Monday, March 2, 2026

.: SISTEM BLACKOUT :.

Assalamualaikum.

nak dijadikan cerita.. telefon baru yang incikSuami hadiahkan tu.
tiba-tiba pagi nie blackout, nasib baik sempat scan keluar station ketapi.
kalau tak, camno nak scan tiket??

minggu lepas, memang ada hang dalam seminit dua macam tu.
lepas tu ok dah.

ni, terus seharian.
nasib baik PC dekat pejabat linda tak log out wassap.
kena hantar kedai repair lah.
tengok la macam mana.
susah bila takde telefon. sebab urusan seharian dalam tu.
nak transfer duit online pun, kena sahkan dengan telefon.

warranty ada lagi, tapi tula kad nya dekat rumah Tronoh, takkan nak biar je dulu sampai hujung minggu.
boleh ke gitu??
linda ingat nak beli bateri je lah, Honor 8X yang lekang dan ada tompok hitam sikit.
elok lagi telefonnya, tapi lepas je guna yang baru, terus bateri dia kong.
boleh guna bila cas je, bateri full, tapi tiba-tiba mati masa sendiri.
so, bateri kong la tu.

kena juga la p beli bateri ni.
harap-harap idak ler mahey sangat.
pishang matt.

till then, see ya.

.: PERGINYA PADA 12 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Isnin, 02.03.2026 - masih dalam kereta api pagi tadi, mendapat perkhabaran Paman Udin (adik bapak) telah meninggal di dunia di hospital pada jam 6.48pagi.
Arwah memang ad penyakit kencing manis dan telah menjalan dialisis beberapa tahun kebelakangan ni.
arwah telah di masukkan wad kerana ada jangkitan kuman pada tapak dialisis nya.

Surah Al-Fatihah
mohon doakan dan sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah.

terima kasih linda ucapkan.

linda tak balik ziarah, minta suami je pergi.
so, anak-anak cuti lah hari ni.

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian, Aamin.

till then, see ya.

Sunday, March 1, 2026

.: 9 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 27.02.2026 - balik Tronoh hari tu.
Naik bas, nak p MRT. Singgah AEON Kepong dulu. Nak cari bekal untuk berbuka puasa.

Beli zus coffee.
Guna tumbler dia lah, isi dalam tu je senang nak bawa.
Lepas tu, beli roti je dekat kedai roti Boheme, yang selalu dekat AEON tu.

Sambil menunggu ETS.
Ni train ke Tanjung Malim.
Train sampai 7.35malam, dah azan dulu.
Jadi sedut air je lah.
Beli Capuccino, pahit.. hahaha.
Sampai Batu Gajah pukul 9.35malam.
Jenuh pasang telinga, Speaker ketapi tak kuat pula.

Sampai stesen, dah turun ketapi, kalut beratur nak keluar.
Keluar² je, terus dedek panggil ibu.
Terkejut ibu, dedek dah sampai.

Sebelum sampai rumah, singgah kedai makan.
Beli tomyam untuk bersahur.
Sedapnya teh ais.

Order keropok lekor sekali.

Sampai rumah dalam 10.30 malam.
Yang ikut dedek je, abang Mueez dengan kak M tunggu rumah je.

Beli zus, dapat sampul duit raya free.
Ada 3 pcs je dalam 1 paket tu.
Kertas memang tebal, premium la.
Takde min purchase, selagi stok masih ada.

Till then, see ya.