Assalamualaikum.
Jumaat, 10.04.2026 - Majlis Apresiasi dan Perhimpunan Bulanan peringkat Jabatan Hospital Selayang telah diadakan.
nama telah diubah kerana menghormati / mengikut saranan PMX supaya tidak mengadakan jamuan raya.
tapi , nie semua pakai duit staff..
kutipan seoarang RM20 telah dilakukan.
stage dalam Kompleks Sukan.
ambil gambar je waktu pagi ni.
majlis bermula petang, selepas waktu rehat.
photobooth yang telah disiapkan oleh geng HR.
pagi pakai baju tshirt dulu.
duduk asrama je kan, waktu rehat nanti boleh la tukar baju.
betul la pemilihan untuk memakai tshirt.
rupanya ada aktiviti panjat memanjat.
jadi bidan terjun lak tetiba.
menghias stall unit pentadbiran, sumber dan kewangan.
ni je gambar dengan berbaju raya.
nasib baik ada Fatin(admin), boleh la minta tolong dia ambilkan gambar.
ada la kenangan tahun 2026.
partner uniform pink, Izzah cuti kecemasan.
anak nya demam panas katanya, meluncur terus balik Kelantan malam sebelum tu.
dugaan PJJ kan, macam-macam.
gambar makanan pun takde.
tapi, tahun ni memang betul2 santai dan berjimat.
belum pukul 5 petang, gerai-gerai makanan semua dah tutup.
menandakan makanan dah habis semuanya.
nasib baik, sempat juga merasa lemang yang di bakar sendiri unit penyelia hospital.
Alhamdulillah, moga tahun hadapan beraya dekat tempat baru, aamin.
till then, see ya.




Tak kira apa cara pun, kena jugak buat jamuan raya, hihi.
ReplyDeletebetul..acara yang dinantikan setiap tahun
DeleteLawa photo booth. Jadilah tu, jamuan raya. Semoga tahun depan jamuan raya di tempat baru ya, Linda.
ReplyDeleteaamin YRA.. moga makbul doa akak..
DeleteKita orang lagi lah tak ada. Tumpang pi jamuan jabatan lain je.
ReplyDeleteputrajaya dekat sangat dengan PMX, nanti kena serbu kang.. hihihi
Deletejuadah rayanya mana heheheh
ReplyDeleteItulah..tak sempat nak ambik gambar makanan.. hahaha
DeleteHosp Cie buat malam memang tak datang la.
ReplyDeleteitulah, linda kalau buat malam pun.. boleh datang juga.. hahaha
DeleteAlhamdulillah rezeki jamuan bersama.
ReplyDeleteMoga akan datang jamuan di tempat baru. Aamin
Alhamdulillah, boleh la makan2...
Deleteaamin YRA.. terima kasih atas doanya Cuya
Kami pun buat jamuan raya tp di sebalik perhimpunan bulanan dan majlis APC pelajar.. hehehe
ReplyDeletehihihi...penyamaran tu penting
DeleteBiasa Majlis Apresiasi ada bagi² hadiah.
ReplyDeleteAda..hadiah stall tercantik..hadiah busana tercantik..hihihi
DeleteKalau pakai uang staff kumpul masing2 tak apalah kan. Sweet lah untuk photobooth nya kak 😄👍
ReplyDeleteBetul tu fanny..tapi, orang yang melihat..tak tahu..mereka ingat kami guna duit kerajaan..hihihi
Deletelawa photobooth dia. haha pandai ek tukar nama!
ReplyDeletePenyamaran tu penting..
Deleteaamiin for the doa. syukur ada jugak gmbr linda utk kenangan!
ReplyDeleteAamin YRA...
DeleteBetul, kena snap juga gambar untuk kenangan
dan lg buat photobooth ya
ReplyDeletePhotobooth geng HR buat..Linda bantu biasa stall je..
Deletejamuan raya adalah mesti sebelum penutup raya. bukan apa, dah beraya dgn keluarga kita nak beraya dgn kawan2 sekerja juga. rasa tak lengkap tanpa jamuan raya.
ReplyDeleteJamuan raya jabatan kalau takde, tak lengkap...hihihi
DeleteCantik photobooth...eh..akak x up lagi la gambar majlis terlajak raya hari tu...
ReplyDeleteHR buat photobooth memang lawa.. linda ada lagi cerita pasal raya lagi 2 entry.. hahaha...
DeleteKami kat sini pun buat juga.. Collect duit sorang sikit..
ReplyDeleteBetul..lepas tu, minta kelab sana saport sikit, kelab sini saport sikit..hihihi
Delete