Tumpang pi jamuan jabatan lain je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. putrajaya dekat sangat dengan PMX, nanti kena serbu kang.. hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah..tak sempat nak ambik gambar makanan.. hahaha

      Delete
  5. Hosp Cie buat malam memang tak datang la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, linda kalau buat malam pun.. boleh datang juga.. hahaha

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki jamuan bersama.
    Moga akan datang jamuan di tempat baru. Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh la makan2...
      aamin YRA.. terima kasih atas doanya Cuya

      Delete
  7. Kami pun buat jamuan raya tp di sebalik perhimpunan bulanan dan majlis APC pelajar.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Biasa Majlis Apresiasi ada bagi² hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..hadiah stall tercantik..hadiah busana tercantik..hihihi

      Delete
  9. Kalau pakai uang staff kumpul masing2 tak apalah kan. Sweet lah untuk photobooth nya kak 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fanny..tapi, orang yang melihat..tak tahu..mereka ingat kami guna duit kerajaan..hihihi

      Delete
  10. lawa photobooth dia. haha pandai ek tukar nama!

    ReplyDelete
  11. aamiin for the doa. syukur ada jugak gmbr linda utk kenangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA...
      Betul, kena snap juga gambar untuk kenangan

      Delete
  12. Replies
    1. Photobooth geng HR buat..Linda bantu biasa stall je..

      Delete
  13. jamuan raya adalah mesti sebelum penutup raya. bukan apa, dah beraya dgn keluarga kita nak beraya dgn kawan2 sekerja juga. rasa tak lengkap tanpa jamuan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamuan raya jabatan kalau takde, tak lengkap...hihihi

      Delete
  14. Cantik photobooth...eh..akak x up lagi la gambar majlis terlajak raya hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HR buat photobooth memang lawa.. linda ada lagi cerita pasal raya lagi 2 entry.. hahaha...

      Delete
  15. Kami kat sini pun buat juga.. Collect duit sorang sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..lepas tu, minta kelab sana saport sikit, kelab sini saport sikit..hihihi

      Delete