Assalamualaikum.
Balik Taiping hari tu, sempat la tepek wallpaper baru dekat dapur MIL.
Adik ipar dah beli siap² wallpaper nya.
Abang nya tukang tampal lah.
Konon nya nak tampal dekat dinding yang baru naik tu.
Tapi, sayang la pula.sebab cat baru lagi.
Jadi, Linda cadang buat dekat dinding ni lah.
Caca marba nampaknya. Hihi.
2jam kemudian, kan lawa sikit.
Nampak macam pasang tiles pula.
Dinding raya ni. Hihi.
Memandangkan ada lebih lagi wallpapernya.
Berhenti rehat sat, maghrib dan Isyak.
Lepas tu, sambung ke bahagian dinding satu lagi.
Yang nampak macam pintu tu, MIL buat loteng atas bilik no 2.
Tapi, naik ikut dapur.
Lama dah, dari incikSuami sekolah lagi dah siap loteng nya.
Cuma sekarang ni, dah lama tak naik.
Tak tau lah apa rupa atas tu. Hahaha.
Dinding ni kecik sikit.
Sejam je siap lah.
Tapi, lupa nak ambil gambar bila dah siap tu.
Linda la tukang suai corak wallpaper tu.
Ada yang dapat macam bersambung, ada juga yang tak dapat.
Tapi, tak perasan sangat la melainkan betul² perati. Hihi.
Till then, see ya.



Tak nampak mcm wallpaper kak... Lawaa
ReplyDeleteNi jenis yang macam tebal sikit tu..yang sekeping² tu..sebab tu nampak cantik je.. adik ipar cadang nak buat dekat TV plak, style sekarang tu..
DeleteAah la dalam gambar nampak macam tiles je.
ReplyDeleteitulah..dah siap nampak cantik je
Deletewallpaper baru lebih cerah lg luas nmpk ruang umah
ReplyDeleteitu pun, masa nak revonate dapur tu, kami buang almari yang dah senget.. hahaha.. kalau tak, ada je lah dekat situ...hihihi
DeleteBila dah tukar wallpaper terus nampak lain kan... cantik
ReplyDeletebetul...nampak terus cantik.. hihihi
DeleteNice =)
ReplyDeleteterima kasih
DeleteWallpaper tu jenis mna akak ..foam ke ?? Gam kuat x ?
ReplyDeleteHaa.jenis foam..nampak macam kuat je..takde pula MIL cakap ada yang jatuh setakat hari ni.
DeleteAkak suka wallpaper..tapi nak kena pandai pasang kan...
ReplyDeleteitu lah, bab pasang ni...memang serah dekat suami lah
DeleteLawa dinding setelah pasang wallpaper. Pandai kome pasang.
ReplyDeleteAla..tampei² je kak..hihi..
DeleteNampak luas dan berubah pulak bila dah siap
ReplyDeleteSebab warna cerah kot..tu yang nampak luas..
DeleteNiceeee..... nampak macam tiles.
ReplyDeleteItulah..MIL cakap, "nanti adik beradik mai, depe kata kak Ha tukar tile baru pula"..
Delete