Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, February 11, 2026

.: PENING KEPALA :.

Assalamualaikum.

Ibu dapat call dari abang Mu'az.
Ibu pula yang mumet (pening) kepala.

Pening kepala
"Ibu, Mu'az pening kepala la, nanti suruh embah ambik ye, dah cakap dengan cikgu tadi nak balik rumah"

Eh eh, minggu lepas hari Rabu juga dia call ibu, pakai telefon warden.
Matanya bengkak katanya.
Ok lah, embah dengan wak mas ambik, dan memang bengkak mata. Ketumbit..hihi.
Esok nya, pergi hospital dapat MC 2 hari.
Bersuka ria la dekat rumah,4 hari.
Ahad baru embah hantar balik asrama.

Alih² hari ni telefon pula pening kepala.
Ewahhh...
Ibu wasap cikgu Zakaria(warden), tanya kan perihal pening kepala tu.
Cikgu Zakaria cakap "ada Mu'az cakap, tapi saya nampak ok je tu, rehat sekejap ok lah tu"

Haa, memang ibu malas nak layan pun.
Ibu telefon embah, cakap..embah pun malas nak layan.
Sekolah lagi 2 hari je, lepas tu cuti.
Macam² hal nya.
Ni ayah tak tau, kalau ayah tau bebel tak habis dia.. hahaha.

Moga abang Mu'az baik² je ye.
Jumaat nanti kita jumpa ye.
Tapi, tengah malam la baru ibu sampai..hihi.

Till then, see ya.

18 comments:

  1. Eh eh....cuaca panas ni tu yg sakit kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni ada koko sampai petang..tu yg rasa pening kot...alahai, tu pun nak balik rumah .manjah betul

      Delete
  2. Takpe, minggu depan dah cuti sekolah seminggu

    ReplyDelete
  3. Ibu bapa tumpang pening sama... hehehe

    ReplyDelete
  4. panas sangat cuaca sekarang ni. pesan kat dia suh minum air banyak.

    ReplyDelete
  5. dia dah fikir cuti kot, tu yg tiba2 pening tu hehe

    ReplyDelete
  6. Dia ttibe home sick ke ni? ke tak sabar nak brcuti? Smoga hero mu'az baik2 aje =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...setakat hari ni, takde info apa2 dari warden...sihat2 la tu.. hihihi

      Delete
  7. Akak kalau cuaca panas, atau ke kedai...panas je rasanya memang akan datang la sakit kepala tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda kalau seharian bertudung.. kena plak panas...memang sakit kepala lah balik rumah tu

      Delete
  8. Bekalkan panadol dan ubat² lain yang berkenaan Linda. Nanti boleh rehat kat bilik sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.kita tak terfikir..sebab dulu² kita duduk serama..Alhamdulillah...sihat je...kikiki

      Delete
  9. Hahahahah anak2 nih kaaan 😄. Memang kitanya yg harus pandai2 mereka nih serius sakit kah atau bisa istirahat saja di asrama. Saya justru jarang pakai kata mumet 😁. Kalau pening kepala , disini lebih banyak pakai istilah Pusing kepala.

    Pusing kalau Indonesian maknanya sakit kepala atau confused. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusing kepala , mcm lebih kepada confused pula..hihi..
      Betul tu Fanny, kadang tu saja beralasan ,kerna malas mau ke sekolah..tapi, ibu ni tak kisah..p je sekolah.. hahaha..

      Delete