Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, April 24, 2026

.: BAPAKU BUKAN BAPAKU :.

Assalamualaikum.


BAPAKU BUKAN BAPAKU

Pada suatu hari, seorang bapa membawa anak perempuannya datang ke pejabat saya untuk memohon wali hakim bagi pernikahan anaknya. Si bapa mengaku tidak boleh mewalikan anaknya kerana anak tersebut lahir sebelum dia bernikah.

Saya minta sijil nikah si bapa dan sijil lahir si anak. Betul apa yang didakwa, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya.

"Kenapa anak ini berbintikan Ali (bukan nama sebenar)? Biasanya JPN akan cadangkan 99 nama Allah. Siapa Ali?" soal saya.

"Ali ni bekas suami kepada isteri saya. Masa anak ni lahir, isteri saya belum bercerai dengan Ali," jawabnya.

"Macam mana encik boleh yakin yang ini anak encik, bukan anak Ali?" soal saya lagi.

"Ali tu dah tinggalkan isteri hampir setahun, lepas tu baru saya kenal dengan isteri. Saya yakin cuma saya saja yang ada hubungan dengan isteri masa tu. Puan tengok anak ni pun muka sama dengan saya. Abang kakak dia semua kulit putih ikut Ali," jawabnya lagi.

"Ali ada lagi tak?" soal saya.

"Ali dah meninggal 2 tahun lepas," jawabnya.

Saya minta dia hubungi isterinya kerana saya mahu bertanya sendiri. Ini pengakuan zina, saya mahu dengar sendiri daripada mulut isterinya.

"Isteri saya dah terlalu uzur puan. Sakit kanser. Dia yang minta cepatkan urusan kahwin anak sebelum dia pergi," ujarnya.

"Oklah. Ali tahu ke tidak yang ini bukan anaknya?" tanya saya.

"Dia langsung tak tahu. Masa isteri saya failkan cerai taklik pun dia tak datang mahkamah," jawabnya.

Saya memberikan penerangan tentang status anak tersebut yang diiktiraf sebagai anak sah taraf kerana lahir dalam tempoh perkahwinan, sekalipun ia bukan daripada benih Ali. Rasulullah SAW bersabda:

 الولد للفراش وللعاهر الحجر

"Anak itu milik pemilik hamparan dan bagi penzina itu batu."

Memandangkan Ali sudah meninggal dunia dan dia tidak pernah menafikan nasab anak ini semasa hayatnya, maka kekallah anak ini menjadi anak sah taraf Ali.

Tetapi lelaki ini tidak berpuashati dan tetap mahu memohon wali hakim untuk anaknya. Saya tahu dia menanggung rasa bersalah seumur hidup kerana menjadikan Ali pak sanggup tanpa pengetahuan Ali. 

Permintaannya saya turutkan dan seperti yang dijangka permohonan wali hakim ditolak oleh mahkamah. Anak itu diperintahkan bernikah dengan berwalikan abangnya (anak Ali). 

Selepas selesai kes, saya panggil anak itu bersendirian tanpa bapanya. "Sekarang kamu dah tahu kisah silam ibu bapa kamu kan. Kamu jadikan pengajaran. Jangan benci ibu bapa kamu, tapi benci perbuatan mereka. Kamu jangan ulangi dosa mereka. Jadi isteri yang solehah untuk suami kamu," nasihat saya.


Apa pengajaran daripada kes ini?

1) Sesepi dan seteruk mana pun hidup disebabkan perbuatan pasangan, jangan sesekali mencari kebahagiaan dengan berbuat maksiat. Saya tahu Ali bersalah kerana meninggalkan dan mengabaikan isterinya, tetapi itu bukan alasan untuk isterinya berzina dengan lelaki lain. Sama juga suami yang berzina dengan alasan isteri tidak dapat melayani batinnya dengan baik.

2) Perbuatan dosa akan menghambat pelakunya di dunia dan di akhirat. Dosa dengan Allah boleh bertaubat, tetapi dosa dengan manusia (dalam kes ini curang) tidak akan terlerai melainkan dengan kemaafan. Lebih teruk jika tidak selesai di dunia dan dibawa ke Hari Pengadilan hingga menyebabkan muflis akhirat. 

3) Kifarah dosa itu nyata. Hukuman hudud bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sampai mati. Mungkin hudud boleh terlepas, tetapi kifarah dosa pasti ada untuk menebus dosa yang telah dilakukan. Mungkin saja penyakit kanser itu penghapus dosa silamnya. Wallahu a'alam.


CnP dari FB.

Semoga keluarga, anak², adik beradik serta keturunan kita terhindar daripada melakukan perkara² yang haram.aamin.

Till then, see ya.

36 comments:

  1. Aamin ya rabb.
    Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan memelihara diri kita daripada perbuatan sia2

    ReplyDelete
  2. Ini banyak yg tak tahu. Atau tahu tp pura2 tak tahu, bahwa anak perempuan di luar nikah, tak boleh dinikahkan oleh ayahnya. Hanya saja Orang2 mungkin malu, JD tetap nekad menikahkan anak nya saat nikah. Pdhl nanti menjadi tidak sah 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya lebih kepada malau.. takut rahsianya terbongkar..

      Delete
  3. Ya Allah, moga kita semua dijauhkan dari segala dosa zina ya.
    Amiiin

    ReplyDelete
  4. Banyak pengajaran untuk renungan ni....

    ReplyDelete
  5. semoga keturunan sy dijauhkan dari bala spt ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin... semoga keluarga kita dijauhnya dari ujian ni

      Delete
  6. takutnya bila baca benda macam ni. jadi carca merba nasab keturunan..

    ReplyDelete
  7. sbb tu laa Allah larang zina. dlm kes ni kite boleh kenal siapa ayahnya. yg bapa2 x bertanggungjawab tu? bkn kah akan menyusahkan pd ms hadapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu nya memang tak nak bertanggungjawab lah ...

      Delete
  8. Semoga kita dijauhkan dari ujian sebegini.

    ReplyDelete
  9. mudah2an ahli keluarga kita dijauhkan dari ujian sebegini. pening juga jadinya.

    ReplyDelete
  10. bila baca cerita mcm ni kekadang rasa mcm x percaya pun ada, mcm ye ke benda ni berlaku tp ianya realiti... byk pengajaran yg kita boleh ambil di situ kan?

    linda, jom jawab tag sy.. tgk di blog k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya realiti.. suka baca kisah² yang peguam syarie share.. mcm² kisah yang ada..

      Wah, tag apa tu..sat nak terjah

      Delete
  11. Pening baca cerita ni. Moga dijauhkan mana2 yang tak baik utk keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin.. moga yang dijauhkan daripada keluarga kita...

      Delete
  12. Semoga dijauhkan dari anak- anak dan keturunan kita..semoga yang baik- baik aje..

    ReplyDelete
  13. Aamiin.. Aamiin..
    Semoga dijauhkan dari kita, keluarga dan keturunan kita..

    ReplyDelete
  14. Masa akak kerja di Segamat dulu semasa poendaftaran surat beranak kena semak betul-betul sijil nikahnya. Ada sekali tu tak boleh binkan bapaknya sebab tak cukup bulan nikahnya. Ada prosedur nak tentukan nasab bapa tau kena namakan abdullah. Tapi yang geram tu atoknya marah-marah bila kita orang tegur tak boleh. Dia ingat kita nak tenggung dosa anak dia ke kalau ikut kata atok dia. Nasib baik lepas tu JPN ambil alih pendaftaran surat Beranak. Kalau silap gaya tanggung dosa bila salah mendaftarkan nama anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita ni kalau boleh tak nak la join dosa diorang..hihi..

      Delete